2

4.3K 160 0
                                    

SPAGHETTI carbonara ditenung lama. Nak makan pun kena bebel. Aku menjeling rakan baikku ini tajam. Tanda aku cukup tak puas hati dengan bebelannya. Serupa mak nenek. Kalau dia sudah ada anak nanti, mesti bernanah telinga.

"Jeling aku lagi. Kau yang sembunyikan pasal tu dari aku! Kau bertunang tak bagitau aku. Aku nak merajuk!" dia jengil aku. Aku hanya menyedut air iced lemon tea tanpa hiraukan dia. Si Nisa ni, dramatik saja lebih. Suka besarkan masalah kecil. Sudah masak dengan perangainya yang satu itu.

"Sebab mak aku yang uruskan. Aku pun tak kenal tunang aku tu, Nisa. Bukan aku yang nak pun tunang kahwin semua ni," aku menjawab malas. Sesekali skrin telefon dijeling. Sambil menanti kehadiran seorang lagi rakan kami. Lambat pula minah ni hari ini.

Nisa terdiam. Aku dah agak. Expectation dia semasa aku terlepas cakap yang aku dah ada tunang mesti dia fikir aku sengaja sembunyikan daripada dia.

"Okay, look. Kau pun kenal aku macam mana. Nonsense lah kalau aku tiba-tiba ada boyfriend. Aku selalu busy dengan kerja. Mana aku nak kisah pasal relationship ni." Bersungguh aku cuba yakinkan Nisa. Risau juga jika aku hilang kepercayaan rakan baik sendiri.

"Manalah tahu..." dia menjawab perlahan. Bibirnya dicebik. Tahulah bahawa dia masih tak puas hati.

"Aku nak makan. Tutup kes. Aku lapar," aku alih pandangan ke arah makanan yang sedia terhidang sejak beberapa minit lepas. Gara-gara sikap drama queen Nisa, tergendala niat asalku tadi.

"Kerja kau makan aje dari dulu, Arya." Ujar Nisa.

Mana dia tak kenal jika dia merupakan sahabat aku sejak sekolah rendah. Segala aib dan rahsia tersimpan kemas dalam memori dia.

Lainlah aku, mudah hilang ingatan. Malas mahu ingat perkara tak penting.

Termasuk masa lalu.

"Majlis kau bila eh, Nisa? Aku nak set tarikh balik. Aku kan pengapit kau. Nanti buatnya aku kerja, kena cepuk dengan kau pulak," aku menggulingkan biji mata ketika menghabiskan ayat terakhir. Nisa ini bukan boleh percaya, nanti dia over sampai nak putus kawan hanya sebab tak jadi pengapit dia. Suka buat drama!

"Lagi empat bulan, bulan sepuluh. 4 haribulan 10," beritahunya ringkas. Aku mengangguk.

"Kenapa tarikh tu?" Nisa yang leka memotong croissant itu angkat kepala.

"Sebab birthday dia. Senang sikit aku, nanti kalau annivesary, bagi hadiah sekali aje," hampir ternganga aku mendengar jawapan dia. Selamba betul. Ingatkan sebab tarikh berjumpa ke, tarikh baru mulakan hubungan ke...

"What the fish?" Nisa senyum tanpa rasa bersalah.

Ada eh perempuan macam ini? Haih. Nak hairan tetapi Nisa. Suka hati kau lah, Nisa. Asalkan kau bahagia.

"Umur kau tu hujung tahun dah masuk 26 tahun tau. Kau nak lansungkan majlis bila?" Soalnya.

Aku mengangkat bahu.

Manalah aku tahu. Aku sendiri pun kadang-kadang ragu dengan pertunangan ini. Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada pun, nak broken apa, kan? Bukannya aku pernah bercinta dengan lelaki itu pun.

Erk!

"Yang dulu berkeras konon tak mahu kahwin, tengok tengok dia yang kahwin dulu. Siapa entah? Lepastu sibuk nak suruh aku kahwin," aku perli dia. Tak mahu lagi dia banyak tanya pasal aku.

Jujur antara kami bertiga, Nisa yang dikatakan terpaling anti-romantic.

Anti-lelaki pun boleh beri kepada dia. Pantang sahaja dengar tentang makhluk berstatus 'lelaki', berbakul-bakul sumpah seranahnya bagi menunjukkan segala kebencian dalam diri.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now