64

2.7K 105 1
                                    

SEAKAN hari terakhir. Aku tunduk menyalam Aryan lama. Selain hal kandungan aku, dia juga tak tahu aku serahkan jawatan aku kepada Nayla buat sementara. Terlalu banyak perkara aku sembunyikan daripada Aryan. Tidak pasti perkara ini wajar atau tidak. Aku menjengketkan kaki untuk mengucup seluruh mukanya. Aryan juga menundukkan tubuhnya. Rutin harian semenjak aku disahkan mengandung. Aku suka manjakan Aryan.

"Tunggu Arya balik tau, abang. I love you," ucapku ikhlas.

"I love you more, caramor." Aku lambai tangan sebelum tubuh masuk ke dalam perut kereta.

Bismillah dimulakan. Aku memandu menuju ke kondominium lama aku dulu. Kereta membelok ke simpang lot parkir ruang atas kondominium. Di mana tempat Nufail menunggu aku pada ketika ini. Selesai kereta dikunci, aku masuk ke dalam kereta Nufail bersama fail-fail ditangan.

"Kau yakin kau nak teruskan?" Aku sekadar mengangguk. Sekurang-kurangnya, lepas ini semuanya akan tamat. Hubungan aku dan Aryan, biarlah aku fikir kemudian.

Berbulan aku siasat dan kumpul bukti bersama Nufail dan Firash. Lansung tidak mahu mengganggu Aryan. Segala siasatan Aryan dulu, sudah separuh jalan. Namun dia tak mahu teruskan, tidak hairanlah Nufail boleh marah.

"Kau nak tahu tak, Arya. Sebenarnya aku suka seorang perempuan ni," sambil memandu. Nufail ajak aku berbual. Aku sudah pasang telinga memandangkan topik kali ini begitu menarik.

Arden Nufail akhirnya normal!

Aku ingat dia dah bengkok. Asyik melekat dengan Aryan saja selama ini. Sampai sanggup akur dengan semua permintaan Aryan.

"Lepastu?"

"Perempuan tu keras kepala."

"Normallah perempuan keras kepala. Bosanlah hidup kau kalau perempuan tu senyap semacam." Komen aku pula. Nufail angguk, bersetuju.

"Betullah tu. Tak hairanlah hari aku happening tiap hari." Nufail tersenyum nipis. Aku turut senyum. Sekurang-kurangnya dia tahu erti menyayangi.

"Tapi aku tak pernah jujur dekat dia pasal perasaan aku." Senyuman aku mulai kendur. Dia ini anak jantan ke takda telur? Nak kata tak ada rupa, ada saja. Malah, berderet perempuan mahukan dia!

"Kau takut kena reject, ke ngek?" Aku mengecilkan mata. Kecik besar kecik besar aje mamat ini. Dah suka tu, jujur sajalah. Apa susah sangat? Bukannya perempuan makan orang pun kalau kau jujur. Lainlah kalau kena sembelih!

"Aku rasa dia suka orang lain." Tiba-tiba terbit pula rasa kasihan terhadap dia.

Cinta sebelah pihak. Faham.

Agak sakit di situ.

"Rasa? Tapi kau tak pernah tanya dia pun, Pael." Rasa dan yakin. Dua perkataan berbeza. Kalau rasa ini, masih dalam golongan ragu-ragu. Atau erti kata lain, belum sahih. Bermakna dia masih ada peluang.

"Aku yakin dia suka orang lain. Aku nampak," sambungnya pula.

"Tak apalah, Pael. Ramai lagi perempuan dekat luar sana. Faham, sakit. Tapi nak buat macam mana, kan? Jodoh semua dah tertulis. Asal bukan bini orang sudah." Selorohku di hujung ayat. Sekadar mahu menghiburkan hatinya.

"Ramai tu memang ramai, Arya. Tapi tak sama dengan dia," balasnya pelan. Aku kemam bibir. Tersalah cakaplah pula.

"Kalau kau berpeluang, kau nak cakap apa kat dia?" Tanya aku pula. Nufail kelihatan sedang berfikir setika. Kemudian dia angguk tanda sudah ada jawapan dalam kepala.

"Aku nak berterima kasih dekat dia sebab hadir dalam hidup aku. Aryan pernah pesan dekat aku, mencintai tak semestinya memiliki. Aku setuju dengan Aryan. Tengok dia gembira pun aku dah cukup bahagia. Cinta kita terbalas itu indah, tapi bukan ke lagi indah kalau kita ikhlas mencintai dia tanpa harapkan sebarang balasan? Aku tak berharap lansung dia balas perasaan tu. Lambat-laun hilanglah tu." Hujah Nufail panjang.

Ikhlas mencintai tanpa harapkan sebarang balasan.

Aku tak pernah merasa perasaan itu. Selama ini aku dicintai hebat oleh Aryan. Walaupun ada ketika aku anggap Aryan bencikan aku, tapi...

Sebelum benci wujudnya perasaan cinta.

Perasaan benci takkan hadir tanpa kita kenal apa itu erti cinta dan sayang.

"Pael," aku pandang Nufail yang masih fokus memandu. Keningnya diangkat tanda kenapa.

"Kalau aku pergi jauh, kau sayang aku tak sebagai kawan?" Raut wajahnya berubah tegang. Kemudian dia pandang aku sekilas sebelum memandang ke depan semula.

"Kau kenapa ni?"

"Aku tanya aje."

"Sayanglah. Aku sayang kau kut, takkan tak nampak lagi selama ni aku jaga kau baik-baik masa Aryan tak ada. Tengok sekarang, aku still jaga kau tau tanpa sedar." Tidak disangkal lagi. Tuhan itu Maha Adil. Mama buang aku. Tapi aku di kelilingi mereka semua. Semua sentiasa berkeras meyakinkan aku bahawa mereka sentiasa menyayangiku.

"Kau jaga Aryan dengan Firash tau kalau aku tak ada nanti. Kau boleh jaga aku, takkan tak boleh jaga dia orang kan?" Aku tersenyum lucu bila Nufail menolak lidah ke pipi. Tanda-tanda dia sudah bengang. Tak sampai lima saat, dia sudah meletup dulu.

"Kau jangan merepeklah, Arya! Kau dengan Aryan sama-sama bodoh. Eloklah kahwin dua ekor ni." Kutuk Nufail depan-depan. Aku bulatkan mata.

"Jangan mencarut depan anak akulah, gila!" Marah aku balik

"Tu, kau mencarut tu. Apa benda?" Aku ketap rahang. Mengundang betullah jantan ni. Sudahlah hari itu sebab dia nak pergi jamban punya pasal aku kena heret masuk gudang penuh dengan organ. Nasib aku tak trauma!

"Baby, ayah minta maaf sebab mak kau dengan bapak kau otak mereng sikit. Biasalah kanak-kanak terencat." Aku kerutkan dahi. Sejak bila ketika masanya?

"Sejak bila kau jadi ayah anak aku ni?"

"Selain daripada Aryan Hameen, ini," Nufail tunjuk ke arah diri sendiri.

"Hamba tuhan bernama Arden Nufail inilah selalu jaga kau tau. Kau sedar tak masa kau mengidam bukan-bukan lepastu taknak bapak dia tahu, aku mangsa keadaan nak cari natang tu?" Aku kunci mulut. Okay, dia menang.

Nufail betul.

Tak mahu melawan dah.

"Itupun berkira," getusku perlahan.

"Tak berkira, mengingatkan. Mana tahu lupa diri, terus bawa anak kau orang lari dari aku." Aku pusing tubuh menghadap luar. Boleh pula dia dengar aku kutuk dia. Abang, nak balik!

Nufail terlalu berkira!

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now