SEJAK kejadian semalam, aku masih tidak bertegur sapa dengan Aryan. Dia juga sama. Lansung tak datang cari aku. Aku sangka dia akan datang dan berusaha menjelaskan semuanya. Tapi aku silap. Dia kekal berdiam diri. Menguatkan lagi bukti apa yang mama katakan semalam adalah benar. Kenapa dia tipu aku? Persoalan itu kerap bermain dalam fikiran.
Namun begitu, dia tidak lupa untuk kejutkan aku solat subuh. Selesai dia tunaikan kewajipan tersebut, dia turun ke dapur. Kemudian kembali ke bilik bersama segelas air. Seperti biasa memastikan aku makan ubat.
Dan sekarang kami berdua dalam perjalanan pulang ke kampungnya. Aku tahu. Majlis tidak boleh dibatalkan sekali lagi hanya sebab emosiku tidak stabil. Ini kerana dia sudah menghubungi keluarganya untuk teruskan majlis pada minggu depan setelah aku putuskan kelmarin.
Sejujurnya aku terasa janggal sekarang.
Kebiasaannya gelak tawa memecah kesunyian antara kami setiap kali berada dalam kereta. Aryan akan mengusik dan aku pula aku merajuk.
Tapi aku masih kecewa dengan dia. Kenapa dia diam? Sepatutnya dia tenangkan aku. Menafikan segalanya. Aku mahukan sebuah pujukan. Bukan kebisuannya seperti ini. Aku benci keadaan ini. Aku perlukan sokongan dia bila mama dah buang aku. Bila dia bertindak begini. Aku sunyi.
"Abang... masih tak nak bercakap dengan Arya ke?" Sikap yang aku sangka aku dah buang. Kini kembali hadir. Sikap di mana aku jatuhkan ego sendiri. Supaya Aryan tidak abaikanku.
Sejak tadi lagi aku curi-curi pandang wajahnya. Aku dapat lihat Aryan nampak lost. Seolah fikirannya jauh melayang ke tempat lain.
"Do you trust me?" Soalan dibalas soalan.
Aku senyap. Masih keliru. Perlukah aku percayakan dia? Berapa banyak peluang lagi aku perlu berikan?
Aryan berhentikan kereta dibahu jalan. Tubuhnya kini menghadapku.
"Arya..." Aku masih celaru. Raut wajahnya tadi serius mulai kendur. Mungkin kecewa apabila aku masih ragu-ragu dengannya.
"You don't trust me. I knew it." Aryan kembali pandang depan. Berkira mahu memulakan pemanduannya semula.
"Arya... I-I want to trust you. Arya nak percayakan abang," Ujarku. Kali ini lebih yakin. Aryan toleh ke arahku. Dia ukir senyuman hangat sebelum tangan naik mengusap kepalaku.
"Tolong percayakan abang hingga semua ini tamat, caramor. Simpan semua persoalan Arya. Abang janji, sampai masa abang jelaskan semuanya. I wouldn't make this promise lightly. And I won't rest until I'm sure everything is fine." Aryan menabur janji.
Apa yang dia maksudkan dengan semua ini akan tamat nanti? Sungguh aku keliru.
"Termasuk hal semalam? Aryan tak nak explain?" Senyumannya berubah tawar. Aryan geleng perlahan.
"I can't, caramor."
Aku angguk kepala. Cuba fahamkan keadaan.
"Arya tunggu, tapi tolong... jangan terlalu lama. Even the strongest brew loses its warmth if neglected too long." Aku beri amaran halus. Tanda peluang diberi.
IBU sambut baik kedatanganku. Tubuhku didakap erat. Pipi juga dicium lembut. Dari jauh, aku lihat Aryan geleng kepala melihat karenah ibunya. Aku tersenyum kecil. Walaupun mama dah buang aku. Sekurang-kurangnya ada insan lain masih menyayangiku.
"Ibu minta maaf haritu ibu terpaksa balik awal sebab ada emergency dekat uni." Kata ibu sebaik sahaja melepaskan pelukan. Aku pula sudah sedia maklum sejak dulu. Ibu merupakan seorang pensyarah di universiti berdekatan.
"Tak apa, Arya faham."
"Depan pintu rumah jugak lah awak nak jejak kasih dengan menantu, Khadijah. Cuba bagi anak menantu masuk rumah dulu." Serentak, aku dan ibu menoleh ke arah ayah Aryan yang tidak jauh dari kami. Berdiri berdekatan pangkin sambil memegang penyapu rumput. Aku agak dia sedang bersihkan halaman rumah.
"Awak ni. Kita tengah seronok dapat menantu, orang lelaki mana faham." Rajuk ibu. Ibu tarik lenganku lembut. Memimpinku naik tangga kayu cantik bersusun. Dari luar, aku dapat liht rumah tradisional berasaskan kayu ini cantik dibina di atas tanah lapang. Ada bahagian dibina dari batu-bata. Tapi aku agak itu merupakan ruang dapur.
Senang kata, rumah kayu tradisional ini begitu cantik. Boleh dikategorikan agak mewah. Bukan seperti rumah kampung lain kelihatan seperti mahu roboh.
"Jumpa menantu, anak sendiri dilupakan." Telinga menangkap suara Aryan yang mengekori kami dari belakang bersama beg-beg bagasi kami berdua.
"Ibu dah tengok Ary sejak lahir lagi." Aku tersenyum lucu bila dengar jawapan selamba ibu. Rasa macam tengah rampas mak orang! Manakala Aryan pula sudah bermasam muka.
"Ibu!" Ibu angkat bahu. Aryan diabaikan.
"Maaflah Arya, rumah kampung aje. Kalau Arya tak selesa, boleh minta si Ary tu sewa homestay." Ibu merendah diri sambil memberi isyarat agar duduk di sebelah. Pantas aku menegah.
"Tak apa, ibu. Rumah ni jauh lagi selesa daripada homestay tu." Aku tak tipu bila aku kata selesa. Lihatlah ruang tamu ini sekarang, nyaman dengan udara datang dari pendingin hawa. Macam ni ibu kata tak selesa? Boleh menangis aku dibuatnya.
"Arya minta maaf sebab tundakan majlis, ibu. Arya-" Jari telunjuk bibir melekap dibibirku. Ibu ukir sebuah senyuman khas buat diriku. Dia menggeleng perlahan tanda tidak mengapa. Aku tersentuh. Ibu lansung tak marah aku seperti mama.
"Tak apa, Arya. Ibu faham. Ary dah bagitau ibu semuanya. Ambil masa untuk sembuh ya, sayang?"
Terus aku toleh ke Aryan. Riak wajah bingung aku tayang. Bukan ke kami berdua sudah janji untuk sorok hal ini daripada semua orang? Kenapa ibu tau? Seolah faham, Aryan tersenyum nipis sebelum menjawab,
"sayang cuma pesan jangan bagitau kawan-kawan dengan mama. Sayang tak mention ibu pun."
Tangan ibu naik usap kepala.
"Ibu pensyarah bidang psikologi, Arya. Ibu faham. Ibu yang paksa anak ibu ceritakan pasal Arya. Ibu cuma nak tolong Arya sembuh." Bibirku terkunci. Tidak tahu nak balas apa. Dalam diam aku bersyukur. Sekurang-kurangnya ibu tidak memandang rendah terhadapku.
"Dah, takmau sedih-sedih. Kau orang balik sini untuk persiapan majlis kan? Esok saudara-mara Aryan datang. Dah lama tak berkumpul ramai-ramai. Alang-alang dah dekat tarikh majlis." Ibu bersuara apabila ruang tamu ini menjadi sepi. Aryan berdehem. Mata melilau ke sekeliling.
Dia cari apa?
"Ibu, mana Helen?" Soal Aryan apabila perasan Helena tiada di sini. Serentak, aku pun baru sedar.
"Amboi, ingat Helen aje." Ujar satu suara dari dapur yang kini muncul. Serta-merta bibirku naik mengukir senyum.
"Adik abang ada dua orang tau? Sampai hati lupakan kita," sambungnya lagi. Kemudian dia mendekati aku sebelum tangan disua untuk bersalam.
Heryna. Adik perempuan Aryan juga. Cuma muda dua tahun dari kami. Tanpa Aryan tahu, ketika zaman sekolah dulu aku rapat dengan Heryna. Cuma ketika hari pernikahan kami haritu dia tiada memandangkan dia ada urusan di luar negara.
"Kak Arya! Ryna rindu! Lepas kita lost contact Ryna taktau macam mana nak cari akak." Heryna memeluk tubuhku. Manakala Aryan masih terkebil-kebil. Tidak tahu sejak bila kami berkenalan.
"Macam mana kau orang kenal?" Soalnya.
"Rahsia!" Jawab kami serentak sebelum meletuskan tawa.
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...