USAI mencuci muka. Aku melabuhkan punggung di atas katil hospital ini. Demam belum kebah. Maka, hospital pun ambil kesempatan untuk kikis duit pesakit. Mentang-mentang hospital swasta.
Aku mengambil telefon di sisi meja. Tiada tanda mahu baring lagi. Lenguh badan apabila seharian berbaring di atas katil. Nasib tilam tidak keras seperti hospital kerajaan. Kemudian, airplane mode aku tutup. Serentak, bertalu-talu notifikasi berlumba masuk menghiasi skrin utama. Aku menggoyangkan kaki. Dah lama tak rasa boleh berehat santai seperti ini. Kebiasaannya aku akan terkejar dengan masa.
Kini aku bersandar di katil. Kaki juga aku naikkan dan lunjur kehadapan. Pintu wad diketuk sebelum jururawat bertugas masuk ke dalam bilik ini. Bersama sebakul buah-buahan, sejambak bunga, juga sebungkus makanan. Aku terlopong. Tidak percaya dengan semua ini. Pada mulanya, aku ingin bertanya siapa pemberi semua ini. Namun apabila melihat jambangan bunga calla lily tersebut. Aku dapat agak siapa yang kirimkan semua ini.
"Ada orang kirimkan semua ini untuk cik Darya. Tapi dia pesan dia tak sempat jumpa cik Darya memandangkan dia ada kerja. Cik Darya jangan lupa makan, tau," pesan jururawat itu sambil tersenyum manis. Aku mengangguk. Senyuman turut diukirkan buat jururawat bernama Siti itu. Tanpa berlengah, setelah jururawat itu keluar aku terus membuka aplikasi Whatsapp.
Patutlah si tunang seorang itu jumpa aku masa aku hampir-hampir bertemu Ilahi semalam. Rupanya sejak pagi lagi dia sudah cari aku. Bukan sekadar mesej pendek. Malah berpuluh-puluh. Sehinggalah dia berputus asa untuk chat aku. Terus dia menghubungi aku.
Aku mengetap bibir apabila membaca lima mesej terakhir daripadanya semalam. Tahu bukan salah dia. Tapi aku tetap segan.
-Saya betul betul minta
maaf sebab dah sentuh
dan tengok rambut awak
semalam
-Maafkan saya, cik tunang
-Saya tak sengaja
-Awak jangan lupa makan,
tau
-Saya ada kerjaAku seen.
Bukan sengaja. Cuma aku malu. Tapi bila lihat dia bersungguh minta maaf. Aku tahu bukan salah dia. Kalau dia tidak ada semalam, mungkin aku dah tak selamat. Aku campak telefon ke tepi. Tangan kanan kini laju mencapai bungkusan makanan. Aku lapar. Ngam pulak dia kirimkan makanan. Tanpa melibatkan pergerakan tangan kiri berlebihan, aku buka bungkusan makanan itu dengan cermat. Lansung tidak seperti aku.
Takut luka basah balik punya pasal. Sanggup jadi perempuan melayu terakhir.
Terliur aku melihat makanan itu. Walaupun sekadar nasi putih bersama chicken buttermilk. Sebab makanan hospital agak hauk, aku sanggup berlapar. Aku mengambil sudu dari dalam beg kertas tersebut. Nasi bersama lauk itu dicedok. Lalu disuapkan ke dalam mulut. Kini rasa lemak dan pedas mencair di atas lidah. Rasa pedas dan lemaknya, cukup menggambarkan kuah buttermilk yang aku suka.
Dan kebiasaannya, aku tidak beli lauk ini di kedai. Sebaliknya aku masak sendiri. Gara-gara tidak kena dengan tekak aku. Tapi lauk yang Am kirimkan ini.. sempurna! Tolong ingatkan aku untuk tanya dia dimana dia tapau makanan ini. Mana tahu hari malas aku datang. Tak payah aku bersusah payah berperang di dapur.
Tanpa menerima sebarang ketukan, pintu dibuka dari luar. Hampir aku tersedak apabila memikirkan tudung tidak dipakai. Jururawat perempuan, doktor juga perempuan. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Cuma takut tunang aku tiba-tiba datang melawat.
Namun, wajah Elliesya dan Nisa yang muncul. Aku menarik nafas lega.
Aku berdecit kasar. Geram apabila rakan-rakanku itu masuk tanpa salam. Sumpah. Dia orang buat aku cuak. Kalau aku mati tercekik tadi orang yang patut disalahkan adalah mereka berdua.
"Nasib hidup lagi." Aku mencerlung Nisa tajam. Kalau dia orang tahu aku hampir mati apa agaknya respons dia orang eh?
"Kau discharge nanti kau still balik kondo kau ke?" Kunyahan aku terhenti. Kenapa aku tak terfikir pasal itu. Kalau tak silap, cermin pintu gelangsar aku dah pecah. Haih, bala. Tak pasal-pasal kena ganti baru.
"Dahtu aku nak balik mana lagi? Tak nak aku balik rumah." Balas aku selamba. Riak wajah cuba dikawal sebaik mungkin. Pada pandangan mereka termasuk mama dan Firash, mungkin aku baik-baik sahaja. Padahal, aku pura-pura okay. Tidak mahu risaukan mereka.
Jujur aku takut dan lansung tidak tahu apa motif lelaki itu mahu bunuh aku. Entah si pelaku sudah ditangkap atau belum. Menambah lagi kerisauan diri sendiri. Macam mana kalau dia cari aku semula?
"Tinggal dengan aku sementara? Bahaya lah kondo kau sekarang. Kita orang risau. Lagipun rumah Nisa jauh sikit dari office kau. Duduk dengan aku selamat. Aku ada taekwando!" Nisa mengangguk. Setuju dengan pendapat Elliesya. Aku pandang mereka berdua bergilir-gilir. Sambil berfikir patut atau tidak aku ikut cadangan mereka.
"Tak susahkan kau orang ke?" Laju kedua mereka geleng kepala. Aku menghela nafas. Aku tak nak libatkan keselamatan orang lain.
"Kalau kau takut kena serang, kan aku dah cakap aku ada taekwando. Boleh punya setakat nak k.o kan penyangak macam tu!" Pujuk Elliesya lagi.
"Tengoklah macam mana," ujarku ringkas.
"Tak payah tengok, kira kau setuju terus. Nanti aku nak join tumpang rumah Ellie. Dapat dua tukang masak free."
Ambil kesempatan betul!
BULU roma tiba-tiba terasa meremang tatkala aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku menggigil sedikit. Tiba-tiba rasa menyesal tolak offer Elliesya tadi. Elliesya hanya tunggu aku diparkir lot bawah.
Aku merenung ke arah pintu rumah. Rasanya hari itu tunang aku terpaksa jahanamkan pintu ini memandangkan pengurus bangunan lambat sampai. Tapi hari ini aku lihat pintu sudah diganti baru. Dia yang ganti?
Aku mengalihkan pandangan ke arah cermin pintu gelangsar. Sama seperti pintu tadi. Juga telah diganti baru. Pemurahnya lelaki ini. Bukannya murah semua benda yang dia ganti baru itu.
Aku mengeluh. Kenapa lelaki ini terlalu baik. Lagi kuat rasa bersalah aku. Bukan aku menolak pertolongan dia. Cuma aku tidak selesa bila dia terlalu baik dengan aku. Dia selamatkan aku pun sudah cukup baik. Ini pula dia sanggup gantikan semua kerosakan.
Aku mengemas segala pakaian. Fail-fail kerja juga aku masukkan ke dalam beg galas. Tanpa berlengah, aku keluar dari rumah itu. Tidak mahu Elliesya menunggu lama di bawah. Katanya tangan aku masih luka. Jadi mereka tidak benarkan aku memandu buat sementara. Kereta aku pula awal-awal lagi mereka sudah bawa ke rumah Elliesya.
"Dah siap?" Soalnya ringkas. Aku mengangguk. Kami berdua masuk ke dalam perut kereta. Elliesya memulakan pemanduan. Aku pula mengeluarkan telefon dari beg tangan. Mahu berterima kasih kepada si tunang. Sudah banyak dia buat untuk aku sejak dua menjak ini. Rasa terhutang budi biarpun dengan tunang sendiri.
"Mak kau tak datang melawat ke sebelum ni?" Tanya Elliesya. Memecah kesunyian antara kami. Aku meletakkan telefon di atas riba. Memberi tumpuan sepenuhnya kepada Elliesya.
"Ada la dua kali dia datang. Tapi dia sibuk, aku malas nak tanya lebih-lebih," Elliesya angguk faham. Maklum dengan jawapan aku.
"Kondo kau kena pecah masuk kan? Barang apa aje yang hilang beb?" Tubuh aku mengeras. Lansung tidak sangka dengan soalan cepumas Elliesya itu. Aku hanya berbohong kepada mereka berdua. Tahu nanti mereka risaukan aku. Terpaksa aku tipu.
"Oh tu.. aku tak perasan la pulak."
"Tapi, daripada keadaan kau ni, tak nampak macam kena pecah masuk tau. Sebab keadaan kau teruk. Sangat," hairannya. Aku gigit bibir. Ligat berfikir alasan munasabah.
"Aku kan demam. Itu sampai warded tu." Aku mengerling Elliesya. Dia menjatuhkan bahu. Tanda mengalah. Mungkin tahu aku sekadar memberi alasan.
"Okaylah kalau kau kata macam tu."
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...