15

4K 140 0
                                    

TELEFON diletakkan di sisi. Aku hanya memerhati dari jauh. Nisa sedang hulurkan kedua belah tangan kepada pelukis inai. Elliesya pula berada di sebelahku. Kusyuk membelek katalog pelukis inai tersebut. Mahu tolong sambut tetamu, tapi Nisa kata serahkan kepada ahli keluarga dia memandangkan malam berinai hanya dihadiri sanak saudaranya dan juga rakan-rakan universiti dia.

Hasilnya kami hanya berlenggang. Lansung tiada guna. Dan mungkin hanya berguna ketika sesi fotografi sebentar lagi. Mahu sertai sesi berinai, tetapi aku dan Elliesya tidak berminat. Lagipun, tiada keperluan untuk kami berinai sama. Hukum berinai semata menunjukka kecantikan salah sama sekali disisi agama. Tambahan lagi, mama awal-awal lagi sudah melarang. Katanya takut hilang seri bakal pengantin.

"Kau tak nak kahwin tahun ni jugak ke?" Kedengaran Elliesya tersedak air apabila diajukan soalan itu. Lantas aku pandang Elliesya. Tidak perasan pula tadi dia sedang minum air. Cepat-cepat aku bangun ambil tisu di meja hidangan makanan. Aku hulur tisu kepada Elliesya.

"Tak perasan pulak kau tengah minum air," beritahu aku. Elliesya mengelap dagunya.

"Manusia mana aje tak tersedak dengar soalan mengejut macam tu?" Balas Elliesya pula. Aku angkat bahu. Aku sangka itu merupakan soalan normal.

"Dah kau kata majlis kau bulan tiga tahun depan. Mana tahu ada niat mahu awalkan. Aku tanya aje," Elliesya geleng kepala laju. Menidakkan. Jangan nanti meroyan sudah. Masa aku tanya beria tidak mahu.

"Ingat tak, dulu masa sekolah, masing-masing tak sabar nak masuk universiti. Bila universiti, rasa nak sekolah balik. Sebab takut nak hadap alam pekerjaan. Dan bila dah bekerja, semua stres fikirkan perkahwinan," ungkap Elliesya. Panjang lebar. Matanya jauh merenung Nisa dari jauh. Mungkin tidak percaya, kami bertiga sudah berada di tahap sudah layak mendirikan rumah tangga.

Aku mengangguk. Bersetuju dalam diam.

"Aku agak lepas ini stres fikir mahu berapa orang anak," selorohku. Kedua kami menghamburkan tawa. Tanpa sedar, sudah berbelas tahun kami susah senang bersama. Jelas menunjukkan betapa cepatnya masa berlalu.

"Dulu semua tak matang. Nak bercinta pun bodoh. Berlambak-lambak bekas teman lelaki. Bukan main academic achiever, tapi nak pilih lelaki pun bengap!" Aku berdehem. Lansung tidak mengakui. Betul. Aku bukan macam seperti mereka pun.

"Kau orang aje tau. Aku tak. Entah apa-apa bekas teman lelaki berderet. Agaknya dah boleh buat perbarisan." Ejekku.

Elliesya tepuk lengan aku. Geram apabila aku tidak henti sasarkan dirinya. Aku ketawa perlahan. Nak gelak kuat-kuat, ramai pula orang. Nanti dikutuk anak dara tapi perangai tak semenggah!

"Ary," panggil Elliesya setelah kedua antara kami berhenti ketawa. Aku angkat sebelah kening. Tanda sahut panggilannya.

"Betul ke kau tak ada sorok daripada kita orang apa-apa? Pasal rumah kau kena pecah masuk tu. Takkan... kau tak percayakan kita orang?" Aku ukir senyuman paksa. Kemudian aku geleng kepala. Betul-betul mahu yakinkan dia yang aku baik-baik sahaja. Lagipun, hal itu hanyalah masalah aku sendiri. Lansung tiada niat mahu libatkan mereka.

"Selagi aku boleh handle, aku okay. Normal lah rumah kena pecah masuk penyamun. Penyamun pun nak duit," aku cuba berloyar buruk.

"Kita orang nampak, Ary. Kau fikir kita orang tak nampak ke perubahan kau? Sejak kejadian tu, kau selalu make sure ubat-ubatan dekat rumah aku sentiasa cukup. Aku nampak. Selepas tu, payung. Kau suka tinggal belakang pintu bilik ataupun dekat pintu rumah. Nisa pun perasan, Ary. Kau tak okay." Terang Elliesya panjang lebar. Ah, sialnya. Kenapa dia orang perasan? Puas aku berpura-pura okay.

Aku termenung jauh.

"Kalau kau tak bersedia lagi, tak apa. Jangan cerita dulu. Tapi nanti kalau kau dah okay, jangan lupa cerita dekat kita orang, tau. Aku dengan Nisa sentiasa ada untuk kau. Lagi satu, buat masa sekarang. Tinggal dengan aku dulu. Sampai kau nak kahwin pun tak apa. Tak ada lah nanti aku berat hati selepas kau bersuami. Sekurang-kurangnya nanti suami kau boleh protect kau," terang Elliesya lagi. Kemas otak menyimpan segala pesanannya.

Aku melorekkan senyuman nipis.

Terharu ada rakan seperti mereka.

"Insyaallah, I will."

"Arya! Elliesya! Jom ambil gambar," laung Nisa dari jauh. Serentak kami berdua memandang Nisa. Tidak menunggu lama, kami berjalan ke arah Nisa. Memerhati ukiran inai pada kekura tangannya dengan penuh minat. Cantik!

"Kenapa kau orang tengok macam tu. Buruk eh?" Soal Nisa. Aku menghela nafas. Turut diikuti Elliesya. Dah mula dah minah ni...

"Tenung sebab cantik, sengal. Sikit-sikit overthinking. Cuba fikir baik-baik sikit. Aku debik kang baru tau," ujar Elliesya geram. Sampai malam sebelum nikah pun nak overthinking. Susah betul mahu berfikiran positif.

Kenapalah dia tak yakin yang dia ini cantik sebenarnya?



TANGANKU digenggam erat. Aku toleh kepala. Memandang Nisa di sisi kanan. Tahu dia sedang gemuruh. Para tetamu mula berbisik-bisik tatkala pengantin lelaki mula melangkah menghampiri tok kadi bersama wali rakanku ini. Sesekali Elliesya mencuit aku. Menghulurkan tisu, kipas tangan ataupun alat solek untuk touch-up solekan Nisa.

Aku dapat jamin, melantik aku dan Elliesya sebagai bridesmaid adalah keputusan terbaik Nisa. Sungguh berguna.

Elliesya setia memegang kamera. Merakam detik-detik bahagia Nisa dari sudut pandangan seorang bridesmaid. Setelah itu, kamera diturunkan ke atas riba apabila pengantin lelaki sudah duduk bersila. Memberi ruang kepada jurugambar untuk melakukan tugasnya. Risau mengganggu jurugambar tersebut menjalankan tugasnya.

Aku pula fokus memerhati kedua pasangan raja sehari ini. Observe. Sebagai persediaan untuk majlis sendiri yang bakal menyusul nanti. Mungkin aku tidak terlalu cengeng seperti Nisa nanti. Lagipun, perempuan ini sudah semestinya cengeng sejak dulu. Lansung tidak hairan jika dia berperangai sebegitu hari ini. Sungguh menambah kerja mahu lap air matanya daripada merosakkan solekan.

Hanya sekali lafaz, salah seorang daripada kami bertiga kini sah bergelar isteri orang. Apabila doa dibaca, aku menadah tangan. Bersyukur kepada Ilahi serentak dalam diam mendoakan kebahagiaan tercipta buat sahabat. Dalam diam, aku menahan rasa sebak. Akhirnya, Nisa menemukan lelaki tepat buat dirinya.

Perasaan gembira bercampur-aduk dengan perasaan sedih. Aku diam membisu. Lansung tidak mengeluarkan sepatah dua kata. Begitu juga dengan Elliesya. Turut berdiam diri mungkin merasai perasaan yang sama.

Aku kebelakang sedikit. Memberi ruang bagi sesi pembatalan air sembahyang. Elliesya pula kini mendekati aku. Mungkin janggal apabila majoriti tetamu yang hadir pada sesi akad nikah adalah saudara-mara Nisa. Selebihnya bakal menyusul ke dewan perkahwinan nanti.

"Kau tak berdebar ke? Next month giliran kau pulak tau," bisik Elliesya. Memecah kesunyian antara kami.

"Dah kata bulan depan, nanti punya cerita la. Kejadahnya nak berdebar awal-awal." Balas aku pula. Turut dalam nada yang sama. Pada masa yang sama, aku geleng kepala perlahan. Yang bukan-bukan sajalah si Elliesya ini.

Selesai kedua pengantin menyarungkan cincin, semua mula bangun. Berdiri bagi sesi bergambar. Lekas-lekas kami berdua bangun. Seorang kalut mahu memastikan pengantin perempuan baik-baik sahaja. Seorang lagi pula bersiap sedia dengan kamera di tangan. Masing-masing sibuk! Lansung tiada masa untuk bermain telefon.

Aku keluarkan tisu dari dalam beg tangan. Dengan berhati-hati aku lap peluh yang mula keluar di dahi Nisa. Berpeluh lah tu, bila dah bersuami.

"Kau orang berdua mengata aku ke," bisik Nisa perlahan. Aku kecilkan kelopak mata. Eh, dia ni! Tak padan dengan majlis sendiri, menyempat tuduh orang mengata dia.

"Elok sikit eh, kau pandang kamera sekarang. Tak padan dengan pengantin. Kau ingat ni main kahwin-kahwin masa kecil ke apa?" Perli aku pula. Crown di atas kepala Nisa turut dibetulkan supaya tidak senget. Kemudian, aku betulkan veil. Membiarkan lebihan kainnya cantik terletak biarpun panjang meleret dibelakang. Terus aku jauhkan diri. Memberi ruang jurugambar merakam gambar pasangan raja sehari itu.

Apa yang aku tahu, hari ini social battery aku akan habis sehabis-habisnya!

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now