29

3.2K 131 0
                                    

KAIN telekung dilipat kemas. Belum sempat aku mahu lipat sejadah, Aryan sudah capai dulu. Aku gigit hujung bibir. Berkira-kira mahu tanya atau tidak? Agak-agak, Aryan izinkan aku masuk pejabat semula tak? Tapi... dah lama sangat aku tinggalkan pejabat. Silap haribulan, jin pun sudah bersarang dalam bilik aku.

"Yes, carimor? What's on your mind?" Tanya Aryan. Aku tersentak dari lamunan.

"Hah?"

"Awak tenung saya semacam, mesti ada nak tanya apa-apa." Jelasnya pula. Secara refleks, tanganku naik garu kening. Masih berfikir.

"Urm Aryan..." Aryan sudah berkerut dahi. Pelik apabila intonasi suaraku berubah lembut.

"Ya, Arya. Kenapa?" Dengan sabar Aryan tunggu aku habiskan ayat tadi. Belakang telapak tangan kirinya sudah naik tutup mulut apabila menguap. Kebiasaannya, lepas subuh begini dia kembali tidur sebentar.

"Arya nak pergi kerja boleh?"

"No," Aryan melarang. Aku jatuhkan bahu. Dah agak. Dia takkan izinkan. Dia tak tahu ke aku boleh bertambah gila kalau berterusan terkurung dalam rumah? Aku angkat kepala. Pujuk selagi boleh, Arya. Tak akanlah dengan Aryan pun kau nak mengalah, kan?

"Please? Aryan tau tak Arya boleh bertambah gila kalau asyik duduk dalam rumah?" Air mukanya berubah. Giliran aku pula berkerut dahi. Apa yang tak kena?

"Don't you ever say that." Keras suaranya memberi amaran.

"Apa?" Aku membalas hairan.

"Awak tak gila, carimor. You're just sick."

"Tapi Arya nak kerja. I feel more alive when I work. Maybe that would be more helpful? Aryan nak Arya sihat, kan?" Tidak mengalah. Aku cuba nasib. Mata dikedipkan berkali-kali. Kepala pula diangguk berulang kali. Raut wajah aku comelkan seboleh mungkin. Berharap dia termakan pujuk rayuku. Aryan menghela nafas.

"Fine. Tapi bersyarat," belum sempat perasaan teruja menjengah, terus terkubur apabila dia mahu beri syarat.

"Apa dia?" Soalku malas.

"Biar saya hantar dengan ambil awak," aku mencebik. Baru berangan nak bawa kereta laju-laju! Baru betul healing.

"No objection," Aryan memberi amaran sebelum aku sempat membuka mulut. Tau-tau aje aku nak bantah.

Aryan masuk ke dalam walk-in wardrobe. Aku hentak kaki. Nak bebas sikit pun tak boleh!

"Take it or leave it. Nak ke taknak?" Kepalanya muncul disebalik pintu gelangsar tersebut. Kening diangkat berkali-kali.

"Nak lah!" Jawabku.

"Dah tu? Terpacak dekat situ buat apa lagi? Mandi. Saya nak turun bawah siapkan breakfast." Keluar sahaja dari walk-in wardrobe, kain pelikatnya sudah berganti dengan seluar slack berwarna cream. Langkah diatur menuju ke pintu. Lalu dia menoleh ke arahku,

"ke nak saya mandikan?" Dengar sahaja ayatnya. Berdesup aku masuk tandas. Pintu ditutup rapat dan dikunci kemas. Aku tahu, dia punya gila kalau dia kata dia nak buat. Dia akan buat. Dan seperti biasa, aku berjaya melepaskan diri daripada segala idea merapunya.

Usai bersiap, aku turun ke tangga menuju ke dapur. Bau roti bakar menusuk ke rongga hidung. Sememangnya kami berdua tidak makan makanan berat ketika sarapan. Aku mengintai Aryan dari jauh. Sibuk dia menyediakan sarapan. Padahal, makanan ringan sahaja pun! Beria dia kalah masterchef.

"Cheese or chocolate?" Soalnya.

"Cheese, please." Dengan lagak profesional. Aryan buka kepingan keju. Roti bakar tadi diangkat lalu diletakkan kepingan keju. Aryan kemudiannya letak ke atas piring di depanku. Segelas susu juga dia letak di sisi piring.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now