48

2.8K 122 1
                                    

HUBUNGAN aku dan Aryan semakin membaik. Berterima kasih kepada Nufail, tanpa dia... aku pasti takkan tahu cerita sebenar di sebalik semua hal yang berlaku ini. Pada masa sama, aku terharu kerana dia begitu bersungguh membantu kami berdua.

"Lama lagi ke nak habis?" Tanya Aryan yang sedang meriba aku. Aku masih berdiam diri. Mahu fokus habiskan ayat terakhir di penghujung muka surat.

"Sikit lagi." Balasku pendek.

Hari minggu. Kami berdua memutuskan untuk luangkan masa di rumah. Malas mahu keluar setelah lima hari penat bekerja. Nak dipendekkan cerita, aku dan dia sama-sama bermalasan dalam perpustakaan aku ini. Mula-mula aku duduk seorang diri. Kemudian, Aryan ketuk pintu. Membawa sepiring buah bersama buku rujukan entah apa-apa.

Orang baca novel, dia pergi baca buku rujukan!

Euw.

"Itu separuh buku lagi. Bukan sikit," Aryan membebel. Aku hentak perlahan kepala aku ke dadanya di belakamg. Sibuk aje nak mengata orang.

Siapa suruh menyibuk masuk sini.

"Sikit la ni, abang mana faham. Buku ni nampak tebal sebab jenis kertas aje."

Aryan tutup buku rujukannya. Kemudian, dia mula ganggu aku. Aku mendengus. Tak aman bila sesi membaca tadinya tenang, mula terganggu. Susah nak fokus!

Aku cuba abaikan Aryan.

Sesekali dia bermain dengan hujung rambutku. Aku masih diam. Fokus apabila klimaks novel itu begitu mendebarkan. Sesekali dahiku berkerut.

"Cantik." Perlahan sahaja suara Aryan. Entah dia puji aku atau watak dalam novel ini. Mana tahu dia baca sekali?

Ruang ini tiba-tiba sunyi. Hanya ditemani bunyi pengdingin hawa dan juga helaian kertas setiap kali diselak. Tangan Aryan sudah jatuh perutku. Lansung tak bergerak. Betul-betul patuh akan arahan bila aku larang dia menggangguku.

Tiga jam berlalu. Akhirnya sebuah novel aku telah habiskan. Tangan naik menyentuh rambut sudah siap didandan rapi yang diletakkan di sebelah bahu kiri. Pandai pula dia dandan.

Aku toleh kepala sedikit ke arah Aryan.

Patutlah senyap.

Dia sudah terlelap. Persis kanak-kanak. Bila penat menunggu, tidur menjadi pilihan. Senang kata, mungkin dia sejenis manusia cepat bosan bila melihat setiap patah perkataan dalam novel. Tapi... buku rujukan dia tu boleh pula hadap!

Lagi membosankan.

Aku tepuk lengannya perlahan. Mahu ajak dia makan. Berejam kami berdua habiskan masa di sini. Risau pula kalau dia sakit perut nanti.

"Abang," panggilku perlahan.

Senyap. Masih enak dibuai mimpi.

"Abang..." panggilku lagi. Kali ini dia bergerak sedikit. Respons dengan panggilan aku.

"Hm..." Suaranya agak serak mungkin disebabkan tekaknya kering apabila duduk dalam suasana dingin lama. Cuma... kira aci tak kalau aku kata seksi? Bolehlah kan? Bukan suami orang. Suami sendiri! Aku menggeletis dalam hati.

"Dah habis ke sayang?"

"Dah." Aku menjawab senang. Puas hati bila cerita tadi dikira happy ending. Pengakhiran yang memuaskan.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now