28

385 19 1
                                    

ARYAN tarik tanganku agar terus mengikuti langkahnya. Sesekali aku tunduk memerhati diri sendiri. Kalau dia nak ajak keluar, takkan dia nak biar aku seksi-seksa macam ini kan? Tubuhku sekarang hanya tersarung croptop dan juga legging. Kesan ubat mengakibatkan suhu badan aku cepat terasa panas. Hasilnya, aku terpaksa tebalkan muka di depan Aryan.

Pintu bilik berdepan dengan perpustakaan kecilku ditolak Aryan. Tak pernah aku masuk bilik ini. Aku ingat ianya sekadar bilik tetamu. Ternyata aku silap. Bilik ini penuh dengan peralatan gimnasium. Bahkan bilik ini juga jauh lebih luas daripada perpustakaan milikku. Seperti gabungan dua bilik.

Aku syak tanggapan aku tidak salah lagi. Memang ruangan gimnasium ini jauh lebih luas daripada mana-mana bilik.

Ceh, patutlah berbesar hati bagi aku mini library! Rupanya dia ada spot dia sendiri.

Terdapat juga gelanggang mini ditengah ruang gimnasium ini. Sesekali aku toleh ke arah dinding bercermin besar itu. Boleh usyar diri sendiri setiap masa!

Aku gigit bibir apabila melihat refleksi aku dan Aryan yang tidak jauh dariku. Ada vibes gym couple. Eh?

"Caramor... come." Walaupun aku tidak tahu maksud caramor itu. Aku hanya menurut. Sudah terbiasa dengan panggilan tersebut. Aryan mencekak pinggang apabila perasan aku melambatkan langkah. Aku buat muka. Jangan kata dia nak aku tumbuk punching bag tu!

"I don't like fighting," komen aku ringkas. Nada suara juga aku dinginkan seboleh mungkin. Masa-masa macam ni tak nak pula ubat itu bagi tindak balas. Cepatlah, aku nak marah Aryan. Nanti, dia give up. Aku lari masuk bilik.

"I didn't teach you to fight." Aku pamerkan riak wajah jengkel. Aku peluk tubuh. Memakukan kaki pada lantai. Lansung tidak mahu bergerak walau seinci.

"I just want to teach you how to defend yourself." Tambahnya lagi.

"Tapi nanti awak kan boleh protect saya," aku mencebik. Percayalah, nanti dia suruh aku buat semua benda. Suruh aku berjoging tak apa lagi. Kalau suruh buat macam-macam, sumpah buang tenaga!

"Nah-uh, caramor. Saya tak boleh protect awak kalau ada masa saya perlu selesaikan urusan di luar. Now, come here. Saya tak makan orang tau." Aku hentak kaki serentak menuju ke arahnya. Nak melawan, nanti derhaka pula.

"Good girl. Alright, harini kita fokuskan untuk bina stamina. Kita nak aturkan rentak dan ketahanan tubuh awak." Aryan memegang kedua bahu aku. Pada masa yang sama, mahu memujuk.

"Aryan..."

"Saya tahu awak tak suka semua ni. But trust me, building stamina will make everyhing else easier. Tubuh awak akan rasa lebih ringan dan bertenaga. It's not just about the workout."

"Then?" Soal aku hairan. Kalau bukan sekadar workout, habistu apa benda?

"It's about lasting longer and feeling good while doing it."

"Urgh, fine. Kalau saya pengsan, semua salah awak." Aku mengalah. Aryan pula tersenyum menang. Senyumannya mati serta-merta apabila perasan aku sedang menjelingnya.

Aryan tarik tanganku dan dibawa ke treadmill. Aku hanya mengikut. Setakat berlari, aku boleh. Sesekali aku menjeling Aryan di treadmill sebelah. Turut sama berlari. Mungkin tidak mahu aku berasa keseorangan.

Kemudian aku dibawa ke tempat angkat berat. Aryan hulurkan dumbell paling ringan. Seiring dengan masa, dumbell juga semakin berubah mengikut saiz dan berat. Aku mengatur nafas. Terasa mengah. Tapi aku simpan sahaja perasaan itu apabila Aryan bersungguh mahu membantuku.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now