PINTU dihempas kuat. Lansung tidak menghiraukan Aryan yang membuntuti langkah aku sejak tadi. Bersyukur sajalah kami menginap di hotel memandangkan bilik aku di rumah masih belum berganti katil baru. Katil single takkan mahu sumbat dua-dua atas katil? Tambah lagi dengan Aryan. Lagi aku tidak ingin sekatil dengannya. Meruap-ruap amarahku sejak siang tadi. Bunyi pintu diakses kad tidak mengejutkan aku.
Siapa lagi kalau bukan Aryan Hameen?
"Aryan-" belum sempat dia mahu membuka bicara. Segera aku memotongnya. Mata mencerlung Aryan tajam. Kenapa dalam banyak-banyak lelaki, aku perlu berkahwin dengan dia? Lelaki ini memang mempunyai muka tembok ke? Lansung tidak tahu malu.
"Shut up, Aryan." Aryan ketap bibir. Tidak membantah arahanku. Aku meraup wajah. Marah. Rasa mahu melepaskan semua. Namun sebaliknya aku berdiam diri. Aku dan Aryan diam. Ruang ini kini hanya ditemani bunyi penghawa dingin.
"Awak ingat perkahwinan ini benda boleh dibuat main ke, Aryan?" Tanya aku perlahan. Tidak berniat mahu tinggikan suara terhadap lelaki bergelar suami. Aku tidak mahu kumpul dosa percuma. Hanya disebabkan seorang bekas teman lelaki.
"Am I look like a joke to you? Answer me!" Desakku. Tubuh dipusingkan membelakangi Aryan. Meja solek dituju. Mahu membuka tudung apabila bahang mula terasa. Bukan kerana suhu bilik ini panas, tetapi diri sendiri mula menghamburkan kemarahan terpendam.
Sabar Arya, sabar.
"No. Absolutely not. Tak pernah terlintas pun dalam hati Aryan mahu bodohkan Arya." Jawabnya tenang. Anak mataku menangkap Aryan mula mendekati apabila nampak aku sedang struggle cabut setiap satu pin. Aku angkat telapak tangan ke arahnya.
"Keep your distance, Aryan. Saya tak mahu dekat dengan penipu," ujar aku perlahan. Tipulah jika aku tidak kecewa. Mulanya aku fikir rakan-rakanku juga turut tahu tentang hal ini. Tetapi bila aku lihat raut wajah setiap mereka, ternyata mereka pun terkejut apabila mengetahui Aryan merupakan pengantin lelaki pada hari ini.
"Aryan-"
"Can you stop with that 'Aryan-Arya' things? Saya tak suka. Saya benci. It's over, Aryan. Tiada lagi makna 'kita' selepas awak akhiri semuanya. Dan sekalipun tak pernah terlintas dalam hidup saya yang kita akan kembali macam dulu. Apatah lagi berlahwin," Aryan terdiam.
"Lambat laun awak akan kembali kepada perangai lama awak, Aryan. Tolonglah berhenti seksa saya macam ni. Saya merayu. Awak ingat saya ini mainan ke? Awak nak, awak datang. Awak bosan, awak buang. Awak silap kalau awak fikir saya akan terima awak macam dulu. Silap besar sangat, Aryan. Jadi tolong, lepaskan saya." Sambung aku lagi. Aku meletakkan shawl putih tadi ke dalam raga. Membiarkan rambut yang disanggul menyapa pandangan Aryan.
"Ary-I mean, saya takkan lepaskan awak, Arya. Saya buat perjanjian taklik tadi bersebab. Seolah sumpah mati dalam hidup saya. Saya tahu awak takkan percayakan saya, sebab itu saya sanggup buat perjanjian taklik. Supaya saya berjanji dengan diri sendiri yang saya takkan kecewakan awak lagi, Arya." Aku berdecit. Tidak mempercayai satu pun darinya.
"Teruskan berangan, Aryan. Arya yang awak kenal dulu dah lama mati."
"I know I failed. I failed as your boyfriend. I failed as your friend. Tapi saya dah menyesal, Arya... Saya tak sanggup kehilangan awak sekali lagi." Aryan jatuh melutut di hadapan aku. Aku menolak anak rambut yang terjuntai di dahi kebelakang telinga.
"Bangun Aryan. Jangan tambah dosa saya sebagai isteri awak," ucapku pendek. Aryan masih tidak berganjak. Malas mahu berlama, aku melangkah ke tandas. Meninggalkan Aryan yang masih melutut di lantai. Percayalah, semua itu hanya lakonan semata. Sekadar mahu kaburi mata aku.
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...