39

2.7K 113 1
                                    

HOTEL lima bintang menjadi pilihan Aryan bagi melansungkan majlis perkahwinan kami. Jika hari itu, majlis dipihak perempuan lebih kepada private wedding. Terbalik pula dengan majlis ini. Lebih ramai tetamu. Ada juga rakan-rakan Aryan sejak zaman sekolah dulu. Aku mencari kelibat beberapa orang rakanku yang dijemput hadir. Ah, aku mana ramai kawan. Entah berapa orang saja aku jemput.

Yang pasti mestilah Nisa, Elliesya dan Nufail perlu ada. Lydia pula menjadi pengapit aku hari ini memandangkan Elliesya sekarang sudah mula sibuk membuat persiapan perkahwinannya.

Aku merangkul lengan Aryan sambil berjalan menyapa tetamu. Sebab lain kenapa aku tak suka majlis dibuat secara besar-besaran. Aku letih nak hadap ramai orang.

Seolah bersinar-sinar pandanganku tika aku nampak Nisa, Elliesya dan Nufail berada pada meja yang sama. Dari jauh aku dapat lihat suami Nisa berborak bersama Nufail. Kadang kala tunang Elliesya turut menyampuk. Sengaja aku reserved nama mereka siap-siap memandang mereka 'orang penting' dalam hidup aku. Aku bisik kepada Aryan. Meminta izin beredar ke arah meja terletaknya mereka semua. Lydia pula hanya mengekori langkahku.

"Pengantin tak berapa nak baru!" Sapa Nufail sebaik sahaja aku sampai di meja. Dengan selamba aku ambil tempat. Mengabaikan pandangan tetamu lain.

Suami Nisa dan tunang Elliesya tundukkan kepala sedikit bersama senyuman nipis. Tanda hormat.

"Kau orang okay duduk sini? Selesa tak?" Tanyaku.

"Okay sangat, Ary. Macam perjanjian lama dulu, kau kena letak kita orang dekat meja VIP." Balas Nisa pula diselangi tawa. Aku tersenyum senang. Lega apabila mereka berpuas hati.

Rancak kami berbual. Bertukar cerita bagaimana aku dan mereka berkenalan. Memandangkan mereka tidak pernah bertemu. Hanya sekadar nama meniti dibibirku selama ini.

Tak lama kemudian, bahuku dipegang dari belakang. Serentak aku toleh kepala menghadap Aryan. Aryan tersengih sebelum dia bersalam dengan Nufail dan yang lain.

"Abang nak pergi tandas kejap." Beritahu Aryan ditelinga aku. Aku pandang Nufail hairan. Pelik bila dia pandang ke arah kami lama seolah sedang bermain mata. Kemudian aku pandang Aryan pula. Sungguh aneh. Seperti sedang merancang sesuatu.

Selepas Aryan pergi. Nufail pula meminta diri. Aku semakin pelik. Bukankah dulu Nufail pernah cakap Aryan tak cam dia ketika dilapangan terbang dulu?

Berpaksikan rasa ingin tahu begitu tinggi. Aku ekori langkah Nufail secara senyap. Tidak mahu tertangkap. Dia tidak menuju ke tandas. Sebaliknya lorong hujung disebalik dinding. Aku menghentikan langkah apabila suara Aryan bergendang ditelingaku.

"Kenapa kau nak jumpa aku ni, Pael? Tak sesuai lah kat sini." Aku ketap bibir bila dengar dia kata tempat ini tak sesuai. Habistu? Selama ni mereka dah pernah berjumpa ke?

"Aku nampak mak dia tadi." Suara Nufail pula menjengah. Aku kerut dahi. Mak siapa ni?

"Dia dah buang anak dia kan, buat apa lagi datang sini huh?" Tika Aryan sebut perkataan 'buang', seolah aku dapat agak mereka bercakap tentangku. Aku masih diam. Mahu dengar isi perbualan mereka berdua. Perasaan ingin tahu semakin tinggi.

"Kau masih taknak bagitau dia perkara sebenar ke Yan?"

"Aku tak boleh, Pael."

"Tapi dia kena tahu semua ni, Yan. Lambat-laun pecah juga semua rahsia ni. Dia bijak Yan. Kau pun tahu." Ujar Nufail lagi.

"Pael, kau pun tahu aku terpaksa berjumpa dengan dia balik semata nak selamatkan dia." Jantung seolah mahu berhenti berdegup tatkala mendengar pengakuan Aryan. Aku dongak ke atas. Menahan air mata daripada jatuh. Kenapa pengakuan dia begitu sakit? Terasa dada dicucuk-cucuk.

"Kau memang nak berahsia dengan dia? Walaupun pasal kes kematian ayah dia?" Kali ini, aku rasa seperti mahu pitam. Kenapa Nufail sebut tentang ayah?

Bukan ayah meninggal sebab sakit jantung ke? Kenapa? Apa mereka sorok daripada aku?

"Aku rasa bersalah Pael. Kau pun tahu dulu dia bergantung dengan ayah dia aje. Aku tak sanggup nak hancurkan hati dia." Aku undur langkah secara perlahan. Sehingga aku tersilap langkah, seperti mahu terjatuh. Detak kasut tumit tinggi ini bergema memenuhi ruang. Cepat-cepat aku masuk ke tandas perempuan apabila dengar derap langkah mereka menghampiri.

"Guest hotel kut." Kata Nufail. Mungkin mahu sedapkan hati. Aku tarik tisu di tepi dinding. Mahu kesat tubir mata yang mula berair. Dada diusap berkali-kali. Cuba menenangkan hati yang semakin terluka.

Apa Aryan sorok dari aku?

Selama ini dia tipu aku ke?

"Kau bawa suami yang dah beli kau dekat aku ni balik."

"Kau dengan bapak kau sama-sama menyusahkan!"

Terngiang-ngiang ayat mama dalam kepala. Tubir mata kembali berair. Kenapa orang aku sayang semua dera hati aku?

"Do you trust me?"

Masih terbayang wajah sugul Aryan ketika bertanya soalan itu.

"Kau pun tahu aku terpaksa berjumpa dengan dia balik semata nak selamatkan dia."

Aku ketap bibir. Menahan esakan daripada keluar. Dada terasa semakin sesak. Kau kuat,
Arya.

"Kau pun tahu dulu dia bergantung dengan ayah dia aje."

Kau selalu kuat.

"Aku tak sanggup nak hancurkan hati dia."

Jangan lemah.

Tuhan berikan ujian ini bersebab, ingat tu. Allah tahu kemampuan umatnya.

Tegas akal fikiran memberi amaran. Menghalang aku dari bertindak melulu. Aku hadap cermin. Merenung diri sendiri. Jika dulu raut wajah ini begitu yakin dengan diri. Sekarang tampak sugul. Lemah. Seperti tiada semangat untuk hidup. Aku tepuk pipi. Mahu sedarkan diri.

"Arya!"

Aku pandang Lydia yang baru melangkah masuk ke dalam tandas. Wajahnya nampak sungguh risau.

"Kenapa?" Lydia melepaskan nafas lega.

"Aku risau kau hilang tadi. Lama sangat kau pergi tandas. Takut kau pitam ke apa. Aryan pun tengah cari kau." Aku hampir berdecit sinis sebaik sahaja dengar sebaris nama itu. Tidak mahu sesiapa tahu apa terjadi antara kami berdua. Rahsia rumah tangga. Aku tak mahu ceritakan pada orang luar.

"Aku rasa nak buang air tadi. Kan baju ni meleret, tu lambat sikit."

Aku cuci tangan. Berlakon seolah baru keluar tandas.

Aku mengekori langkah Lydia. Wajah ditenangkan sebaik mungkin. Jangan biar Aryan tahu. Itu yang aku ingatkan kepada diri sendiri. Tidak mahu dia syak sesuatu. Begitu juga dengan Nufail. Jauh disudut hati, aku nak sangat mendesak Nufail. Mahu tanya. Kenapa dia tipu aku. Dan kenapa dia sorokkan sesuatu tanpa pengetahuan aku. Terasa dikhianati oleh sahabat sendiri.

Mungkin, depan Aryan aku boleh berlagak kuat buat sementara waktu. Tapi aku tak tahu akan datang nanti. Mungkin aku tak dapat tahan perasaan kecewa ini. Ataupun, mungkin tiap kali Aryan berpaling dari aku. Aku akan hamburkan segala tangisan sepuas-puasnya.

Kecewa. Marah. Sedih. Tangisan itu akan bercampur segala perasaan. Lantas, apa lagi perlu aku buat?

Dan apa lagi yang kau sorok dari aku, Aryan?

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now