50

3.1K 130 0
                                    

AKU berjalan mundar-mandir dalam bilik. Tak boleh bertenang. Aryan suruh aku tidur. Tapi aku tak dapat melelapkan mata lansung. Jam sudah menginjak pukul 12 tengah malam. Tak pernah Aryan balik selewat ini. Aku risau! Macam mana kalau terjadi apa-apa dekat dia?

Telinga menangkap bunyi enjin kereta di luar rumah. Terus aku melangkah ke jendela. Mahu lihat siapa yang berhenti di hadapan rumah pada malam-malam buta. Sebab Aryan naik motosikal berkuasa tinggi. Tapi aku tak dengar pula bunyi deruman enjinnya.

Dari jauh aku dapat lihat kereta Nufail.

Nufail?

Aku masih berfikir. Tak pasti mahu terus terjah mereka berdua, ataupun berpura-pura tidur. Tapi... Aryan suruh aku tidur kan, tadi?

Aku buka pintu bilik perlahan. Lampu juga sudah ditutup awal. Tidak mahu Aryan tahu bahawa aku masih belum tidur. Suara dua orang lelaki menyapa pendengaran. Aku kerutkan dahi. Bukan Aryan keluar sendiri ke tadi?

Aku mengintai. Nufail sedang memapah Aryan. Aryan pula jalan menunduk. Dia... tercedera?

"Aku dah cakap tadi aku boleh handle. Kenapa kau degil nak datang!" Nufail bersuara. Memandangkan hari sudah malam, suaranya agak bergema memenuhi ruang.

"Slow sikit suara kau, Pael. Aku taknak Arya terjaga." Balas Aryan pula.

"Habistu kau luka macam ni? Kau ingat dia buta ke tak nampak esok?" Marah Nufail dengan nada perlahan. Namun aku masih dapat dengar dengan jelan.

"Pandai-pandailah aku cover." Kata Aryan pula. Aku ketap bibir. Kenapa dia nak sorok dari aku?

Sesekali Aryan mendesis.

Kemudian berdua hilang di sebalik pintu kerja Aryan. Dengan senyap, aku mengatur langkah menuruni tangga. Nasib menyebelahi aku apabila pintu bilik tersebut tidak bertutup rapat. Aku kekal di tepi dinding. Mahu curi dengar perbualan mereka.

"Kau ni tak ada perasaan sakit ke?" Ujar Nufail kasar. Aku intai sedikit. Nufail sedang mencuci luka Aryan. Manakala Aryan pula masih diam di tempatnya.

"Sakit tu dah sebati dengan diri aku, Pael." Balasnya perlahan. Nufail terdiam seketika.

"Tapi kau kena pentingkan diri jugak, Yan. Kau pun manusia. Deria sakit tu mesti ada." Kata Nufail pula. Kali ini nada suaranya lebih kendur.

"Macam mana aku nak pentingkan diri kalau semua tu melibatkan keselamatan isteri aku, Pael? Kau bagitahu aku. Aku lagi rela berkorban daripada tengok dia mati depan mata aku." Aku ketap bibir tatkala mendengar jawapan Aryan. Sejauh itukah tahap pemikiran dia?

Sehingga sanggup membiarkan diri sendiri terluka.

"Habistu, kalau kau sakit. Takkan aku pulak nak jaga Arya! Kau baru kena tikam tahu tak? Nasib aku ada basic nak rawat luka tikaman! Aku nak bawa kau pergi hospital, kau halang. Kau kata nanti Arya cari kau bila bangun tidur. Tapi diri kau ni, Yan! Cuba utamakan diri sendiri." Marah Nufail semula. Aku tergamam. Aryan kena tikam?

Tuhan, ujian apa pula kau turunkan kali ini?

"Hati kau ni, Yan. Kau pernah tanya tak apa dia rasa? Sakit tak hadap semua ni? Takkan secebis rasa sakit pun kau tak pernah rasa setiap kali kau tengok muka isteri kau?" Aku tersenyum pahit. Dalam diam menyetujui kata-kata Nufail.

"Semua dah lepas, Pael. Aku cintakan dia..." Kata Aryan pula. Dada aku kini menjadi sesak. Kenapa besar sangat cinta kau pada aku ni, Aryan? Aku serba kekurangan. Apa kau pandang dekat aku? Sedangkan kau boleh dapat isteri jauh lebih baik daripada aku.

"Aku faham kau cintakan dia. Aku faham sangat, Yan. Tapi kau dah dera diri sendiri. Kau dera hati kau. Ni mental kau, dari dulu lagi kau pernah jaga tak?" Soal Nufail lagi. Suasana hening. Ditemani dengan guruh berdentum di luar. Hujan lebat turun membasahi bumi.

Cukup menggambarkan keadaan ketika ini.

"Kau suami yang baik, Yan. Aku akuinya. Kalau aku jadi kau, belum tentu aku boleh handle isteri yang mentalnya tak stabil. Tapi kau uruskan dia cukup baik sekali, Yan. Aku kagum dengan kau. Aku nampak Arya makin pulih. Hampir jadi diri dia sendiri sama macam dulu." Lirihnya lagi.

"Itu tanggugjawab aku." Ringkas sahaja balasannya.

"Arya pun taknak tengok kau sakit. Betul, dulu dia pernah kata kat aku yang dia bencikan kau. Lebih-lebih lagi sebab kau tinggalkan dia. Tapi kau tahu tak, setiap kali dia ungkit dia benci kau. Mata dia tu, boleh gambarkan perasaan dia? Dia sayang kau, Yan. Cukuplah seksa diri sendiri. Kau ingat Arya gembira ke tengok kau terluka macam ni? Silap-silap dia salahkan diri sendiri. Aku pun taknak tengok kau pula mati sebab nak lindungi dia." Luah Nufail. Sambil itu, balutan di perut Aryan diperkemaskan.

"Allah itu Maha Adil kan, Pael?" Sungguh polos soalan Aryan. Nufail bungkam. Begitu juga aku. Dada seolah ditikam berkali-kali. Kenapa Aryan sangat tabah?

"Allah tidak bersifat zalim, Yan. Allah berfirman, dalam surah al-Fussilat ayat 46 bermaksud, tidaklah Tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya. Ayat itu cukup menafikan sama sekali yang Allah bersifat zalim terhadap para hambaNya. Percayalah, kalau dia terlepas hukuman dunia, hukuman akhirat ada dan setimpal." Pesan Nufail sambil tepuk bahu Aryan.

"Kau layak bahagia, Yan. Dengar cakap aku, ketepikan perasaan bersalah kau tu."

"Aku nak minta tolong kau, boleh?" Apabila Nufail diam memberi ruang untuk Aryan bercakap, Aryan sambung semula.

"Kalau aku ditakdirkan mening-" Tanpa sempat Aryan habiskan ayat. Nufail sudah pintas dahulu.

"Aku taknak dengar kau merepeklah bodoh!" Bengang Nufail.

"Dengar dulu aku habiskan ayat. Aku kata kalau." Aryan pula masih tenang.

"Kalau aku meninggal dulu sebelum kau, tolong jaga Arya. Jika keadaan memaksa, aku izinkan kau kahwin dengan dia." Jatuh air mata aku membasahi pipi. Teruk sangatkah situasi pada ketika ini sampaikan dia boleh berfikir begitu?

"Jangan mengarutlah, Aryan. Arya selamanya milik kau!" Bidas Nufail pula.

"Aku harapkan kau seorang aje, Nufail. Aku amanahkan dia kepada kau kalau apa-apa jadi dekat aku nanti."

"Aku benci kau, Yan. Aku benci."

Jika air mata Nufail pun begitu murah tumpah pada waktu ini. Apatah lagi aku? Hanya Aryan saja kekal tenang.

Aku mohon. Bahagiakan kami, Ya Allah. Aku merayu...

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now