10

4K 150 1
                                    

SUASANA hiruk-pikuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lansung tidak mengganggu fokus aku. Kusyuk aku menaip pada MacBook. Dan ya. Aku disini. Di ruangan menunggu penerbangan domestik. Baru beberapa hari aku kembali ke pejabat. Aku perlu bekerja di luar kawasan atas sebab-sebab tertentu.

Sara tiada. Atas urusan peribadi dia terpaksa mengambil penerbangan esok. Aku hanya membiarkan. Memandangkan perjumpaan bersama rakan kongsi syarikat kami berlansung pada esok petang. Sengaja aku pergi sehari lebih awal.

Aku mengerling jam tangan. Kira-kira dua jam lagi masa tang ada sebelum berlepas. Perut mula berkeroncong. Lapar apabila sejak pagi lagi aku belum jamah sebarang makanan. Telefon yang sudah retak seribu itu aku ambil. Tidak sempat mahu tukar skrin. Lantas aku berkemas. Mahu mencari makanan yang ada.

Tidak lama aku berjalan. Seorang kanak-kanak terlanggar aku. Mahu kata dia berlari, aku tidak nampak pula dia berlari sejak tadi. Tangan kecilnya kini memegang hujung blouse aku. Menggoyangkan perlahan untuk menarik perhatianku.

"Kakak, can you help me?" Kanak-kanak perempuan itu meminta tolong sopan. Aku menunduk. Tingginya yang hanya separas pinggang terpaksa membuatkan aku cangkung menghadapnya.

"Helena tersesat. Tadi Helen berjalan dengan abang. Sebab ibu pergi beli makanan, tapi Helen terlepas tangan abang," aku garu kepala berlapik tudung. Tidak tahu mahu tolong mencari bagaimana.

"Abang Helen besar mana? Kakak tolong carikan." Risau pula mahu tinggal dia sendirian. Aku pimpin tangan kanak-kanak perempuan bernama Helena itu.

"Dia lagi tinggi dari kakak," jawabnya lagi. Aku angguk faham. Sangkalku tadi abangnya masih bawah umur.

Hampir satu jam mencari. Tiada. Aku mula resah. Risau jika penjaga kanak-kanak ini masih tidak memunculkan diri. Penerbangan aku bakal berlepas satu jam lagi. Bagasi aku tarik. Nasib hanya ini aku bawa. Sekurang-kurangnya jika aku terlepas penerbangan, bagasi aku masih bersama.

"Helen umur berapa tahun?" Tanya aku lagi. Tangan kecilnya setia menggenggam tanganku. Jelas terasa tangannya dingin. Mungkin takut tidak berjumpa keluarganya.

"Sembilan tahun." Helena dongak memandang selepas beritahu. Aku hanya meng'oh'kan. Baru darjah tiga.

Terlalu ramai orang di koridor sepanjang balai perlepasan. Lagi menyukarkan kami untuk mencari keluarga Helena. Aku menahan keluh. Risau Helena terasa walaupun aku tidak memaksudkan untuk dia. Cuma aku letih. Antibodiku juga belum kuat.

"Helen! Helena! Helena Mikayla!" Aku pasang telinga. Mata turun memandang Helena. Helena juga turut memandang aku. Tanda dia juga dengar namanya dilaungkan.

"Suara abang Helen?" Helena mengangguk.

"Abang Ary!" Jerit Helena semula. Aku mengabaikan tatapan orang. Tidak ada masa untuk malu. Yang penting sekarang ini Helena selamat balik ke pangkuan keluarganya semula.

Disaat figura lelaki yang dikenali sebagai abang Helena itu mendekati. Aku mengeraskan tubuh. Terkaku. Dia tertunduk. Masih belum sedar kehadiran aku ketika menenangkan diri yang sedang tercungap mencari nafas. Helena melepaskan tangan aku. Beralih arah ke arah abangnya.

Lelaki itu menegakkan tubuh. Helena didukung sebelum dahi itu dicium berkali-kali. Takut kehilangan si adik.

"Kenapa Helen lepas tangan abang? Abang dah pesan tadi kan?" Lembut sahaja dia menegur. Aku menjadi penonton tidak berbayar. Namun terselit perasaan marah dan geram. Dia terlalu cuai!

"Awak tak reti jaga adik ke?" Tegurku. Dia yang tadinya sibuk memeriksa sebarang luka pada tubuh Helena. Kini fokuskan perhatiannya ke arahku. Bukan sahaja aku, dia juga terkejut apabila melihat aku sedang berdiri tegak di hadapannya.

Kenapa aku baru teringat Aryan mempunyai adik perempuan? Saat ini baru aku ingat semasa kami berada di tahun terakhir sekolah dahulu Helena baru lahir.

"Arya saya-"

"Kalau tak reti nak jaga hati orang, sekurang-kurangnya jaga adik sendiri betul-betul." Pintasku. Lansung tidak memberi ruang untuk Aryan bercakap. Aku mendekati Aryan. Bukan niat mahu mendekati dia. Sebaliknya Helena. Tangan naik mengusap rambut Helena.

"Helen take care, okay? Abang Helen kadang-kadang tidak boleh diharap, jadi kakak harap Helen jaga diri baik-baik." Aku melangkah setapak kebelakang. Menjauhkan diri dari Aryan.

"Teruknya dia bergaduh dengan suami depan anak dia." Berdesing telingaku mendengar ayat itu. Tubuh dipusingkan kebelakang. Ternyata dua orang wanita pertengahan usia sedang mengata aku tanpa dengar isi perbualan kami.

"Makcik, lelaki ini bukan suami saya." Ujar aku senafas. Dalam hati sudah membara. Bengang apabila mereka anggap aku isteri Aryan.

"Jatuh nusyuz tahu bila kamu tidak mengaku suami. Makcik dah makan garam lebih, nak. Berbaiklah dengan suami. Tak elok untuk tumbesaran anak." Aku menghela nafas. Senyuman paksa diukirkan. Tanpa ragu, lengan baju Aryan ditarik bersama beg bagasi,

"jom suamiku, kita pergi." Cukup geram aku melontarkan ayat tersebut.

Agak-agak jauh daripada makcik-makcik bawang tersebut. Aku melepaskan hujung lengan bajunya. Kelihatan lelaki ini sedang mengetap bibir. Tahan ketawa daripada terletus. Aku membiarkan. Buang masa jika aku layan. Jam dikerling. Tiket juga ditenung.

Aku dah terlepas flight!

Aku cangkung di sisi beg bagasi. Membiarkan Helena dan Aryan memandang aku hairan. Kepala dihentuk perlahan. Kemudian aku tidak merasa sebarang hentakan kecil di dahi. Aku dongak memandang Aryan. Dia yang jauhkan bagasi dari aku.

Aku mendengus.

"Kakak okay?" Sopan sahaja Helena bertanya. Lansung tidak seperti Aryan. Entah-entah Aryan anak pungut.

"Tak." Sepatah aku menjawab.

"Kenapa kakak tak okay?"

"Terlepas flight," balasku pendek sekali lagi.

"Arya nak pergi mana?" Aku berdiri. Memandang Aryan. Kalau dia tahu sekalipun, dia nak ganti rugi ke?

"None of your bussiness." Dingin aku membalas. Kalau dia tidak cuai. Adiknya tidak hilang. Dan aku juga tidak terlepas penerbangan.

"Bagi Aryan ganti tiket Arya balik. Silap Aryan," paksa Aryan.

"Kedah."

"Arya.. buat apa pergi sana?"

"Ganggu hidup awak ke saya nak pergi sana pun? Saya ada kerja, takkan semata awak saya tak boleh pergi sana." Ujarku kasar. Bagasi ditarik menjauhi Aryan. Bosan lah mahu layan lelaki ini. Baik aku pergi kaunter beli tiket baru. Selesai masalah. Duit melayang pun. Asalkan tak berkait dengan Aryan lagi.

"Sekejap," aku abaikan. Lansung tidak ambil kisah dengan permintaan lelaki itu meminta aku menunggunya. Tidak lama kemudian, Aryan berjalan di sisi aku. Kali ini tidak bersama Helena.

"Mana Helen?" Tanyaku ringkas. Aku hanya risaukan Helena. Bukan mahu bercakap dengan Aryan sangat pun. Kepala ditoleh ke sisi kanan Aryan.

"Dengan ibu." Senyap. Aku lansung tidak respons dengan jawapannya. Aryan menarik bagasi aku. Menahan aku pergi ke kaunter. Telapak tangannya dihulurkan. Aku mengangkat sebelah kening.

"IC. Nak beli tiket," oh, kad pengenalan. Aku hanya memberi. Membiarkan dia pergi ke kaunter. Dah dia nak ganti, buat apa susah-susah berkeras lagi. Nanti dia gunakan alasan terhutang budi dengan aku. Balik-balik menyusahkan aku semula.

Aryan mendekati aku semula. Tiket dan kad pengenalan aku kini bertukar tangan.

"Thanks." Tidak lupa terima kasih diucapkan biarpun terhadap makhluk aku paling benci dalam dunia ini.

Kriuk

Aryan tersenyum senget. Menampakkan gigi taringnya itu. Kenapa masa-masa macam ini kau nak buat hal, wahai perut? Jatuh air muka aku. Aku menjauhkan diri dari Aryan. Meluat apabila melihat dia tersenyum nakal itu. Alang-alang mahu mencari makanan juga.

Dan sekarang aku baru teringat aku lapar. Ergh!

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now