13

3.6K 144 4
                                    

JAM berdetak menunjukkan masa sedang berjalan. Berkerut dahi aku mendengar setiap hujah tersebut dibentangkan oleh pembantu peribadi pemilik syarikat kontraktor itu. Sesekali mata fokus membaca setiap fail yang berada di atas meja mesyuarat. Seperti ada yang tidak kena. Bercanggah dengan pelan asal.

Aku ketuk meja. Meminta izin mencelah. Kesemua ahli mesyuarat kini tertumpu ke arahku. Menunggu aku memberi pendapat.

"Bukan asalnya semua dah bersetuju untuk guna bricks ke? Kenapa tukarkan material tersebut kepada concrete? Semua pun tahu pros and cons kedua material itu kan?" Soalku tidak puas hati.

"Dan semua sedia maklum kos pembinaan menggunakan bricks lebih tinggi, Miss Darya." Balas Encik Ghibran selaku pemilik syarikat kontraktor tersebut. Aku mencerlung matanya tajam. Semua sudah sedia maklum sikap tegasku ini biarpun berdepan dengan pemilik-pemilik syarikat besar lain. Berpendirian tetap. Juga berani membantah setiap kali bercanggah dengan pendapat aku sendiri.

"Risiko untuk runtuh 20 tahun akan datang tinggi!" Kerasku.

"Kita bercakap tentang keuntungan, Miss Darya. Harga lebih rendah, cukup untuk jangka masa dalam 10 tahun. Selepas itu, penduduk boleh berpindah ke tempat lain." Lawannya pula. Aku ketawa sinis. Keuntungan?

"And I'm talking about the quality right now, Mr Ghibran," ruangan itu sepi. Masing-masing takut untuk menyuarakan pendapat.

"Betul. Kos pembinaan lebih rendah, tapi untuk jangka masa panjang, sebahagian besar pembeli lebih rela melabur dalam kadar tinggi sekarang supaya nilai pulangan lebih berbaloi pada masa akan datang. Ekonomi negara kita semakin teruk, tidak mustahil nilai mata wang akan jatuh lagi. Dan kebiasaannya, pembeli akan beli rumah sekali sahaja. Jadi, logik atau tidak jika mereka lebih memilih rumah berkualiti?" Aku memandang kesemua yang ada di dalam ruangan ini.

Masing-masing berbincang sesama sendiri sebelum mengangguk. Bersetuju dengan hujah aku tadi.

"Tambahan lagi, rumah lebih berkualiti sudah tentu nilainya lebih tinggi. Fikirkan untuk jangka masa panjang, bukankah nilai rumah itu juga semestinya jauh lebih tinggi berbanding sekarang?"

Bergema ruangan mesyuarat ini dihiasi dengan tepukan gemuruh. Aku tersenyum puas hati. Manakala Encik Ghibran mengetap bibir menahan malu. Came on, this is Arya. Pada pandangannya mungkin aku masih mentah, tapi lihatlah cara dia berfikir. Jauh lebih teruk daripada 'budak mentah' ini. Tidak hairanlah sekarang banyak bangunan mudah retak. Semuanya akibat sikap mementingkan keuntungan seperti manusia di hadapan aku sekarang.

"Saya tak teragak-agak untuk batalkan kontrak selagi Encik Ghibran tak tukar semula kepada pelan asal," setelah itu, aku mengemas barang. Sara juga lekas-lekas mengemas. Mengikuti langkah aku keluar daripada bilik mesyuarat ini. Sungguh. Buang masa aku sahaja terbang ke sini semata mahu dengar idea kurang bernas semata kepentingan syarikat itu.

Aku berani untuk batalkan kontrak bersebab. Memandangkan mesyuarat tadi diserati para pemegang saham dan pelabur. Pasti mereka lebih memilih pendapat aku agar pulangan pelaburan mereka lebih bernilai. Malah, jika aku batalkan kontrak, pelabur syarikat kontraktor tadi pun bakal membatalkan kontrak mereka. Mereka pun tidak bodoh lagi untuk menilai.

"Miss, miss balik dengan saya ke atau miss nak kemana-mana? Saya boleh hantarkan," pelawa Sara. Aku diam berfikir. Pada masa yang sama, telefon bergegar gara-gara vibrate mode aku hidupkan sebelum mesyuarat tadi.

Nufail.

"Nanti kawan saya ambilkan." Beritahu aku. Sara mengangguk faham.

"Saya balik hotel dulu, miss. Esok selepas saya pulangkan kereta sewa, saya sampai airport," Sara mahu meminta diri. Aku tahan lengannya,

"Esok tak payah naik grab, nanti saya ambil."

"Tak susahkan miss ke?" Takut-takut dia menyoal. Aku menggeleng. Menidakkan. Lagipun dia pekerja aku. Aku pun tidak kejam lagi mahu membiarkan dia sendiri.



CERMIN kereta Nufail aku ketuk. Geram apabila dia tidak buka kunci pintu. Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, aku ketuk bahunya menggunakan iPad ditangan. Kalau dengan orang lain, mesti aku dah kena maki. Tapi sebab Nufail sudah biasa. Dia hanya redha. Membiarkan tubuh didera aku.

"Asal nampak muka aku aje kau hempuk. Haih, macam manalah bakal suami kau nanti. Malang ada bini kasar," bebel Nufail sambil geleng kepala.

"Tahu tak dekat luar tu panas? Kau terkial-kial sampai lock pun tak buka! Menyirap aku." Nufail mencebik. Konon-konon terasa dengan aku. Aku hanya membiarkan. Sudah masak dengan perangainya. Tadi sudah panas dengan Encik Ghibran, sekarang panas dengan cuaca. Kan aku dah double panas! Rasa mahu berendam dalam ais.

"Bawa aku makan, Pael. Make sure kedai ada aircond," arahku. Lansung tidak takut dengannya. Malah masing-masing sudah 'masak' dengan perangai sesama sendiri.

"Sabar bakal puan, nak isi minyak dulu. Kau ingat kereta bergerak guna air ke?" Nufail bersakastik. Sedikitpun aku tidak terasa. Mulut jantan ni memang macam mak nenek. Aku hanya memerhati Nufail keluar kereta. Berjalan ke kaunter dan melakukan pembayaran. Akibat bosan, dashboard kereta ini aku buka. Manatahu Nufail ada teman wanita tapi tak bagitahu. Malangnya tiada sebarang barangan wanita ditemukan.

Yang ada hanyalah vape. Euw!

Dia ini mana pernah insaf. Berpuluh kali aku pesan. Ibarat mencurah air ke daun keladi! Tiada hasil. Patutlah tidak ada teman wanita.

Sejak kecil lagi aku kenal dia, perangai dia baik saja. Aku kenal dia pun sebab dia anak jiran tok dan wan. Dan kebetulan pula ketika menengah atas kami satu sekolah.  Sebab itulah kami kembali rapat. Tapi untuk aku bercinta dengan Nufail, aku pangkah awal-awal. Aku geli bercinta dengan rakan baik sendiri.

Lansung tidak ingin!

Pintu kereta di bahagian pemandu dibuka dari luar. Nufail masuk kereta. Terus pintu dikunci. Ffuh, sangat berhati-hati. Kalah perempuan.

"Kau kenapa tak kunci pintu?" Tanya Nufail dingin. Berkerut dahi aku memandangnya. Kenapa dia marah sangat ni?

"Yang kau nak marah aku ni kenapa? Kau pun tak bagitahu, mana aku nak tahu." Balas aku pula.

"Sekarang banyak kes orang hilang, Arya. Bahaya. Lagi-lagi kau tu perempuan." Tegur Nufail. Aku hanya diam. Membiarkan Nufail menghabiskan seribu satu bebelan. Belum lagi dia tahu kondominium aku dipecah masuk. Agaknya kalau dia tahu, sampai esok dia bagi ceramah.

"Kau harini badmood kenapa?" Soal Nufail memecah kesunyian antara kami. Selepas dia membebel tadi, aku memutuskan untuk diam.

"Geram dengan si botak tu! Suka hati dia aje nak tukar material bahan pembinaan. Alasan dia demi keuntungan. Tak fikir kualiti lansung," terang aku panjang lebar.

"Tapi kau memang hari-hari badmood pun."

"Eh menyampah lah bercakap dengan kau ni." Nufail ketawa berdekah. Seronok dapat mengusikku. Aku menggeleng kepala. Lantak dia lah. Nufail senyap sangat pun payah juga. Tapi kalau tak senyap, betul-betul menyakitkan hati. Menguji kesabaran pun ada. Hanya sebab dia seorang Nufail, aku membiarkan.

"Pael," panggilku sepatah.

"Ha." Sahut Nufail.

"Bulan sebelas nanti jangan lupa datang wedding aku tau." Beritahu aku.

"Eh bukan ke wedding Aryan..." sayup-sayup telinga menangkap nama Aryan. Aku memandang Nufail hairan. Nufail pula tampak sedang berfikir sambil fokus memandu.

"Kau boleh datang tak ni, Pael?" Tanya aku sekali lagi. Ingin memastikan dia hadir. Nufail rakan aku sejak kecil, takkanlah dia tidak ada semasa majlis aku nanti. Lagipun dia pernah berseloroh mahu cari jodoh semasa majlis pernikahanku nanti. Soal Aryan tadi, aku biarkan. Lansung tidak berminat.

"Untuk kau semua boleh, Arya." Aku mengukir senyum. Tahu Nufail tidak pernah mengecewakan aku. Jika mahu dibandingkan dengan yang lain. Dialah paling selalu ada ketika aku susah. Dalam diam aku bersyukur mempunyai sahabat seperti dia.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now