Disember, 2015.
SEPASANG mata Darya mulai berkaca. Tangan dikepal membentuk sebuah penumbuk. Hujung kuku-kukunya sudah berubah putih. Dia sedang mengumpulkan kekuatan untuk keluarkan suara seakan tertahan di kerongkong. Kepala lansung menoleh ke arah lain. Sedaya upaya tak mahu Aryan nampak air matanya sedang bertakung di tubir mata."Janji dengan Aryan, untuk jaga diri Arya lepas ini."
"I can't promise that, Aryan." Aryan terdiam ketika dengar jawapan Darya.
"I can't promise to take care of myself. Tapi Arya nak Aryan jaga diri. Jaga makan, dan jaga solat." Sambung Darya lagi.
"I will." Darya tersenyum nipis setelah mendengar jawapan Aryan.
"Kenapa Arya rasa Aryan benci Arya?" Soal Darya apabila terasa suasana kembali sepi. Kepala ditoleh memandang Aryan. Aryan menunduk. Lidahnya kelu.
"Aryan abaikan Arya sehingga hari terakhir SPM. Tapi Arya faham, mungkin Arya terlalu memaksa Aryan sebab Arya tak tahu apa salah Arya." Kata Darya lagi. Dia terkilan dengan perlakuan Aryan. Layanan Aryan cukup dingin.
Sepanjang tempoh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlansung, Darya tak henti mencuba menghubungi Aryan. Samada melalui mesej, mahupun panggilan telefon. Namun respon lelaki itu pasif sekali. Cukup membuatkan Darya rasa hampir mahu gila.
Aryan diam.
"That's the problem. Arya terlalu memaksa Aryan. Sedangkan Aryan tak mahukan Arya. Aryan dah tawar hati." Sambung Darya lagi. Kaki digoyangkan. Kepala menunduk memandang tangan di sisi peha. Mereka berdua sedang duduk di meja batu berdekatan asrama perempuan.
"Aryan tak benci Arya." Aryan bersuara.
"Arya terima kalau Aryan nak benci Arya," gadis itu tersenyum pahit. Dia akur jika lelaki itu bertindak untuk membencinya.
"I ignore you because I can't accept the reality that I let you go. I can't hate you."
"Sebab Aryan cintakan dia dan bukan Arya. Itu realitinya. Arya minta maaf sebab jadi penghalang antara dia dan Aryan. Arya sedar, dia kebahagiaan Aryan." Darya mula mengalah. Dia tak mahu lagi memaksa lelaki itu supaya mencintainya.
"How 'bout you?" Soalan Aryan membuatkan Arya tertawa palsu.
Sakit, Aryan.
"I'm here. Always here. Asalkan Aryan bahagia, Arya terima. I'm fine."
Tak. Arya tak nak. Arya tak nak tengok Aryan dengan orang lain.
"Minta maaf sebab Aryan tak boleh tunaikan janji Aryan."
"Promise are meant to be broken. Arya tahu. Tak apa. Kejarlah dia. She's your true happiness. I'm sorry because I love you."
Hati Darya menangis. Dia terpaksa korbankan kebahagiaan sendiri untuk orang yang dia cintai separuh mati. Orang kata ini sekadar cinta monyet. Bagi Darya tidak sama sekali.
Aryan mengajar dia kenal erti kebahagiaan. Jika dulu Darya sering insecure dengan diri sendiri, Aryan mengajar dia untuk yakin dengan diri sendiri.
Jika dulu Darya hampir putus asa untuk terus bersekolah di sekolah itu, Aryan sentiasa memberi semangat agar dia kekal berada di sekolah itu sehingga tamat hari persekolahan. Dan di saat tiada siapa mahu menghargai kehadiran Darya, Aryan jugalah sentiasa menerima dan menghargai Darya.
"Kita akan berjumpa lagi?" Tanya Aryan. Dia merenung Arya lembut. Pandangannya juga redup.
"Untuk apa?" Balas Arya.
"Aryan cuma tanya."
"Mungkin, kalau Aryan yang nak." Darya angkat bahu. Dia sudah tiada hati lagi untuk berjumpa Aryan di luar. Lebih-lebih lagi bila mereka sudah tak ada apa-apa hubungan.
"Kalau suatu hari nanti kita terserempak, jangan lupa tegur. Itu aje yang Aryan minta."
Makin dalam luka terukir dalam hati Darya. Kenapa lelaki ini begitu kejam terhadap dia? Tak fahamkah yang Darya sedang terluka dengan setiap tutur katanya?
"Kalau masa tu Aryan dengan dia, mungkin Arya tak tegur." Darya kini bangun diikuti dengan Aryan. Gadis itu mengukirkan senyuman yang paling manis sekali terhadap Aryan. Buat kali terakhir. Dia cuba mengikhlaskan tanpa membenci.
Tapi dia seakan tak mampu.
"Dapatkan dia. Pergi lah. Arya tahu Aryan mahukan dia."
"Macam kalau dia tak rasa apa yang Aryan rasa?" Darya tersenyum nipis mendengar luahan Aryan.
"Listen, love is blind. Even though you and her might not see each other, but you still love her right? She's your first love," Aryan mengangguk. Baginya, baguslah jika Darya sudah mula belajar menerima kenyataan.
"Tackle dia balik. I know you can, Aryan Hameen."
Nurdarya. Sepatah nama yang membawa maksud cukup indah. Nur beerti cahaya. Darya pula berasal daripada perkataan Turki iaitu laut mahupun samudera. Sesuai dengan namanya, riak wajahnya tenang seperti laut. Namun siapa tahu hatinya bergelora seolah ribut taufan?
Dan kini, biarpun hati sedang berkecamuk, gadis itu masih mengekalkan wajah tenang. Walaupun bila-bila masa sahaja empangan air matanya bakal pecah.
Cinta itu mematikan. Malah cinta itu melemahkan. Kerana cinta, dia lemah seperti ini sekarang.
Kerana cinta, dia mengalah. Dan kerana cinta, dia perlu belajar erti melepaskan biarpun hatinya berbolak-balik.
Cinta itu gila.
Sepasang mata coklat gelapnya hanya memandang langkah Aryan semakin menjauh. Bayang lelaki itu juga semakin hilang dari pandangannya. Tanpa dia sedar, setitis demi setitis air matanya mula jatuh menyembah bumi.
Dulu, dia dambakan lelaki itu.
Dulu, lelaki itu menjanjikan bermacam kebahagiaan.
Dulu, lelaki itu sentiasa mengutamakannya.
Dulu, lelaki itu selalu memanjakannya.
Tapi itu dulu.
Bisik hatinya sendirian.
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...