41

2.7K 119 1
                                    

ARYAN tepuk pipiku perlahan. Mahu sedarkan aku, dia berada di hadapanku sekarang. Nafasku masih tidak teratur. Seperti selalu, Aryan menyuruh aku kawal pernafasan. Setelah itu, dia meminta Heryna ambil segelas air. Botol ubat ditanganku diambil, lalu dikeluarkan.

"Telan ni sayang," ucapnya lembut. Dengan nada separa berbisik. Aku menurut. Aryan pusing ke belakang. Memandang satu-persatu wajah ibu saudaranya dan juga Safina. Mata mencerlung tajam ke arah setiap mereka.

Kenapa, Aryan sangat marah? Bukankah dia tak cintakan aku lansung?

"Keluar." Ujarnya sepatah. Nadanya kedengaran begitu keras. Mereka masih kaku. Tidak percaya Aryan selama ini sungguh sopan kini bertukar bengis.

"Aku kata keluar!" Jerkah Aryan sekali lagi. Sekali aku tersentak.

"Aryan, kenapa ni?" Soal ibu sebaik sahaja sampai ke dapur. Sepasang mata amber ibu jatuh melihat kakiku yang sudah terluka.

"Ibu tanya kakak-kakak ibu ni. Ary dah hilang sabar dengan mulut sial dia orang." Ucapnya kasar. Ibu memandang makngah dan maklang penuh tanda tanya. Masih tidak dapat tangkap apa sedang terjadi.

"Kenapa ni, kak Minah? Kak Aisyah?" Senyap. Masih tidak berbalas.

"Ryna. Kau bagitahu ibu, macam mana boleh jadi macam ni. Kau ada dekat sini lagi awal dari abang." Arah Aryan. Masih dingin.

"Tadi dari ruang tamu Ryna dengar makngah kata kak Arya mandul. Bila Ryna datang, makngah masih tak henti mengata kak Arya. Dia cakap kak Arya tak beradab bila jawab dia baru berkahwin." Dengar sahaja penerangan Heryna, Aryan mula mengetap rahangnya tajam.

"Lepastu kak Fina masuk dapur. Dia bawa botol ubat kak Arya. Dia bagitau makngah kata kak Arya gila," perlahan sahaja perkataan gila itu disebut. Tidak mahu menyinggung perasaanku.

"Astaghfirullahalazim, akak! Ijah sendiri tahu Arya sakit bukannya gila!" Ucap ibu terkejut. Wajah kecewa juga tergambar pada seraut wajahnya tatkala memandang ke arah kakaknya.

"Ryna dengar kak Arya kata kak Fina ceroboh masuk bilik abang. Sebabtu dia boleh ada ubat tu. Kak Fina kata kak Arya gila. Dia juga kata kak Arya ni dah susahkan abang sebab kena jaga orang gila. Abang ibarat kuli kak Arya. Tak lama kemudian, makngah hina kak Arya, cakap kak Arya gila berkali-kali." Aku menunduk.

Aryan sudah selit tangannya diketiak dan bawah lututku. Kemudian dia mencempung tubuhku. Aku peluk lehernya. Menyembunyikan wajah yang sudah basah dengar air mata dicelah lehernya.

"Ibu dengar kan? Apa yang dia orang dah buat dengan isteri Aryan?"

Ibu juga terdiam.

"Biar aku bagitau kau orang. Yang gila tu, kau orang. Bukan isteri aku. Dia sakit pun, tak pernah sekali pun hina atau mengadu pasal perangai kau orang dekat aku selama kau orang ada dekat sini." Tiada lagi panggilan hormat dikenakan.

"Isteri aku tak mandul. Aku sendiri tak benarkan dia mengandung dalam masa terdekat untuk kesihatan dia. Jadi, berhenti hina isteri aku sebelum aku sendiri doakan anak kau mandul." Ucap Aryan lagi.

"Aku nampak selama ni macam mana kau orang layan isteri aku. Tapi aku diamkan. Bila aku diam, semua pijak isteri aku, kan?" Aryan melangkah mendekati Safina pula.

"Kau, jangan mimpi nak kahwin dengan aku." Segala urat sudah timbul menghiasi leher Aryan. Aryan sungguh marah. Auranya terasa begitu dingin.

"Nenek, nenek dah dengar kan? Maafkan Aryan nek, tapi Aryan nak sewa homestay selagi dia orang ni tak balik." Beritahu Aryan kepada nenek yang berada di hujung pintu dapur. Lansung aku tak sedar sejak bila nenek berada di situ.

"Pergilah, tahulah aku nak ajar anak-anak aku nanti macam mana." Ucap nenek perlahan. Wajah tua itu mengukir senyuman nipis.

"Ibu, nanti Ary datang balik."

Baru sahaja Aryan melangkah bawa aku pergi, nenek memanggil namaku,

"Arya..." Aku mengintai disebalik celah leher Aryan yang membelakangi nenek.

"Nenek minta maaf."

Aku tahu nenek baik. Sebab tu Aryan rapat dengan nenek dia, kan?

"Abang pergilah homestay dulu. Nanti Ryna kemaskan barang-barang kak Arya dengan abang."




AKU jauhkan diri daripada Aryan. Jujur aku masih terasa dengannya pasal semalam. Bila dia kata dia terpaksa. Bila dia kata dia tak mahu hancurkan hati aku. Terasa seolah selama ini ayatnya hanya dusta semata. Sebenarnya dia anggap aku apa?

Aku akui aku tersentuh bila dia pertahankan aku depan semua orang tadi. Soalnya, itu ikhlas dari hati atau lakonan semata? Sungguh aku keliru.

"You avoid me." Katanya perlahan. Lebih kepada menyatakan fakta.

Aku diam.

"Sayang mengelak daripada abang. Sebabtu dia orang dapat peluang untuk hentam sayang. Cuba kalau masa tu sayang ada dengan abang. Semua ni takkan jadi." Sambungnya lagi.

"Biarlah. Semuanya kenyataan, Aryan. Hakikatnya, Aryan berkahwin dengan orang gila. Atau lebih tepat sekali, Aryan terpaksa berkahwin dengan orang gila." Balasku pula. Aryan tergamam. Terkejut apabila aku tidak memanggilnya abang lagi.

"Nurdarya!" Suaranya naik seoktaf. Riak marah terpamer diwajahnya.

"Didn't I told you before? Berapa kali abang nak ingatkan sayang, sayang tak gila. You are sick!" Tekannya dipenghujung ayat. Tanganku ditarik mendekatinya.

"Come." Panggilnya sepatah. Aku masih bingung. Untuk apa?

"Kenapa?"

"Sparring, let go of your anger. Fight me," balas Aryan. Aku undurkan diri. Menjauh daripada Aryan.

"It's an order." Aku ketap bibir apabila Aryan mula menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami. Aku pandang ke arah sekeliling. Ruang tamu homestay ini terdapat sofa dan meja kopi sudah tersusun atur. Menjadikan ruang begitu sempit.

"Sempit." Aku cuba beralasan. Aryan sudah mula menolak sofa ke tepi. Begitu juga dengan meja kopi yang terletak di tengah ruang. Aku menghela nafas. Peluang Arya. Lepaskan semuanya.

Aku mula mengambil jarak. Begitu juga dengan Aryan. Gila! Bertarung diruang tamu homestay.

Aku mula bertindak agresif. Mula menyerang Aryan dengan menggunakan teknik jab and cross bagi menguji pertahanan. Manakala Aryan memiliki footwork lebih lincah bergerak ke belakang dan sedikit ke tepi. Mengelak dari pukulan tersebut.

Aku angkat kaki, mahu kirimkan tendangan bulat ke arah Aryan. Roundhouse kick. Namun Aryan segera menangkis dengan cepat.

Aku mendekat. Nafas masih cuba dikawal. Aku menyerang menggunakan teknik clinch. Cuba mengawal kepala Aryan menggunakan kedua tanganku. Aku mula menyerang Aryan menggunakan lutut bertubi-tubi ke perut Aryan.

Aryan mula lemah. Aku lepaskan dia. Kemudian, dia terbaring dilantai. Menarik aku sama berbaring dilengannya. Tercungap-cungap kami mencari nafas. Aku puas. Walaupun aku tahu Aryan tidak gunakan tenaga penuhnya.

Mustahil dia boleh kalah dengan aku kalau ikut logik.

"Feeling better?"

"Hm." Gumamku.

"Abang... tak tahu apa salah abang dengan sayang. Tapi abang minta maaf kalau abang ada sakitkan hati Arya."

Aryan, tolong berhenti seksa hati aku. Aku mohon.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now