30

3.5K 132 3
                                    

SETIAP hari Aryan hantar dan jemput aku pulang dari kerja. Tidak pernah dia biarkan aku sendiri. Keadaanku juga boleh dikatakan mulai stabil. Aryan tidak lupa memberikan aku ubat setiap kali masuk waktu makan ubat. Pada mulanya, aku rasa berat hati. Tidak pernah aku ditetapkan untuk makan ubat. Tiba-tiba sahaja aku perlu makan ubat secara harian.

Entah kuasa apa dia ada. Habis daripada kaunter lobi pejabat, sehinggakan ketua pengawal keselamatan. Rata-rata melarang aku jejakkan kaki ke parkir lot bawah. Bila ditanya, mereka akan jawab,

"Tuan Aryan larang Puan Darya turun ke lot parkir bawah bangunan."

Overprotective.

Jam ditangan aku kerling sekilas. Kebiasaannya, waktu-waktu begini dia sudah sampai untuk jemput pulang. Namun aku tidak mengeluh. Faham mungkin dia ada hal lain. Setiap masa dia ada untuk aku, kadang kala aku risau juga jika kerja dia tergendala.

Kaki tersarung kasut dikuis-kuis ke lantai bermozek. Saja, buang masa. Tak ada kerja. Nak naik pejabat balik, nanti kena bebel pula sebab sambung kerja.

Bunyi deruman motosikal itu mengganggu fokus aku membuang masa. Aku mendengus. Siapa pula tengah buat pencemaran bunyi sekitar bangunan aku ni? Kalau aku saman pun boleh dapat duit. Mengganggu ketenteraman betul.

Aku kecilkan mata apabila motosikal berderum kuat itu kini berhenti di hadapanku. Lelaki itu kemas berjaket kulit hitam. Tiba-tiba rasa menyesal sebab tak hafal nombor plat motosikal Aryan. Sebaik sahaja lelaki itu menolak visor ke atas, tahulah aku sepasang mata amber itu milik Aryan.

Aku mendekati dia. Tangan dihulur untuk menyalam dia. Aku pun tak tahu sejak bila aku sudah reti salam dia. Tapi aku biarkan.

"Hai, caramor!" Sapanya teruja.

"Aryan tak pernah ambil Arya naik motor pun?" Soalku hairan.

"Saya ada hal tadi. Sepatutnya memang saya tak nak bawa awak naik motor pun. Tapi kalau saya patah balik rumah, makan masa. Jadi, saya terpaksa bawa awak naik motor harini." Terangnya pula.

Dia cakap apa tadi? Memang tak nak bawa aku?

"Aryan memang tak nak bawa Arya?"

"Ya sayang. Seat belakang motor ni tinggi. Tau tak kalau awak duduk belakang, awak menonggeng? Hm, caramor? Takkanlah saya nak biar orang tengok punggung isteri saya. Berdosa lah saya, caramor." Ucapnya lembut. Aku simpan senyum. Jawapan dia kali ini, diterima.

Tapi... pernah ke jawapan dia menyakitkan hati semenjak aku berkahwin dengannya?

Aryan tongkat motosikalnya. Kemudian dia turun dari motosikal. Jaket kulit itu dibuka. Lantas diikatkan ke pinggang aku. Kalau jantung aku boleh diteroka sesiapa, mesti mereka dah nampak jantung ini macam mahu meloncat keluar. Suka apabila dilayan begini.

"Better," komennya pendek. Aryan tunggu aku memanjat motosikalnya. Terkial-kial aku memijak tempat pijak belakang. Namun hampa. Masih tak berjaya sampai ke tempat duduk. Tak. Aku tak salah. Motosikal ini yang tinggi. Sumpah! Kerusi belakang ni sabotaj aku.

Aku tahu, mesti Aryan tengah mengekek ketawa disebalik helmet!

Dengan mudah, Aryan mengangkat aku lalu diletak ke atas kerusi belakang. Helmet yang sudah sedia ada dipakaikan.

"Aryan pernah bawa perempuan mana sampai ada helmet lebih ni?" Lansung tiada belok-belok, terus sahaja aku meluru tanya soalan tersebut. Aryan spontan tersedak.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now