18

3.6K 173 2
                                    

SEBULAN berlalu. Aku duduk menghadap cermin. Wajahku sudah siap disolek oleh jurusolek yang sudah dibayar. Jantung berdetak hebat. Namun aku berjaya tutup dengan raut wajah yang tenang. Percaya atau tidak, hari ini merupakan hari yang paling aku mahu elak seumur hidup. Aku menundukkan kepala, merenung ke arah kekura tangan siap dihiasi inai putih. Perasaanku bercampur-aduk.

Aku lansung tidak inginkan perkahwinan ini.

Tiba-tiba aku terasa bahuku disentuh lembut. Lantas aku mengangkat kepala, mahu melihat gerangan yang berada disisiku kini. Saat mata kami bertembung di dalam biasan cermin tersebut, terlihat Nisa sedang menghadiahkan senyuman nipis buatku. Lama aku mendiamkan diri, menyusun ayat di dalam kepala. Belum sempat aku membuka mulut, Nisa memotong terlebih dahulu,

"Cantiknya Arya aku ni." Pujinya. Aku ukir senyum paksa.

"Jadi isteri solehah, Arya. Simpan segala nasihat aku dulu, buka buku baru. Kau berhak bahagia. Aku nak tengok kau bahagia," Nisa kesat hujung matanya menggunakan tisu. Tahulah aku bahawa dia mula menangis.

"Janganlah menangis. Aku tahu hari ini hari pengebumian aku, tapi dimata kau hari ini kan hari pernikahan aku. Siapa suruh kau menangis? Aku halau nanti baru tahu." Aku mengugut dia. Tidak mahu dia terus menangis. Nisa mencebik. Kami berpandangan sesama sendiri sebelum melepaskan tawa. Tidak tahu apa yang kelakar.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Lansung mematikan tawa kami berdua. Kini wajah Elliesya muncul disebalik pintu. Kameranya dikeluarkan dari belakang. Elliesya berdiri disisi kiriku. Kini aku berada ditengah antara mereka berdua.

"Senyum semua, siapa muka buruk padan muka. Aku ambil sekali aje tau," beritahunya.

KLIK!

Siap gambar diambil. Elliesya membelek dahulu gambar tersebut. Setelah puas, dia memandang kami berdua semula. Mengajak kami berdua keluar dari rumah.

"Jom gerak? Pihak lelaki pun dah nak sampai perkarangan masjid." Nisa tarik aku bangun. Memimpin aku jalan keluar dari rumah. Kelihatan Firash sudah menunggu di dalam kereta. Tahulah aku yang hari ini dia bergerak menjadi pemandu tak berbayar.

"Mana mama, Fir?" Tanyaku apabila sedar mama tiada bersama kami. Nisa dan Elliesya pula hanya senyap dibelakang. Tiada niat mahu menyampuk.

"Mama gerak dulu. Kalau tak, siapa nak sambut pihak lelaki kalau dia tak pergi. Tok dengan Wan mana larat dah." Aku mengangguk faham. Perjalanan hari ini terasa singkat. Kereta yang kami naiki juga sudah masuk ke perkarangan masjid. Tanpa sedar aku tersenyum apabila melihat seni bina masjid serba putih ini.

Sungguh cantik.

Manakan tidak jika ini merupakan Masjid Sri Sendayan. Salah satu masjid tercantik di Malaysia.

Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding dewan solat, penggunaan saduran bewarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar.

Tambahan lagi, seni dalam masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China. Masjid ini juga merupakan tempat idamanku sejak dibangku sekolah, tidak hairan lagi mengapa aku memilih masjid ini sebagai tempat aku diijabkabulkan bersama bakal suami.

Aku menyusun langkah setelah keluar dari perut kereta. Riak wajah dimaniskan. Sedaya upaya aku kawal sebaik mungkin.

Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisiMu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Tibanya aku di dalam masjid. Aku duduk bersimpuh. Kepala juga ditundukkan apabila sedar banyak mata memerhati. Tidak kurang juga dengan pujian yang diterima. Rata-rata memuji kecantikan aku hari ini yang hanya dirias dengan solekan nipis.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now