59

2.6K 106 0
                                    

USAI membuat pembayaran di kaunter, aku kembali ke wad Aryan. Aryan sedang menunduk sambil membelakangi aku. Diam-diam aku mengintai dia dari belakang. Oh, patutlah dia menunduk. Rupanya dia sedang bermain telefon. Aku menjengketkan kaki lagi, kali ini mahu lihat dia sedang kusyuk tengok apa.

Mana tahu tengok perempuan lain!

Dan bila aku berjaya mencuri pandang skrin telefonnya dari belakang. Bibir aku terkunci. Sia-sia buat pahala jaga suami di hospital, sekali aku fitnah dia sesuka hati terus dapat dosa.

Dia... tengah tenung homescreen.

Gambar aku. Ehem. Nak riak, tapi baru saja tadi aku tuduh dia tengok perempuan lain. Kan bagus kalau ada sistem kira dosa dengan suami. Senang sikit aku nak semak semula. Fikir aku sendirian. Jauh ke dalam dunia sendiri. Sehinggakan tidak sedar sejak bila Aryan panggil aku.

"Ya Allah, sayang!"

Aku kembali ke realiti. Jarang-jarang dia tinggikan suara terhadapku. Aku pandang Aryan dengan wajah tidak percaya. Aryan sudah pandang aku pelik. Aku mencebik. Bukan, bukan sekarang nak merajuk, baby. Ini semua salah mummy sebab tak fokus.

Tapi...

"Sampai hati abang tengking Arya." Serentak, air mata aku jatuh.

Aryan tercengang. Kalau boleh, dah lama aku hentuk dahi ke dinding. Mahu normalkan diri sendiri. Aku tak cengeng! Aku pusingkan tubuh. Membelakangi Aryan sebelum berjalan keluar dari wad. Terkial-kial Aryan sauk begnya sebelum mengejar langkahku.

"Caramor... Abang tak bermaksud nak tinggikan suara," pujuk Aryan. Arya faham abang, cuma anak abang ini. Kenapa mengada sangat nak jaga hati mummy dia!

Aku diam. Tak mahu berkata apa. Sebab aku tahu kalau aku bercakap, ianya akan bertentangan dengan akal fikiranku sekarang. Ada baiknya aku diam. Aku buka pintu kereta sendiri. Tanda mogok. Selalunya Aryan bukakan pintu.

"Caramor," panggilnya lagi.

"Hm."

"Nak apa-apa makanan tak? Abang beli." Aryan cuba beli jiwa. Semata mahu memujuk. Kemudian, kepala mula membayangkan kemanisan softcookies yang dibuat Aryan. Walaupun dia tak pernah buat. Aku pejamkan mata, inikah orang panggil mengidam? Aku mula terseksa dengan semua ini. Sungguh aku tak mahu susahkan Aryan.

"Abang," perlahan saja nada suaraku.

"Ya, caramor abang?" Sahutnya lembut. Aku simpan senyum.

"Abang buatkan softcookies, boleh? Arya teringin sangat nak abang buatkan." Aryan tersenyum pasrah. Namun, dia mengangguk. Lansung tidak menolak permintaan aku.

"Boleh, caramor. Kita pergi beli barang dulu, okay?" Terus aku angguk. Bersetuju dengan cadangannya memandangkan tiada bahan adunan di dapur. Brek tangan diturunkan sebelum Aryan mula memandu. Aku buang pandangan ke luar.

Macam mana aku mahu hidup tanpa Aryan kalau aku selalu bergantung dengannya?

Aryan terlalu lembut melayani aku. Belum tentu aku mampu jadi seperti dia dengan perangai aku ini. Penuh menguji kesabaran. Sejak hari kami sah sebagai suami isteri lagi aku banyak lukakan hati dia. Entah berapa banyak kali dia rawat hatinya sendirian.

"Caramor abang fikirkan apa?" Aryan bersuara. Mungkin tidak betah melihat aku diam. Selalunya bermacam-macam benda aku berceloteh dengannya. Daripada topik deeptalk, sehinggalah perkara merapu.

Caramor abang.

Indah sekali panggilan Aryan terhadapku. Kadang aku tertanya. Takkan tak ada sedikitpun dendamnya terhadap aku? Aku lebih rela dia bersikap kejam biarpun mendera mental daripada dia bersikap lembut begini.

"Saja terfikir. Abang suka baby girl atau baby boy?" Bohongku. Tidak mahu dia mengetahui isi hati.

"Asalkan anak abang lahir dengan sihat, abang tak kisah. Mana-mana pun amanah Allah. Kedua-duanya anak kita."

Amalan apa aku buat sehinggakan Kau kurniakan dia, Ya Allah...




TUBUH Aryan aku peluk dari belakang. Tak lain tak bukan, aku nak bodek dia. Kebiasaannya kalau aku sudah guna taktik kotor, memang Aryan tak dapat menolak lagi pujukan aku. Aku cucuk-cucuk perut Aryan. Selesai makan malam, terus aku ajak dia buat biskut. Tapi aku tak buat pun.

Aku tolong ganggu ketenteraman Aryan aje.

"Canodiar," meleret-leret aku panggil dia. Sebenarnya, sungguh tak kena panggilan itu dengan keadaan sekarang. Orang nak bodek mestilah panggilan manja. Tapi aku main tibai panggil dia bukan-bukan.

"Yes caramor." Sahutnya. Dia masih fokus membuat adunan biskut. Bersungguh betul. Kadang kala matanya mencuri pandang resepi dalam telefon.

"Nanti nak keluar dengan abang Alan dan abang Afsar boleh tak?" Pergerakannya terhenti. Kemudian dia toleh ke arahku. Aku sengih mempamerkan sebaris gigi tersusun cantik. Raut wajah dicomelkan seboleh mungkin.

"Nak pergi mana?"

"Pergi jalan-jalan. Arya jadi tour guide dia orang. Dia orang kan dah lama tak balik Malaysia. Lepastu dia orang nak tengok rumah. Nak beli. Boleh Arya letak harga tinggi. Lepastu, Arya makin kaya. Haa..." Aku makin merapu. Entah apa aku katakan. Tapi aku biar. Asalkan Aryan percaya.

Aryan diam.

"Abang Alan dengan abang Afsar boleh protect Arya lah abang. Sebab tu Arya nak keluar dengan dia orang. Abang janganlah risau. Dia orang terror gila dalam boxing." Kali ini aku tak tipu. Alan dan Afsar memang suka bertinju. Sebab itu dulu aku seram kalau mereka berdua mula bergaduh. Silap-silap boleh mampus!

"Okaylah kalau macam tu. Janji dengan abang jangan balik lewat." Aryan beri kata putus. Lantas aku mengucup pipinya. Sudut bibirnya naik mengukir senyum. Eleh, sukalah tu!

"Biarkan semua kenangan yang indah... Akan selalu ada... Kau dan aku bersama... Biarkanlah, sayang, cinta kita hilang... Walau kita tak rela... Tinggalkannya demi kita, demi kita." Aku bersenandung perlahan. Sesekali tubuh Aryan digoyangkan.

Pada waktu ini, dan saat ini juga merupakan satu momen bakal menjadi kenangan.

"Caramor nak tinggal abang ke?" Soalnya tiba-tiba. Aku terdiam seketika. Kemudian aku mengemaskan pelukan di pinggangnya.

"Taklah, Arya saja nyanyi. Kalau abang nak tahu... dulu Arya selalu nyanyi lagu tu masa Arya sedih dengan kita." Luahku jujur diakhir ayat. Lirik lagu itu terlalu mendalam. Sungguh aku dapat merasainya lebih-lebih lagi ketika dia tinggalkan aku.

"Abang tak bermaksud-"

"Arya tahu. Tak apa, Arya dah redha." Sebaik sahaja mendengar jawapan aku. Aryan pusing menghadap aku. Helaian rambut terjuntai di dahi Aryan tolak kebelakang telinga. Sepasang mata amber itu menikam ke dalam anak mataku. Dia tunduk mengucup dahiku penuh kasih. Sebak. Aku tak tipu, aku sebak.

Satu hari nanti, Arya terpaksa juga tinggalkan abang. Demi kita.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now