55

2.5K 102 1
                                    

KEPUTUSAN diagnosis perubatan aku pandang senang. Akhirnya. Setelah berbulan aku berperang dengan penyakit ini kini aku bebas. Tak salah kan kalau aku gunakan istilah merdeka untuk aku sekarang? Merdeka daripada penyakit mental. Aku mengatur langkah mendekati kereta Nufail. Terpaksa minta dia tumpangkan aku memandangkan Aryan perlu hantar kertas kerjanya di luar kawasan. Kereta aku masuk bengkel. Servis tahunan.

Aku masuk ke dalam perut kereta. Nufail sudah pandang aku hairan. Pelik bila aku tersenyum sendirian.

"Kau mengandung ke?" Mati terus senyuman aku. Aku berpaling ke arah Nufail. Fail di tangan sudah selamat bercium dengan bahunya.

"Kau memang tak ada soalan lain ke?" Soal aku balik. Berkali-kali aku hempuk Nufail. Dia juga tidak kurang mengelak dari seranganku. Bila sudah lelah, aku berhenti. Menyandarkan diri di kerusi semula.

"Aku tanya aje, biasa kalau perempuan senyum lepas keluar hospital mesti mengandung. Takkanlah senyum sebab dapat penyakit." Hujahnya pula. Buat seketika, aku terdiam. Ada betulnya juga kata dia.

"Aku dah free dari PTSD! Itu kira berita baik kan? Kan, Pael kan!" Aku tukar topik. Kertas keputusan tadi ditunjuk di hadapan muka dia.

"Kau jangan terasa dengan ayat aku tadi tau. Aku tak sengaja," katanya pula. Wajahnya dihurung rasa bersalah. Sedar itu merupakan soalan sensitif. Aku geleng kepala.

"Tak apa. Baik kau tengok keputusan ni!" Kata aku lagi. Perlahan-lahan Nufail menyambut huluran aku. Setiap aksara dibaca dengan teliti. Kemudian, bibirnya naik tersenyum juga.

"Alhamdulillah. Kawan aku dah sihat," ujarnya.

"Jom, belanja aku makan." Ajak aku pula. Muka-muka Nufail ini kebiasaannya muka cop duit aku sebelum kahwin dulu. Brotherhood orang kata walaupun aku perempuan. Lantaklah!

"Iya lah. Aku belanja ni sebab kau dah sihat tau." Nufail mendengus. Namun dia turutkan saja. Nufail ini mana pernah tolak permintaan aku. Untung siapa dapat dia! Ciri-ciri teman lelaki yang memahami.

Tali pinggang keledar ditarik. Aku sudah betulkan duduk. Nufail memulakan pemanduan. Tak perlu tanya lagi aku mahu makan di mana. Dah tentu port lepak kami sejak zaman universiti dulu, Suki-ya.

Nasib menyebelahi kami apabila kami tidak perlu beratur panjang. Sampai sahaja barisan kosong. Terus kami ambil tempat. Mata aku mulai bersinar apabila terlihat daging dalam setiap plate. Kecur liur!

Kami diam menikmati makanan. Tiada seorang pun bersuara. Masing-masing fokus dengan makanan. Sehinggakan tak mampu mahu bersuara. Apabila perut sudah kenyang dengan daging. Kami menikmati aiskrim pula. Sebagai penutup makan tengahari kali ini.

"Aku nak pergi tandas lah, Arya." Beritahunya sebaik sahaja kami keluar dari Suki-ya. Aku angkat kening. Kau nak pergi jamban pun kena bagitahu aku ke?

"Dahtu? Pergi ajelah. Kau ingat aku mak kau ke?" Perli aku pula. Nufail sudah garu kepala. Jalan pun sudah terkepit-kepit. Silap pandang, orang boleh agak dia ni mak nyah!

"Yan tak bagi aku tinggal kau sorang!" Ucapnya lagi.

"Dalam mall aje kut. Aku selamat lah. Kau pergi lah toilet cepat." Yakin aku. Nufail sudah serabut. Tak tahu nak akur dengan panggilan alam, ataupun nak dengar arahan Aryan.

"Ah, takda takda. Kau ikut aku sekali!" Beg tangan aku ditarik Nufail. Terkocoh-kocoh aku mengikuti langkahnya.

"Eh kau gila ke, Pael. Kau tu jantan. Bukan perempuan. Bodoh apa dia ni nak aku ikut dia pergi jamban." Getusku di belakang ayat.

"At least, kau tunggulah aku dekat lorong toilet tu! Aku risaulah, bongok!" Bebelnya pula.

"Kau duduk sini diam-diam. Aku masuk kejap aje." Aku peluk tubuh. Pesanan Nufail dah macam bapak-bapak risaukan anak betul.

Aku perhati sekeliling. Tak dinafikan lorong ini agak sunyi. Tanpa sempat aku toleh ke kiri, tubuhku sudah dipeluk dari belakang. Kuat. Seakan mahu tarik aku pergi tinggalkan tempat ini.

Segala ilmu pertahankan diri aku keluarkan. Sesekali aku terlepas dari pegangan dua lelaki itu. Sial. Dua lelaki untuk tangkap satu perempuan? Lemah betul!

Mungkin kalau seorang sahaja yang cuba berlawan dengan aku, aku boleh tahan. Tapi sekarang, tenaga aku mula hilang. Nufail, kau kata tadi sekejap saja. Sekarang ini kau hilang ke mana, mat?

Beg sejak awal lagi aku sudah campak ke tepi.

Lengan aku ditahan dari terus menyiku tubuhnya. Serta-merta mulut ditekup dengan kain. Sial. Kau guna kloroform memang aku kalahlah, bodoh!

Ya Allah, Kau lindungilah aku. Aku tak sempat mohon ampun dengan suamiku lagi...

Pandangan aku gelap.



TUBUH terasa sakit aku abaikan. Tangan sudah terikat di belakang tubuh. Muka aku berkerut tatkala bau hanyir darah masuk rongga hidung. Tempat apa ini?

Aku pandang sekeliling. Seperti bangunan lama. Tak pasti ini merupakan sebuah bangunan ataupun gudang lama. Dinding simen sudah luntur dengan kesan-kesan air hujan. Siling juga kelihatan sudah bocor. Aku geli. Aku pantang dengan tempat kotor.

Aku ketap bibir apabila bau hanyir darah menusuk ke rongga hidung semula. Sungguh kuat. Seolah tempat ini pernah menempatkan seseorang ataupun lebih. Mungkin mereka pernah terluka sehingga titisan darah menitik di lantai. Sebab aku dapat lihat juga kesan darah kering atas lantai.

Memikirkan perkara itu saja sudah buat aku telan liur yang mula terasa kesat.

Aku pejamkan mata seketika. Ligat otak berfikir cara melepaskan diri. Selalu baca novel ada gunting atau pisau berdekatan. Masalahnya lantai ruang ini kosong. Lansung tiada apa boleh membantu! Aku berdecit. Kemudian aku tunduk memandang poket seluar di sebalik kot labuh.

Kebetulan aku kenakan kot labuh hari ini. Kebetulan juga aku letak telefon dalam poket seluar baggy ini. Belum sempat senyuman naik di sudut bibir, sudah mati semula.

Macam mana nak ambil telefon kalau tangan berikat mana ini?

Dari celahan dinding berlubang, aku agak hari sudahpun malam. Hanya cahaya bulan menyinari melalui lubang-lubang tingkap kecil di atas. Betul-betul tak bagi peluang lari ikut tingkap.

Pintu dibuka dari luar. Dengan sumber cahaya agak terhad, aku dapat lihat dua lelaki tadi masuk ke dalam ruang ini. Bibir mereka juga pecah akibat ditumbuk aku tadi.

Heh. Dengan aku pun boleh lebam!

"Baguslah kau dah sedar, lusa madam nak jumpa kau." Ujarnya sinis.

Aku tolak lidah dalam pipi.

"Dengan aku pun lebam. Lemah." Perliku. Bibir terjungkit menarik senyuman sinis.

PANG!

Berdesing telinga apabila dilempang telapak tangan yang terang-terang lebih besar dari tangan aku itu. Wah, aku cukup pantang orang sentuh muka aku!

"Jangan sentuh muka akulah, sial. Memang jantan dayus ke suka lempang perempuan?"

Belum sempat sebuah lagi pelempang hinggap di wajah, seorang lagi lelaki menahan tangan rakannnya itu. Mungkin dia baik sikit. Sikit saja. Aku tak puji lebih pun! Dah kata penyangak.

"Young master tak bagi lunyaikan perempuan ni. Aku taknak kau yang lunyai nanti." Sebelah keningku terangkat. Tuan muda mana pula kali ini?

Berapa banyak lagi manusia obses sangat nak culik aku ini?

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now