BREK tangan diangkat sebaik sahaja kami sampai ke destinasi. Aku toleh ke arah Aryan. Gila atau tidak, dia ajak aku late night drive tengah malam buta. Jam pun sudah menunjukkan pukul 11:45 minit malam. Jika diikutkan, ini kali pertama kami berdua keluar lewat malam. Selama ini jarang sekali.
Aku masih keliru. Tidak pasti berada di mana memandangkan sepanjang perjalanan aku hanya tidur ataupun bermain telefon. Aryan keluar dari kereta terlebih dahulu. Kemudian dia bawa diri ke pintu tempat duduk penumpang sebelum pintu dibuka. Nak hairan, tapi Aryan.
Kalau boleh, semua benda dia mahu buatkan. Sehinggakan penutup botol air pun dia bukakan. Kadang-kadang, kasut pun dia pakaikan.
Mata ditutup dengan kain hitam.
"Apa ni?" Pelik. Tak akan baru sebulan lebih nak sambut ulang bulan perkahwinan kut? Rasa macam dah lepas. Dan kalau sambut pun, kalah budak darjah satu baru couple tiga bulan.
"Suprise ocassion."
Aku melangkah keluar dari kereta berhati-hati. Serentak, angin pantai meniup wajah. Diikuti bunyi ombak seiring dengan bau air laut. Aryan bawa aku pergi pantai?
"Is that the sounds of the sea?" Tanya aku. Tangan menggenggam penuh tiga jari miliknya. Aku menyusun langkah bersama perasaan ingin tahu yang semakin membuak.
"Yes caramor. You're right."
"2 minutes left." Ujarnya pendek sebaik sahaja kami berhenti melangkah. Tidak lama kemudian, kain yang menutup mataku dibuka. Serentak, bunga api bertubi-tubi menghiasi langit. Terlalu cantik memenuhi ruang langit. Aku tersenyum gembira. Perasaan teruja menyerbu pembuluh darah. Aku alih padangan ke arah Aryan. Di tangannya terdapat sebuah kamera dihala kearah aku. Namun cahaya dibelakangnya tampak lebih menarik. Aku intai sedikit.
Ada lilin, ada tikar, belon bewarna putih dan merah jambu lembut. Turut juga bersama kek dan beberapa makanan lain. Aku pandang Aryan semula.
"Happy birthday, my caramor. You are the most precious gift in my life. Aryan tahu semua ni cliche. Yeah, my caramor hates cliche thinggy. But I'm endlessly grateful for every moment with you. Walaupun agak cliche, Aryan cuma nak bagitahu Arya... if no one appreciates your presence. I did. I will always appreciate it."
Belum sempat air mata menitis, Aryan sudah kesat dahulu.
"Hey, don't cry. Aryan buat semua ni bukan nak bagi Arya menangis." Tangisanku pecah. Aku peluk tubuh Aryan erat. Aku terharu.
"This is happy cry, abang."
Kali terakhir aku sambut hari jadi sendiri, bersama Aryan. Di sekolah. Biarpun tengah malam itu kami berdua curi-curi keluar asrama. Tapi aku tak dapat nafikan, aku gembira apabila masih ada insan yang mahu sambut hari jadiku.
Dan hari ini. Dia juga merupakan orang pertama yang sambut hari jadi aku sendiri. Buat kali pertama selepas sembilan tahun berlalu.
"I'm recording, caramor." Spontan, aku tampar dadanya lembut. Kenapa masa-masa aku touching macam ni dia sempat berloyar buruk? Nasib baik dia dah buat kejutan semua ini. Tanpa rasa bersalah, aku kesat muka pada dadanya. Sebab, tisu tak ada lansung. Aku datang sehelai sepinggang. Hanya telefon dan dompet sahaja dibawa. Betul-betul dari rumah. Itupun nasib baik Aryan minta aku pakai gaun labuh.
"You call me abang." Katanya perlahan. Aku dongak memandang Aryan lalu mengangguk.
Tangan ditarik duduk di tikar. Aku duduk bersimpuh. Mata kembali bersinar apabila terlihat dua mangkuk ramen cup di depan mata. Terdapat juga pizza bersaiz sederhana. Ah, gila! Pukul 12 malam macam ini berkelah di tepi pantai.
"Makan dulu, lepastu kita potong kek. Pedas-pedas ramen, mesti sedap kan ada kek untuk hilangkan rasa pedas tu." Aryan hulurkan ramen cup tersebut. Dengan senang hati aku menyambut.
"Kita dekat pantai mana?" Macam soalan bodoh. Tapi betul-betul aku tak cam. Laut ketika waktu malam, kebanyakannya sama sahaja.
"Teluk Batik." Balas Aryan pendek. Aku terlopong. Tengah malam buta dia bawa aku pergi Perak? Biar betul!
Tapi... aku pun pernah buat gila datang sini tengah malam.
Dua-dua senyap. Masing-masing menikmati hidangan ringkas. Boleh kata, supper. Tapi aku suka! Ringkas tapi bermakna.
"Macam mana abang kenal tempat ni?" Hairan. Setahu aku, dia lansung tiada kena mengena dengan tempat ini. Nak dikata dia merantau, dia duduk jauh di Kuala Lumpur sana. Aryan angkat bahu.
"Well, it can be said as my healing port."
"Really? Tapi Arya dah cop tempat ni dulu!" Bidasku. Betul. Aku suka lepak disini bila aku serabut. Aku tak minat pantai Port Dickson memandangkan pantai itu begitu kotor sekarang. Penuh dengan sampah sarap dan sisa kumbahan.
"Actually, we ran into each other here. Once." Ujar Aryan sebaik sahaja meletakkan mangkuk kertas yang sudah kosong itu ke tepi.
Aku pula masih bingung. Bila masa pula aku berjumpa dengan dia?
"Last few months. There is a woman-" belum sempat dia habiskan ayat. Aku sudah pintas dahulu.
"Girlfriend awak ke, canodiar?" Aryan bulatkan mata. Menjengil apabila aku terus potong ayatnya serentak mengubah nama panggilan dia.
"Sebelum saya sambung. What the heck is canodiar, caramor?" Dia sudah hilang sabar. Mungkin kerana aku kerap panggil dia canodiar tanpa dia tahu maksudnya. Aku tayang senyuman nakal.
"Betul ni nak tau, my canodiar?" Aryan angguk.
"Well, abang bagi Arya nickname caramor. Arya rasa, dia kena ada partner. Baru comel. Lepastu, Arya tengok abang selalu minum americano pahit tu. Lagipun, Arya tak nak cakap Arya cintakan abang. I love antonym. And hate in Spanish is odiar. Isn't it cute, canodiar? A mixture of the words americano and odiar." Sengaja aku tiru ayat hujung itu.
Aryan geleng kepala. Sudah masak dengan perangaiku. Aku terkekeh gelak. Rasa lucu pula. Macam budak-budak. Masa sekolah dulu pun tak kreatif macam ni.
"Whichever pleases you, caramor."
"My pleasure, canodiar."
"Back to our story... The woman looks so helpless. She asked Allah. Kenapa dia ditakdirkan untuk hidup macam tu? Mulanya abang nak pergi ke tempat lain. Biarkan dia seorang diri. But then, I saw the keychain. That panda one. Kita berdua tahu, keychain tu hanya kita berdua aje yang ada sebab custom made semasa hari koperasi dulu. Tak cukup dengan tu, abang nampak ada bunga calla lily. Sama dengan bunga yang abang kirimkan dekat tunang abang. Sebab kertas balutan tu, abang yang pilih." Aku tutup mulut. Hampir tidak percaya.
"Abang duduk semula. Abang mula berloyar buruk. Dengan niat nak tenangkan hati dia. Abang bagi dia nasihat juga. Tapi lepastu dia tanya abang soalan kemahiran berfikir aras tinggi. Haih... SPM dah habis pun kena fikir soalan KBAT lagi." Selorohnya. Aku kekal diam. Mengingat kembali saat itu.
"Tunang yang abang cakap tu, Arya?" Soalku perlahan. Aryan tersenyum lalu angguk.
"Tapi abang lega, sekurang-kurangnya masa tu Arya selamat dengan abang. Arya pun tahu sejak tahun ni, kes hilang berleluasa. Abang risau juga dengan keselamatan Arya."
"Thank you. Sebab ada dengan Arya. Arya nak berterima kasih dekat orang tu sebab sedarkan Arya. Tapi Arya tak berkesempatan lansung."
"I should be the one thanking you, caramor. You are the one who woke me up from the beginning." Aryan mendakap bahuku. Aku labuhkan kepada pada dadanya. Takdir Allah begitu indah.
Berdamai dengan takdir.
Lantas, kenapa kita perlu persoalkan takdir jika tuhan sudah aturkan sebuah takdir indah untuk kita sebagai hambaNya?
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...