27

3.3K 146 3
                                    

AKU genggam kemas selimut sehingga kuku-kuku bertukar putih. Cemas kerana Aryan tiada di sebelah apabila aku terjaga dari tidur. Pernafasanku mula tidak teratur. Aku panik. Takut diapa-apakan ketika aku berseorangan. Pintu bilik dibuka. Lantas aku menoleh. Aryan memandang aku hairan namun langkah diatur terus mendekati.

"Arya... what's wrong?" Kedua belah bahuku dicengkam lembut.

"Arya takut..." lirihku perlahan.

"Aryan ada. I'm here for you, always. Jangan takut, sayang. I'm not going anywhere." Tubuhku didakap erat. Belakang badanku pula diusap lembut. Aku pejam mata. Tolong Ya Allah. Aku mohon, buangkan rasa takutku ini. Aku tak kuat. Aku hanya mahukan kehidupan yang tenang. Bukan dihantui rasa takut begini.

"Arya?" Panggilnya lembut. Aku angkat kepala.

"Makan ubat ya?" Air liur ditelan kesat. Aku hanya memerhati setiap tindak-tanduknya. Bermula daripada dia capai botol ubat di atas meja, gelas berisi air dipegang, sehingga dua biji ubat itu dihulurkan kepadaku bersama air tersebut. Teragak-agak aku terima hulurannya. Aryan tersenyum nipis.

Aku telan ubat tersebut bersama air. Tangan naik mencapai botol ubat tersebut di tangan Aryan.

Antidepressant.

Atau nama lainnya, ubat antikemurungan. Mempunyai kesan penenang bagi melegakan serangan panik. Jika aku sudah mula mengambil ubat ini, maka aku perlu ambil ubat ini setiap hari. Sehingga aku sembuh. Ubat ini juga boleh memberi kesan gian jika diambil berlebihan daripada dos yang telah ditetapkan.

"Awak ambil bila?" Tanyaku apabila sudah sedikit tenang.

"Saya minta dekat doktor Kayra. Kawan saya ambil dekat hospital dan hantar ke sini. Saya tak boleh tinggal awak. Tak ada sesiapa jaga," terangnya panjang lebar.

"Semalam... saya nampak dia dekat bawah." Ujarku apabila suasana antara kami mulai sepi. Sebab aku rasa dia patut tahu. Aryan berfikir sejenak. Kemudian melepaskan keluhan. Mesti dia sudah penat dengan aku kan? Kalau aku jadi dia pun, belum tentu aku mampu bertahan. Aku kalihkan pandangan ke arah luar. Padanlah langit sudah terang-benderang.

Jam hampir menunjukkan pukul 10 pagi.

"Mesti awak penat jaga saya, kan? Saya faham. Saya pun penat dengan diri sendiri," luahku perlahan.

"Tak, sayang. Aryan cuma rasa bersalah. I shouldn't leave you at the first place. Sepatutnya saya lebih peka, isteri saya tak stabil lagi." Aku tersenyum tawar. Kenapa disaat ini dia masih berdegil? Aku nampak dia berubah jauh lebih baik dari dulu. Tapi dia lebih layak dengan orang lain. Sepatutnya kami berdua perlu mulakan hidup baru. Dengan orang baru. Dan biarkan luka lama terkubur begitu sahaja.

"Boleh kita bercakap sebagai kawan?" Soalku teragak-agak. Aku tak rasa rakan-rakan lain perlu tahu keadaanku sekarang.

"Sure," balasnya ringkas. Sedia mendengarkan aku.

"Saya mula bersikap paranoid selepas rumah saya kena pecah masuk. Awak tahu, kan? Kejadian tu?"

"Yes, caramor. I know," Aryan mengangguk. Tanda dia ingat. Manakala aku pula memandang dia hairan. Kara apa? Karamor?

Perkataan pelik apa tu?

"Kara...mor?" Aryan ketawa kecil.

"Caramor."

Aku angkat bahu. Malas mahu memanjangkan isu 'apa itu caramor' yang tiba-tiba muncul.

"Saya pernah jumpa pakar psikologi. Tapi saya berjaya sorokkan perasaan tu. Saya ingat, bila saya mampu sembunyikan perasaan paranoid tu saya baik-baik sahaja. Tapi saya silap."

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now