42

2.9K 114 0
                                    

HELENA hulurkan segelas air sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas sofa. Dengan senang aku menyambut. Senyuman manis diukir khas buat Helena. Aku cubit pipinya geram. Kecil-kecil lagi sudah tahu menyenangkan hati orang.

"Thank you, Helen."

"Sama-sama kasih, kakak!" Balasnya riang.

"Urm, Helen," panggilku pelan.

"Ya kakak?" Soalnya polos. Melihat Helena begitu riang tika ini. Tahulah aku demam dia sudah kebah. Itu yang aktif semacam. Tempoh hari dia begitu lesu. Terus rasa sunyi bila tiada dia.

"Makngah dengan maklang semua dah balik ke?" Sesekali aku intai di sebalik dinding. Takut mereka tiba-tiba muncul. Kemudian aku pandang Helena semula. Helena tersenyum polos. Mengangguk faham sebelum soalan tadi dijawab.

"Dah. Lepas nenek marah dia orang semalam. Nenek halau dia orang balik. Helen dengar dari dalam bilik semalam. Seram! Nenek garang tapi semalam laaagi garang." Semangat dia bercerita. Riak wajah takut dipamerkan. Penuh emosi walaupun ceritanya begitu ringkas.

Patutlah Aryan bawa aku datang sini. Sebab dia tahu ibu-ibu saudaranya sudah balik. Dalam diam aku melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya aku tak perlu hadap mereka lagi.

"Dah jumpa kakak terus lupa abang." Pandangan kami berdua beralih ke arah Aryan. Dia baru masuk ke dalam rumah. Katanya tadi ada panggilan perlu dijawab.

"Abang Ary!" Helena berlari ke arah abangnya. Tangan disua. Meminta Aryan mendukungnya. Tubuh gagah Aryan laratlah mahu angkat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu. Kalau aku? Mau jatuh tergolek bersama. Aryan sekadar melayan. Tubuh kecil Helena diangkat mudah. Dari jauh, tampak seperti ayah dan anak.

Aku masih setia memerhati sikap Aryan terhadap Helena.

Dia ada ciri-ciri seorang ayah. Aku akuinya. Tiap kali ada kanak-kanak kecil menghampiri. Dia lansung tak kekok. Malah melayani mereka dengan baik sekali. Tanpa sedar aku mengeluh. Mampukah aku lahirkan zuriat buatnya? Mampukah aku jadi seorang ibu yang baik seperti ibu dan mummy? Bagaimana... kalau aku ditakdirkan menjadi seperti yang dikatakan makngah kelmarin?

Mandul.

Mimpi ngeri setiap perempuan. Seolah satu penentuan dimana si suami memilih untuk setia atau tidak. Jika bernasib baik, pasangan tersebut kekal bahagia hidup berdua hingga ke akhir ayat ataupun memilih untuk ambil anak angkat. Jika sebaliknya, si suami bakal menduakan isteri mereka ataupun menceraikan isteri mereka.

Kedengaran kejam. Tapi itulah realiti kehidupan.

Walhal, ketika si suami disahkan punya penyakit. Pasti isteri mereka akan memilih untuk setia. Walaupun tahu mereka berdua bakal tidak dikurniakan anak.

Satu lagi persoalan bermain dalam fikiranku. Mahukah dia punya anak bersama aku?

"Caramor?" Lamunanku terhenti. Aku dongak memandang Aryan sudah berdiri di hadapanku bersama Helena dalam dukungannya.

"Jom salam ibu dengan yang lain. Kita dah nak balik." Aryan hulurkan sebelah tangannya. Tanpa ragu-ragu aku sambut hulurannya. Kami berjalan beriringan. Sampai sahaja di ruang tamu keluarga, ibu mendekati kami berdua. Helena turun dari dukungan Aryan.

"Kita orang nak balik KL dah, bu..." Beritahu Aryan. Tubuh ibu dipeluk kemas.

"Hati-hati memandu, Ary. Jaga menantu ibu baik-baik. Ibu tak nak dengar kamu sakitkan Arya. Memang ibu sembelih Ary." Terletus tawa Aryan bila dengar amaran ibu. Ibu... kalaulah ibu tahu perkara sebenar.

"Arya," panggil ibu lembut. Ibu tarik tanganku perlahan sebelum tubuhku didakap erat. Tahan air mata kau, Arya. Jangan menangis dekat sini. Nanti nampak sangat kau kurang kasih sayang ibu.

"Ibu minta maaf bagi pihak keluarga ibu ya, Arya? Ibu faham kalau Arya masih terasa."

"Ibu..." lirihku. Aku tahu ibu tak salah.

"Jaga diri kamu. Nanti ada masa ibu datang KL." Ibu usap belakangku lembut sebeum melepaskan pelukan.

"Arya." Aku tunduk memandang nenek yang berada di atas kerusi roda. Aku melutut di hadapan nenek.

"Ya nenek."

"Aku minta maaf kalau kau rasa aku layan kau teruk. Aku cuma nak tengok cucu aku pilih isteri betul atau tidak. Kau isteri yang baik, Arya." Ujar nenek.

Tangisanku pecah.

Aku memeluk tubuh tua itu.

"Apa nenek buat isteri Ary nangis ni..."

"Drama lah kau, Ary. Sini aku nak peluk kau sekali."





FIRASH duduk menghadap aku. Dia merenungku tajam. Dengan selamba aku sedut straw minuman di hadapannya. Lansung tidak tergugat. Apabila dia kekal diam. Aku letak gelas ke atas meja semula.

"Kenapa nak jumpa kakak ni?"

"Kenapa kau tak cerita dekat aku kak?" Soalan dibalas soalan.

"Penting ke?" Tanyaku lagi.

"Kau kena buang dengan mama, kak. Bukan setakat kena halau. Kena buang! Kau faham tak mama dah tak anggap kau anak dia?" Untung saja dinding pejabat ini kalis bunyi.

Dan bila Firash tidak bahasakan diri dia 'Fir'. Tandanya dia sedang marah.

"Lepastu? Kau expect aku akan melutut depan dia ke, Fir? Aku dah penat, Fir. Kakak kau ni..." aku tunjuk ke arah diri sendiri.

"Dah penat nak puaskan hati dia. Kau sedar tak selamani dia nampak kau aje dalam rumah tu? Kau sedar tak, Fir? Kakak kau ni ibarat halimunan aje, Ayden Firash!" Firash terdiam. Riak wajahnya tadi tegang mulai kendur.

"Lepas ayah meninggal, aku bertahan sebab kau adik aku. Berkali-kali aku fikir nak lari rumah. Tapi aku tahan. Padahal peluang aku besar sebab masatu aku dah masuk uni." Aku ketap bibir bila teringat kisah lama.

Ayah meninggal ketika aku berusia 18 tahun. Dan pesan terakhir ayah, dia minta aku jaga Firash yang ketika itu berusia 12 tahun.

"Arya kakak yang kuat, kan?"

"Anak ayah kena kuat."

"Jaga adik ya? Jaga Firash macam mana ayah jaga kau orang berdua."

Aku tenung Firash lama. Adik yang aku jaga sejak kecil, kini sudah besar panjang.

"Fir... minta maaf. Tapi, mama masih ibu kandung kau, kak." Aku tersenyum sinis. Ibu kandung? Aku tak ingat bila kali terakhir dia peluk aku. Dan aku juga tak ingat bila kali terakhir dia luah rasa sayang terhadap aku.

"Aku tagih kasih sayang dekat mak orang, Fir. Dekat mummy angkat aku, dekat ibu mertua aku. Kau tak faham, Fir. Kau kesayangan dia."

"Tapi aku masih lagi kakak aku, kan?" Firash mula beralah. Aku angguk kepala. Dia tetap adik aku. Selamanya.

"Kau sokong aku tak kak, kalau aku nak buka kes kematian ayah balik?" Aku pandang Firash semula. Aku tahu dia sedang menyambung pelajarannya dalam bahagian perkhidmatan penyiasatan yang seterusnya membawa ke cabang pekerjaan menjadi detektif.

Mama tidak tahu. Hanya aku sahaja tahu memandangkan aku sendiri tanggung yuran pengajiannya.

Cuma, aku tak sangka dia mahu jadi detektif hanya kerana kematian ayah.

"Ada apa-apa kau rasa tak kena ke, Fir?"

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now