46

2.8K 136 3
                                    

SUDAH sebulan aku jalani kehidupan harian tanpa bantuan Aryan. Aku akuinya, mula-mula agak susah. Sebab aku terlalu bergantung kepada Aryan selama beberapa bulan ini. Namun, aku ingatkan diri berkali-kali bahawa aku buat semua ini bersebab.

Aku cuba tidak bergantung dengan ubat. Walaupun ada ketika aku terjaga apabila mengalami mimpi buruk, Aryan tetap bangun pada tengah malam. Memeluk dan memujuk aku supaya aku bertenang.

"Caramor, don't cry. I'm here."

"I will protect you, caramor. Shh... shh... abang ada."

"Caramor abang kuat, kan? Kata nak sihat."

Dan berbagai lagi ayat pujukannya yang lain. Dalam diam, kuat aku berdoa supaya Aryan bukan pelakunya. Dan jika benar, mungkin ada sebab.

Ya, ada sebab.

Kuat hatiku cuba menangkan Aryan biarpun akal menolak hebat. Ketika ini, aku cuma berharap semuanya baik-baik saja memandangkan Aryan tidak pernah tunjuk tanda-tanda buruk.

"Kenapa kau nak jumpa aku ni?" Lamunanku terhenti. Aku pandang Nufail yang sudah berada di hadapan. Tidak sedar bila dia sampai.

"Kau bagitahu dah dua minggu kau dekat KL. Kenapa tak bagitau awal?" Tanpa berbasa-basi, aku terus tanya soalan itu.

"Aku ada hal." Mudah sahaja dia jawab. Tapi, aku tak percaya. Riak wajah Nufail seolah sedang sembunyikan sesuatu dari aku.

"Kenapa kau khianat aku, Pael?" Tanya aku perlahan. Suara aku mulai kendur. Aku masih ingat perbualan dia dan Aryan dulu.

Baru sahaja Nufail mahu angkat tangan memesan makanan, tindakannya terhenti tatkala dengar soalan aku. Nufail pandang aku lama. Dan aku tak tahu apa maksud di sebalik pandangan itu.

"Apa... maksud kau ni Arya?" Tanya dia pula.

"Aku dengar. Masa kau bercakap dengan Aryan dekat majlis tu." Riak wajah Nufail bertukar kelat. Dia telan liur. Mungkin tidak menjangka aku bakal terdengar perbualan mereka berdua.

"A-Aku..."

"Aku percayakan kau, Pael. Kau kawan aku dari kecil. Tapi kenapa kau khianat aku? Kau komplot dengan Aryan, kan? Apa kau orang berdua sorok dari aku?" Aku pintas percakapannya. Bertalu-talu soalan aku ajukan. Aku tak boleh sabar untuk tahan semua persoalan dalam kepala ini.

"Kau salah faham ni, Arya..." ucapnya pelan. Aku kerutkan dahi. Apa maksud dia ni?

"Aku memang tak tahu Aryan plan nak berkahwin dengan kau." Jujurnya.

"Habistu? Macam mana kau boleh sembang dengan dia macam dah contact lama?"

Nufail basahkan tekaknya dengan air yang aku sudah pesan sejak awal tadi. Kemudian, dia betulkan duduk.

"Aku tak nafikan, aku memang contact dengan dia sejak habis sekolah lagi. Aku tak pernah lost contact dengan dia. Tapi aku buat semua ni bersebab, Arya." Semakin lama, perbualan ini semakin menyerabutkan otak! Aku tak tipu. Makin berbelit kesimpulan dalam kepala.

Sungguh rumit.

"Kau cerita bagi habis, Pael. Kau pun tahu aku benci cerita separuh jalan." Ujarku kasar. Aku sandarkan tubuh dikerusi.

"Aku tau aku tak ada hak nak ceritakan semua ni, tapi kau kena tau perkara sebenar. Sebab Aryan akan simpan semua ni sebagai rahsia dan takkan bagitahu kau. Tapi aku taknak khianat kau dan pada masa yang sama aku taknak khianat dia." Terangnya panjang.

"Arden Nufail." Sebutku keras.

"Fine. Aku cerita. Tapi kau, kau percayakan suami kau ke tak?" Tanya dia. Aku terdiam lama.

Nufail mengeluh.

"See. Kalau aku cerita belum tentu kau percayakan Aryan kan? Aku tau kau desak aku sebab kau tak percayakan dia. Aku kenal kau lah, Arya. Aku kenal sangat perangai kau."

"Kau cerita, samada aku nak percaya atau tak..." aku pandang Nufail lama.

"Itu hak aku." Sambungku lagi.

"Okay, aku cerita. Tapi tolong jangan bagitahu dia yang aku dah cerita dekat kau pasal semua ni. Aku cerita sebab aku taknak kau ragu-ragu yang aku ikhlas berkawan dengan kau."

Aku angguk. Bersetuju.

"Aku contact dengan Aryan, sebab dia minta aku jaga kau. Tapi percayalah, kalau dia tak minta sekalipun aku akan jaga kau. Kau kawan aku." Beritahunya. Aku angguk faham.

"Dia putus dengan kau bersebab Arya. Dia nak lindungi kau. Aku tau kau takkan percaya. Tapi dia buat semua tu, demi kau. Walaupun dia tak bahagia lansung. Aku saksi dia menangis hari-hari disebabkan kau."

"Aku tak tahu dia ada bagitahu kau atau tak. Yang ibu dia sekarang merupakan ibu saudara dia aje." Oh, jadinya... Nufail tahu. Aku sahaja tidak tahu.

"Aku tahu."

"Dia ada bagitahu kau tak... punca kematian mak dan ayah dia?" Aku geleng kepala. Kemudian, gelengan aku terhenti.

"Ada." Ada, dia beritahu kerana kemalangan.

"Kenapa?" Tanya Nufail sekali lagi.

"Kemalangan." Nufail geleng kepala sebelum menyambung semula.

"Tak. Sebab dibunuh." Dan aku? Terdiam.

"Dia taknak kau terima nasib sama macam mak dan ayah dia. Dia anggap diri dia pembawa sial. Tapi tanggapan dia silap, Arya. Sepuluh bulan lepas dia tinggalkan kau, ayah kau meninggal." Aku ketap bibir. Kenyataan itu begitu perit.

Pedih.

Tapi, perit lagi menjadi Aryan. Kedua ibu bapanya sudah tiada sejak kecil lagi.

"Aku saksi jatuh bangun kau orang berdua. Aku sedih tengok kau orang berdua. Nasib baik, kita satu universiti Arya. Sekurang-kurangnya aku sentiasa ada dengan kau. Tapi, Aryan? He's all alone. He's completely broken. Dia terpaksa tinggalkan kau. Buat kau menangis. Dia fikir dia bawa sial. Tapi dia silap!" Suara Nufail naik seoktaf. Nasib kami berada ditempat agak tertutup.

"Dia tak salah, Arya. Tapi aku nampak dia hari-hari salahkan diri dia. Dan kau tahu tak apa yang paling teruk lagi?"

"Apa... dia?" Soalku perlahan.

"Pembunuh arwah ayah kau adalah orang yang sama dengan pembunuh mak dan ayah dia." Aku bungkam.

"Pembunuh tu, masih hidup sehingga harini. She's still standing, alive... and well. Kau rasa, adil ke untuk Aryan? Tengok dia masih hidup?" Aku geleng kepala. Dan ada tak kema dengan ayat Nufail tadi.

"She?"

"Ya, perempuan. Dia psiko. Dan dia gila, Arya. Dan sebelum Aryan tahu siapa pembunuh sebenar, kau tahu tak dia buat apa?" Nufail berdecit sinis.

"Dia bertungkus-lumus cari maklumat siapa pembunuh ayah kau. Dia marah sebab ayah perempuan yang dia cinta. Mati dalam keadaan sama seperti mak dan ayah dia." Aku tekup mulut.

Bermakna, mak dan ayah Aryan... mati dibunuh bersama organ yang tidak lengkap?

Abang... mana abang dapat kekuatan tu? Tolong pinjamkan kepada Arya.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now