61

2.9K 117 0
                                    

SIKAP aku berubah pasif. Aku lansung tidak respons dengan segala teguran Aryan. Aku diam. Aku seolah cuba menjauhkan diri daripada Aryan. Sejak aku pulang dari rumah ayah kelmarin, aku lansung tidak bercakap. Aryan hampir buntu mahu kembalikan suara emas aku ini. Kenapa abang macam ini? Arya sakit, abang. Arya sakit tengok abang layan Arya macam ni.

"Tolong jangan buang abang, sayang. Abang rasa teruk bila sayang diam macam ni." Nada suaranya seakan merayu. Aku ketap bibir. Mata pula sudah basah. Tidak betah mendengar dia merayu seperti ini.

"Abang," akhirnya. Aku memanggil dia perlahan.

"Ya, sayang abang. Abang dekat sini." Aku menatap wajahnya lama.

"Bagi Arya masa, boleh?" Minta aku. Penuh berharap. Wajahnya sudah berubah keruh. Tidak faham dengan permintaanku.

"Abang ada buat salah dengan sayang ke?" Aryan bertanya polos. Aku mengangguk. Menipu. Aryan tak pernah buat salah. Aku yang sepatutnya mengakui kesalahan diri. Jika ini caranya supaya Aryan beri aku ruang, aku terpaksa membohong. Walaupun terpaksa.

"I apologize if I hurt your feelings, caramor. That was never my intention."

It's not you, abang. It's me! I'm the problem. Jerit isi hatiku. Tolong berhenti ucap kata maaf itu, abang. Abang tak layak minta maaf dekat Arya. Kenapa perkataan maaf itu sangat murah bagi abang?

Aku menolak tubuh Aryan lembut. Air mata dikesat menggunakan lengan baju. Aku melarikan pandangan daripada bertembung dengan sepasang mata amber itu. Namun dia tidak memaksa. Sebaliknya melepaskan keluhan berat.

Aku tahu dia lelah dengan semua ini. Apatah lagi diri aku sendiri. Aku menjauhkan diri daripada Aryan.

"Sayang..." Aku tepis tangan Aryan apabila tangannya naik mahu menyentuh bahu. Aryan terkelu. Tidak menjangka dengan tindakan aku. Aku memandang Aryan kosong. Lansung tiada secalit perasaan. Fikiran aku, berserabut.

"Say something, caramor. Abang tak suka sayang diam macam ni. Abang tak nak hilang sayang lagi. Abang merayu. Jangan tutup pintu hati sayang untuk abang," Aryan menangis. Persis kanak-kanak kecil. Aryan menangis, disebabkan aku.

"Abang tahu sayang penat. Abang bagi sayang masa, okay? Sayang rehat dulu. Tenangkan fikiran. Abang tahu, semua ni salah abang." Aryan tidak henti memujuk. Aku menggigit pipi dari dalam mulut. Menahan esakan daripada terletus.

"Keluar. Arya tak nak tengok muka abang," aku menghalau Aryan keluar. Enggan memandang raut wajahnya yang tampak menyedihkan. Aku benci sisi Aryan ini. Nampak lemah. Aku benci tengok dia lemah sebab aku.

Aryan tidak melenting. Malah menghadiahkan senyuman tipis. Tanpa berbasa-basi, Aryan mengambil kunci kereta bersama telefon.

"Abang tak pergi, cuma abang stay dekat guest room. Kalau sayang perlukan abang, panggil abang tau. Abang bagi sayang masa." Ujarnya lembut. Menjawab persoalanku tanpa disoal. Tetapi aku tidak membalas. Membiarkan tubuhnya menghilang disebalik pintu.

Semua ini melelahkan aku. Bukan sahaja aku, malah Aryan sekali. Namun Aryan lebih cekap menyembunyikan perasaan dia. Tidak seperti aku. Melepaskan tanpa fikir perasaan suami sendiri.

Layakkah aku menjadi isteri dia jika aku terus berperangai sebegini?

Aryan lansung tidak mengeluh. Sepatutnya dia lebih marah apabila aku bersikap kasar terhadapnya. Tetapi dia bertindak sebaliknya. Melayan aku dengan lebih lembut.

Kenapa aku terlalu ego? Kenapa hati ini terlalu keras untuk menerima Aryan. Sedangkan dia lansung tidak bersalah.

Aryan tak layak dilayan sebegini. Aryan tak layak dibenci. Sepatutnya aku perlu sedar. Terlalu banyak salah aku terhadap dia. Cuma, aku perlukan masa.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now