49

2.6K 114 0
                                    

SIANG berganti malam. Langit juga sudah gelap-gelita. Cuaca hari ini begitu mendung. Membuatkan langit kelihatan sungguh hambar. Lansung tiada bulan mahupun taburan bintang. Aku pula sedang duduk. Rendam kaki dalam kolam renang berbumbung lut sinar. Dan uniknya, bumbung lut sinar ini kelihatan gelap dari luar. Tinted. Aryan cukup bijak memilih material tersebut.

Katanya supaya aurat isterinya kekal terjaga. Dekat kolam renang luar perlu berhijab, takkan dekat rumah sendiri pun aku kena jaga aurat, kan?

Hujung bibir naik keatas sedikit. Mengukir senyum apabila teringatkan setiap tutur katanya. Aryan tak pernah gagal menyenangkan hati. Agaknya kalau aku berdegil tidak mahu terima pinangannya dulu, pasti dia sudah jatuh ke tangan perempuan lain.

Aku geleng kepala sendirian. Tak boleh! Aryan terlalu... sempurna. Aku tak dapat bayangkan bagaimana layanan dia terhadap aku sekarang diberi kepada orang lain. Sungguh bakal menjadi mimpi ngeri. Sebab aku tak sanggup membayangkannya apatah lagi melihat depan mata.

"Caramor." Mataku jatuh ke arah Aryan apabila dia memanggil. Rambut depannya basah jatuh ke dahi. Satu persatu perlakuannya menjadi perhatianku sekarang. Telapak tangannya naik mengesat air di muka.

Behave, hati. Jangan gedik!

Aku berdehem.

Aryan mendekati aku. Hilang sudah overthinking aku tadi. Berganti dengan bayangan nakal. Rasa macam overdose gedik bila tengok suami sendiri! Aku berura-ura mahu menjauh apabila Aryan mendekat.

Bukan takut basah dek air kolam. Tapi takut meleleh air liur! Sebab tergoda dengan suami sendiri.

"A-Abang jangan dekat!" Aku mula memberi amaran. Aryan buat tak dengar. Makin laju dia bergerak ke arahku. Melawan tekanan air yang melambatkan pergerakannya.

Belum sempat aku angkat kaki. Aryan sudah pegang dahulu. Dipeluk kemas kerana tidak mahu aku lari.

"Taknak mandi sekali?" Soalnya. Aku geleng laju. Serta-merta aku tolak.

"Tapi abang nak sayang join sekali. Bosanlah mandi sorang." Lirihnya. Dia memasang wajah kasihan. Aku ketap bibir. Rasa kasihan pula bila tengok wajah sugul Aryan.

Belum sempat aku beri kata putus, dia sudah tarik aku ke dalam kolam. Akibat belum bersedia, aku mula terasa lemas. Terus Aryan memaut pinggang. Menstabilkan diriku semula. Tercungap-cungap aku mencari nafas.

"Abang!" Aku tampar bahunya kasar. Aryan pula sudah gelak terbahak.

"Kalau Arya lemas tadi macam mana?" Soalku kasar.

"Abang kan ada. Boleh CPR!" Sekali lagi, tawanya pecah. Aku mendengus. Sambil itu, kaki cuba distabilkan. Mahu berdiri tanpa bantuan Aryan. Bila sudah stabil. Aku melepaskan tautan dipinggang.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Aryan sudah pandang aku hairan. Pelik dengan gelagat aku sekarang. Dengan bacaan bismillah bersama seribu satu zikir supaya dosa diampunkan pada ketika ini juga, aku angguk kepala.

Tangan diangkat sebelum aku tolak kepalanya masuk ke dalam kolam tanpa sebarang amaran. Ampunkan dosa aku, Ya Allah. Ini cuma gurauan suami isteri.

"Say... blup blup... ang! Lep... blup blup... as!"

"Taknak! Siapa suruh tarik Arya!"

Setelah 20 saat kami bergelut. Aku lepaskan kepalanya. Kaki diangkat sekuat mungkin. Melawan daya dalam kolam. Mahu lari daripada Aryan.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now