52

2.8K 117 0
                                    

FAIL berkenaan syarikat ditolak ke tepi. Tirai juga aku tutup. Tanpa aku pinta, Firash sudah buka fail yang berada ditangannya. Berdebar. Tak tahu apa hasil dapatan siasatan Firash pada kali ini. Jika hari itu dia beritahu kes masih dibuka sudah mengejutkan aku, apatah lagi berita yang dibawanya sekarang.

Sepasang mataku tertancap pada setiap aksara tatkala fail dibuka Firash. Sebaris nama itu kelihatan agak familiar.

LAPORAN SIASATAN JENAYAH
LAMPAU

NAMA: Aqashah Umar Bin Said Amri

UMUR: 19 Tahun

Liur ditelan kesat. Nama yang sama pernah aku nampak dalam iPad Aryan beberapa bulan lepas. Dia juga pernah cuba untuk membunuh aku semasa aku tinggal di kondominium dulu. Persoalannya, kenapa? Kenapa dia bunuh ayah? Kenapa dia mahu bunuh aku?

Jika nasib aku sama seperti ayah, dia mahu... bunuh Firash juga ke?

"Kakak kenal dia ke?" Aku tersentak. Mata naik memandang Firash semula. Kelihatan dia sedang terpinga-pinga bila melihat aku masih diam.

"Dia pernah serang aku. Kalau Fir ingat, masa abang ipar kau datang selamatkan aku." Terangku ringkas. Riak wajah Firash serta-merta berubah.

"Kakak! Kau cakap rumah kena cuma pecah masuk!" Marahnya. Pandangan berubah tajam.

"Aku pun baru tahu lepas kena serang kali kedua." Jelasku lagi. Dahi dipicit. Serabut memikirkan segala kemungkinan. Raut wajah Firash yang tadinya tegang. Mula mengendur.

"Sekarang kakak okay tak?" Soalnya risau. Aku mengangguk.

"Aryan jaga aku baik, Fir... aku tak tahu nak rasa apa, tapi dia dah banyak berkorban." Luahku jujur. Aku menghela nafas. Pengorbanan Aryan terlalu besar. Tidak terbalas. Namun, jika aku dilindungi Aryan. Siapa mahu lindungi Aryan? Dan siapa mahu lindungi Firash?

"Apa maksud kakak ni? Explain betul-betul boleh tak? Fir serabutlah!"

"Antara sebab kes ayah tak ditutup sebab dia, Fir. Dari dulu lagi dia cuba siasat kes ni. Kau rasa, berapa banyak masa dia korbankan untuk semua ni? Tak cukup dengan itu, sejak aku kena serang. Setiap kali itu juga dia ada dengan aku. Aku tak tahulah berapa banyak luka dia terima disebabkan aku." Firash tampak tergamam. Aku mengeluh sekali lagi.

"Kalau Fir rajin, cuba siasat kes pasal mak dan ayah Aryan. Cara dia orang dibunuh..." aku tarik nafas dalam-dalam. Rasa tidak sanggup mahu beritahu Firash.

"Sama seperti ayah." Sambungku lagi.

"Ayah bukan dibunuh biasa ke, kak? Kakak fahamkan maksud Fir?" Perlahan saja nada suaranya. Seolah teragak-agak mahu utarakan soalan tersebut.

"Aku tahu cerita ni, dari Nufail. Ayah, mak dan ayah Aryan mati dibunuh. Tapi kau tahu tak apa paling teruk Fir? Mayat dia orang tak lengkap. Organ-organ dia orang... hilang."

Mata Firash mula merah. Seperti bila-bila masa sahaja air matanya bakal tumpah. Dia manja dengan ayah. Ketika ayah meninggal, dia baru berusia 12 tahun. Mana dia nak faham segala punca kematian ayah.

"A-Ayah terseksa kakak... d-dia mati sebab diseksa..." bibirnya bergetar.

"Kakak tahu Fir." Balasku perlahan. Kebenaran itu menyakitkan. Aku akuinya. Aku lebih rela mendengar penipuan jika itu lebih menyenangkan hati. Tapi sampai bila aku mahu hadap penipuan? Sampai bila kami berdua perlu ditipu lagi?

"Kakak nak tanya, Fir ada perasan apa-apa yang pelik tak masa kakak belajar dulu?" Nadaku juga berubah lembut. Firash versi sekarang, aku tahu dia sedang rapuh. Kebenaran itu mengejutkan dia. Sebab itulah aku perlu kuat di hadapan dia.

Aku kakak.

"Fir tak tahu... tapi Fir perasan mama dan ayah banyak bertekak. Cuma kita berdua tahu kan, kak? Dia orang memang selalu bergaduh." Kepalanya masih menunduk. Menyembunyikan tangisan dalam diam. Namun aku tahu dia sedang menangis.

"Dia orang dah bercerai masa ayah meninggal." Terus Firash angkat kepala. Matanya sudah basah.

"Kakak... a-apa semua ni?" Perasaan Firash sama seperti aku. Ketika kali pertama mengetahui hal ini. Perasaan bercampur-aduk.

"Kakak pun tak tahu, Fir. Kepala kakak macam nak pecah. Tapi tolong, jangan bagitahu mama pasal semua benda ni. Kakak tak rasa dia nak ambil tahu."

"Fir adik yang teruk kan, kakak? Semua benda Fir tak tahu. Sedangkan Fir duduk dengan dia orang dulu. Tapi Fir-" Segera aku memintasnya. Fikiran dia terlampau bercelaru.

"Ayden Firash." Firash diam.

"Kakak tahu adik kakak kuat. Lagipun Firash kecil lagi masa tu. Kakak faham. Kakak tak salahkan Fir. Jadi berhenti salahkan diri sendiri." Pesan aku. Walaupun aku lemah. Tapi aku perlu kuat di hadapan dia. Firash perlukan sokong aku. Sebagai kakak.

Suasana hening. Masing-masing tidak mahu bercakap buat sementara waktu.

"Kakak," Firash bersuara. Memecah kesunyian ruang ini.

"Hm."

"Aqashah Umar... disabitkan tidak bersalah dalam kes ayah. Tidak ada bukti kukuh dia bunuh ayah. Ada juga berpendapat, dia buat atas arahan ketua dia. Tapi ketua dia masih tidak dapat dikesan sehingga hari ini." Ligat otak aku berfikir sambil mendengar penerangan Firash.

Arahan ketua...

"Pembunuh tu, masih hidup sehingga harini. She's still standing, alive... and well."

"She?"

"Ya, perempuan. Dia psiko. Dan dia gila, Arya."

Perbualan Nufail dan aku tempoh hari seperti menyambungkan segala teka-teki biarpun tidak lengkap.

"Dia diupah. Ada mastermind dia, Fir." Aku membuat konklusi ringkas.

"Kes ni rumit, kak. Aku buntu macam mana nak selesaikan semua ni." Adu Firash.

"Fir nak selesaikan kes ini juga ke? Kalau Fir tak mampu. Tak payah buat. Abang ipar kau... kakak percaya dia sedang usahakan kes ini." Beritahuku lembut. Aku kasihan dengan Firash. Dia masih muda. Jika dia berdegil-

"Mana boleh Fir putus asa, kak. Fir nak tuntut keadilan untuk kematian ayah. Fir taknak kecewakan arwah ayah." Inilah dia. Perkara yang aku risaukan. Jika pelaku itu tahu Firash cuba masuk campur. Selepas ini Firash pula boleh jadi mangsa seterusnya.

Aku takut.

Aryan. Firash. Nufail.

Ketiga-tiganya penting dalam hidup aku. Aku pejamkan mata seketika. Cuba berfikir secara rasional.

"Fir masih berkeras nak teruskan?" Tanya aku. Firash mengangguk yakin.

"Approach abang Aryan dan abang Nufail. Bagitahu dia orang. Kata kau tengah siasat pasal kes itu. Yakinkan dia orang, kata kau tengah belajar dalam jurusan berkaitan. Cakap kau nak tuntut keadilan kematian ayah. Jangan bagitahu mama, dan jangan bagitahu abang Aryan. Kakak yang bocorkan semua maklumat ini." Bukan cadangan. Ini merupakan arahan.

"Dan tolong..." aku merenung Firash.

"Tolong apa kak?"

"Tolong jaga diri Firash, untuk kakak. Kakak taknak dengar Fir cedera, atau luka parah macam abang Aryan."

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now