3

4.1K 164 0
                                    

Julai, 2024.
SEBULAN berlalu sejak lelaki bergelar 'encik tunang' itu berhubung dengan aku buat kali pertama. Malah itu juga merupakan kali terakhir. Entah bila lagi dia akan mesej aku semula. Takkanlah aku mahu sapa dia dulu? Aku cuma tertanya tetntang keberadaan dia. Mana tahu dah berjumpa dengan tuhan dulu ke?

Kan dah hilang calon suami? Uish, mulut... mulut! Aku tampar bibir sendiri berkali-kali. Mulut tak makan saman betul!

Takpun, aku memang tertunggu-tunggu chat dia?

Aku geleng kepala. Gila! Atas sebab apa aku tertunggu-tunggu dia? Bukannya pertunangan ini atas dasar cinta pun. Cliche betul kahwin paksa ini. Bosan. Mama punca aku terpaksa layan segala benda macam ini. Elok-elok aku tengah bahagia hidup sendiri boleh pula dia suruh kahwin.

Aku tunduk memandang ke arah pen dan kertas kosong. Tadi mulanya putih bersih kini dipenuhi dengan pelbagai contengan rawak. Biar betul kau ni, Arya? Kemain conteng kertas macam tak ada kerja!

Am? Umur? Kerja?

Aku ke yang conteng kertas ini tadi? Aku tiup ke arah kiri dan kanan bahu sendiri. Nak buang segala setan yang sedang merasuki diri sendiri. Nyah kau setan!

What the hell is going on with you, Arya?

Desis hati sendiri.

Aku tersentak dari lamunan apabila dengar pintu pejabat diketuk. Kini wajah Sara mula menjengah dari pintu. Aku kerutkan dahi. Apa dia nak? Lagipun segala fail sudah siap disemak tadi. Dia tak nampak ke aku tengah sibuk ni?

"Miss, ada orang hantar bunga." Sejambak bunga kini menyapa pandangan apabila pintu dikuak lebih besar.

"Siapa bagi?" Tanya aku. Kening pula sudah bertaut. Aku mahu tahu nama si pemberi.

Sudah lali menerima jambangan bunga. Semuanya tak menarik perhatian aku. Bunga ros? Tolonglah. Susah untuk dijaga apatah lagi bunga-bunga lain. Dengan aku yang sentiasa sibuk dengan kerja, sudah tentu tiada masa untuk menjaga bunga. Lagipun, aku tak suka bunga.

"Saya tak pasti, tapi ada kad ucapan dekat sini. Miss boleh tengok." Dengan berhati-hati Sara meletakkan jambangan bunga itu di atas meja.

"Saya minta diri dulu, miss." Aku hanya mengangguk. Mata masih melekat ke arah jambangan bunga tersebut.

Seolah mempunyai tarikan yang tersendiri, aku angkat jambangan bunga itu.

Calla Lily.

Tak pernah ada satu pun lelaki beri aku jambangan bunga ini. Bunga ini bewarna putih. Ianya membawa simbol 'kecantikan'. Cheesynya! Makhluk tuhan mana yang rajin bagi bunga putih ini? Rajin pula dia pilih bunga. Selalunya orang bagi bunga ros ataupun baby's-breath.

Ralit aku membelek jambangan bunga ini. Tanpa menunggu lama, kad ucapan yang terselit di celahan bunga aku ambil sebelum membaca ucapan yang ditulis kemas oleh si pemberi.

Atau lebih tepat sekali, dia minta pekerja kedai bunga itu yang tuliskan. Tulisan nampak sangat seperti tulisan tangan perempuan.

-teruntuk cik tunang yang sudah tentu tiada masa dan tidak reti menjaga bunga-

-Am

Dup! Dap! Dup! Dap!

Jantung mula memainkan sebuah irama. Nama ini! Panjang pula umur dia. Ingatkan dah lesap. Tanpa sedar aku berdecit halus. Namun lansung tak mengambil hati dengan ayatnya yang tiada tapis. Memang fakta. Dan aku menerima perlian itu dengan hati terbuka.

Tanpa berfikir panjang, tangan aku laju mencapai telefon peribadi sebelum kontak 'encik tunang' dipilih bagi memulakan perbualan.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now