Jun, 2024.
PERMANDANGAN kota raya dari aras 55 kini menjadi tumpuan. Cantik. Tak pernah permandangan Kuala Lumpur seiring dengan langit malam ini tak cantik. Lihatlah. Langit gelap, ditaburi beribu bintang di langit. Suasana sunyi dan tenang bersama secawan caramel macchiato di tangan. Menambahkan lagi suasana aku gemarI.Tenang.
Namun tiada siapa sangka fikiran aku sedang bercampur-baur. Gusar. Semuanya gara-gara serabut memikirkan masalah. Aku buntu. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan jodoh dan kehidupan akan datang yang bakal berubah nanti. Sudah tentulah terpaksa hidup berdua dengan lelaki tak dikenali.
Atas desakan mama, aku terpaksa menerima pinangan lelaki pilihan dia. Kata mama, dia yakin lelaki ini merupakan calon suami terbaik. Memandangkan dia tahu aku tak ada teman lelaki.
Teruk sangat ke anak dia ni single sampai sanggup carikan calon? Aku baru berusia 26 tahun. Masih muda. Bukannya anak dara tua. Tapi kalau dah kata mak mak Malaysia, nak cakap apa lagi? Mama beritahu lagi pada usia 26 tahun dia sudah mempunyai seorang anak iaitu aku.
Menjengkelkan betul. Mama ingat ini zaman 70-an agaknya main jodohkan anak? Dia sendiri pun berkahwin dengan pilihan hati. Sungguh tak adil.
Hasil tadahan berbakul bebelan dan tak sanggup sanggup lagi menanahkan telinga. Aku terpaksa terima sahaja pertunangan ini. Malas mahu bertekak dengan mama jika aku menolak. Sebab aku tahu ini bakal mencetus pergaduhan besar antara aku dan mama.
Mama cukup pantang bila aku membantah arahan dia. Sejak aku di bangku sekolah lagi aku terpaksa turutkan semua permintaan dia. Sebutkan sahaja dari mana-mana aspek, sekolah? Aliran menengah atas? Sehinggalah aku menginjak ke alam universiti, jurusan juga dipilih dia.
Dan sekarang, soal pilihan pasangan hidup juga diaturkan mama. Sakit? Perkataan itu hanya mampu disimpan sendiri. Sebagai anak sulung perempuan, semua beban terletak di bahu. Tiada siapa kisah tentang impian aku sendiri.
Lansung tiada.
Bagi mama dan ayah, semua keputusan yang dibuat mereka demi kebaikan aku sendiri. Namun, apabila keputusan peperiksaan SPM dahulu tak dapat puaskan hati mereka, aku disalahkan kerana dianggap tak berusaha.
Begitu juga ketika berada di alam universiti, aku sudah cuba semampu habis. Tetapi bila keputusan semester 2 boleh dikatakan agak teruk, mama tak henti menyalahkan aku juga.
Lebih sedih lagi, apabila sampai giliran adik. Semuanya berubah. Lesson learnt. Mereka tak lagi memaksa dia mengikuti aturan mereka. Seolah aku merupakan mangsa keadaan merangkap bahan uji kaji mereka. Eksperimen ringkas ibu dan bapa sendiri.
Berbalik kepada soal jodoh, entahlah. Pertunangan ini pun, aku tak berapa ambil tahu. Tiada majlis pertunangan. Hanya rombongan pihak lelaki sampai di rumah ketika aku tiada. Sekadar penyerahan cincin dan selesai.
Sudah pasti aku tiada di rumah memandangkan aku sibuk. Aku tinggal berasingan. Tambahan lagi aku lansung tak tahu bila rombongan itu sampai ke rumah. Sudah terang lagi bersuluh aku tak kenal siapa lelaki tersebut. Lagipun, aku hanya berserah kepada tuhan.
Bukannya wajib untuk mengenali bakal suami sendiri. Semuanya sudah tertulis dalam fatwa.
Apabila ketenangan menjengah setiap kali lepas aku tunaikan solat istikharah, aku anggap itu juga merupakan petunjuk. Jadi, aku tak berkeinginan untuk ambil tahu siapa lelaki tersebut. Biarlah menjadi rahsia sehingga tiba hari pernikahan kami.
Mama kut, takkan kau tak percaya dengan taste mama?
Suara hati mula berbisik. Lebih kepada bisikan syaitan. Tak lama kemudian, aku menggeleng sendiri. Jangan termakan hasutan syaitan. Shuh! Shuh! Nyah kau dari sini setan.
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...