17

3.6K 136 2
                                    

SEHARIAN aku keluar bersama Nisa dan Elliesya semata mahu mencari barang hantaran. Kami bertiga serentak menghempas tubuh ke sofa sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Terharu juga apabila mereka berdua sanggup menemani aku seharian. Lebih-lebih lagi Nisa, dia sendiri menangguh sesi berbulan madu bersama suaminya dengan alasan mahu tolong aku. Aku letakkan tangan di dahi. Sambil menikmati suasana tenang sebegini bersama mereka berdua.

"Macam mana... kau yakin suami kau orang yang tepat?" Soalku tiba-tiba. Mahu tahu pendapat Nisa. Jujur, aku belum yakin sepenuhnya. Kadang-kadang rasa mahu melarikan diri daripada semua ini.

Aku toleh kepala ke arah Nisa.

"Kalau kau tanya aku, aku akan fikir cara dia layan aku, cara dia berfikir, cara dia selesaikan masalah, dan paling penting ilmu agamanya. Sebenarnya, nak cari suami banyak perkara perlu dititikberatkan. Memang cinta itu penting, tapi dengan ayat cinta... boleh beli beras ke? Boleh lead kita ke jalan yang benar? Ingat, kita boleh pilih suami, tapi anak-anak kita nanti tak boleh pilih ayah dia orang. Sebab itulah, lelaki perlu ada sifat memimpin. Lelaki ketua keluarga. Kau kena pastikan solatnya cukup, kalau tak... siapa yang nak imamkan kau dengan anak-anak kau nanti? Siapa yang nak bimbing keluarga kau ke syurga?" Hujah Nisa panjang. Manakala Elliesya pula diam mendengar.

"Betul orang kata kita suami isteri perlu saling memimpin, bantu-membantu. Tapi kalau begitu ketara sifat lelaki itu tak boleh memimpin, takkan kita pula perlu ambil alih tugas seorang suami. Soalnya, sampai bila? Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main. Aku tahu aku pun masih mentah soal rumah tangga, tapi kita pun tahu dekat luar sana banyak perkahwinan berakhir dengan perpisahan disebabkan kelemahan lelaki dalam memimpin rumah tangga. Dia orang tidak bersedia untuk galas tanggungjawab besar." Nisa menghela nafas. Air di dalam gelas diteguk. Membasahkan tekak yang mula kering.

"Marry a guy who speaks good words to you even he's at mad you. The best partner is when he is angry, he won't insult you because he has much respect to you and do not want to lose you in simple argument. Cari lelaki yang boleh jaga kita secara mental, fizikal dan juga emosi. Perempuan... selalu sangat emosi. Kita perlukan lelaki yang tak mengeluh setiap kali kita meluah. Sebab itu lelaki perlu bijak mengawal emosi pasangannya." Tambahnya lagi. 

Aku duduk bersila di atas sofa. Sambil menghadap mereka berdua. 

"Selagi tunang kau tak pernah berkasar dengan kau, kau terima saja Arya. Kadangkala, kita perlu berdamai dengan takdir. Mungkin bercinta selepas nikah lebih manis. Siapa tahu, kan? Lagipun aku dengar haritu, dia yang datang selamatkan kau. Mungkin dia lelaki tepat untuk kau. Bila fikir balik, siapa aje yang sanggup bertindak cepat macam tu? Tambah pulak kau orang tak pernah berjumpa sebelum ni. Mesti dia dah terima kau sebagai bakal isteri dia." Elliesya cuba meyakinkan aku.

Aku tarik nafas dan hembus lega. Hati yang gusar tadi mulai tenteram. Ada benar kata mereka berdua. Berdamai dengan takdir. Lagipun, Am sendiri terlalu menjaga pertunangan ini. Tidak pernah sekalipun dia bangkitkan soal putus.

"Reunion haritu, aku jumpa Aryan," aku memberikan senyuman tawar. Nisa dan Elliesya pula melopong. Lansung tidak menjangka dengan apa yang keluar dari mulut aku. Baru hari ini aku punya keberanian untuk bangkitkan soal itu semula. Tambah pula, aku tidak rasa hal itu sesuatu hal yang penting.

"Dekat airport pun, aku satu flight dengan dia."

"Cerita cepat. Aku dah ready nak dengar." Entah dari mana Elliesya ambil, sebungkus jajan sudah selamat dibuka. Aku berdehem. Membetulkan kotak suara. Panjang berjela aku bercerita. Tiada satu pun tertinggal. Manakala Nisa dan Elliesya, kusyuk mendengar tanpa menyampuk. Hanya anggukan diterima sesekali tanda respons akan ceritaku.

"Aku bagi contoh. Kalau tunang kau sekarang ni, Aryan. Apa kau buat?" Aku tersentak. Riak wajahku kini berubah. Berkerut dahi apabila diajukan soalan tersebut. Merepek betul!

"Aku yakin bukan dia. Kalau dia sekalipun, aku rela batalkan pertunangan ni." Nisa mengeluh. Dia memandang Elliesya lalu menggeleng kepala.

"Kita tak tahu apa yang berlaku akan datang nanti, Arya. Aturan Allah, kita tak tahu. Kalau Dia kata suami kau itu, Aryan. Kau tak boleh menolak takdir. Takdir itu rahsia Allah, Arya. Aku faham, kau sakit hati dengan Aryan. Tapi kita tak tahu kalau dia dah berubah. Aku cuma nasihat kau sebagai kawan. Aku hanya bagi contoh. Aryan yang kau kenal dulu masih tak matang, sembilan tahun berlalu... takkan dia tak berubah lansung, kan? Maafkan dia, Arya. Walaupun jika dia bukan suami kau, sampai bila kau nak berdendam dengan dia? Aku tahu kau baik. Aryan hanya masa lalu kau. Kau faham maksud aku, kan?" Pujuk Nisa. Aku diam menghadam setiap ayatnya.

"Dia... aku rasa pendapat aku dan dia berbeza. Dulu dia tak pernah faham aku. Normal kan setiap hubungan tu, kita akan tanya pendapat lelaki sebab kita nak tengok sejauh mana tahap pemikiran dia? Tapi Aryan tak ada, aku tak pernah berharap dia jadi suami aku. Aku tak nak dia." Luahku jujur. Jika benar dia jodohku, berat untuk menerima hakikat ini.

"Dengar cakap aku, Arya. Berdamai dengan takdir. Lepaskan semuanya. Sampai bila kau nak terperangkap dalam masa lalu? Kau kuat, Arya. Kita orang tahu kau kuat. Kita orang saksi jatuh bangun kau. Aryan sekadar sebahagian proses kau membesar. Kalau kau tak pernah jatuh, kau takkan kuat hari ini, Arya." Nisa berkata penuh lembut. Tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila sedar aku semakin diam.

Hati yang mulai tenteram tadi menjadi gusar semula. Dada terasa sesak apabila isu ini dibangkitkan. Dalam diam, kuat aku berharap agar dia bukan jodohku. Tidak sanggup.

Deringan telefon Nisa lansung mematikan perbualan kami. Nisa bangun, mengangkat panggilan tersebut sebelum berlalu ke biliknya. Mungkin suaminya sudah menelefon suruh pulang ke rumah.

"Aku tak pandai nasihat orang, tapi mana yang kau rasa terbaik untuk kau, kau buatlah. Dah banyak kau lalui sebelum ni, Arya. Kalau kita orang jadi kau, belum tentu mampu bertahan. Yang penting, aku selalu doakan kebahagiaan kawan-kawan aku." Ellisya turut bangun. Meninggalkan aku seorang diri untuk berfikir. 

Ketika ini aku mula sedar. Sejak awal lagi aku tak pernah move on. Selama ini aku hanya melepaskan semuanya. Dan sebab itulah aku tidak pernah melupakan Aryan. Aku mencintai Aryan sehingga titik lelahku. Aku sangka perasaan sakit itu telah habis, perasaan kecewa itu telah pergi. Tapi tidak, ternyata aku silap.

Aku meraup wajah perlahan. Kenapa aku, Ya Allah?



Titik tertinggi mencintai adalah saat aku tahu dia berhenti mencintai aku, namun aku tetap berdoa untuknya, untuk hidupnya, juga untuk kebahagiaannya.

Saat aku tahu langkahnya tidak lagi menghala ke arahku, namun selalu ada waktuku untuk mendoakan kebaikan untuknya.

Saat aku tahu bukan aku lagi menjadi tujuannya, namun aku terus berdoa ketika teringatkannya.

Jatuh hati paling ikhlas adalah saat aku mendoakannya tanpa berharap apa-apa lagi.




[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now