58

326 15 0
                                    

ARYAN menatapku lembut. Aku sudah ambil tempat di sisinya. Kekura tangannya aku usap. Tangan ini, selalu sangat berkorban untuk aku. Selalu ringan membantu aku di dapur. Ada masa, dia mandikan aku. Ada juga ketika, kerja-kerja rumah pun dia buat tanpa keluh.

Suami yang baik itu juga satu rezeki.

"Abang... okay?" Aku merenung sepasang mata amber tersebut. Kalaulah sejak dulu aku tahu mata ini menyimpan seribu satu rasa. Pasti aku takkan persoalkan satu pun setiap tindakannya.

"Sepatutnya abang yang tanya caramor abang. Are you okay, caramor?" Soalan dibalas soalan. Aryan tarik aku berbaring di sebelahnya. Nasiblah segala wayar sudah ditanggalkan.

"Arya okay. Abang yang tak okay." Balas aku lagi. Esakan ditahan daripada keluar. Aku rasa bersalah sangat dengan dia.

"Macam mana budak kena culik ni boleh okay, hm?" Tanya dia hairan. Pelik. Siapa sahaja tak pelik bila aku boleh melarikan diri dengan mudah? Puas Nufail tanya aku. Namun aku diamkan saja. Aku cuma rasa... Aryan berhak tahu dulu cerita aku.

Kedengaran kejam, tapi aku nak Aryan orang pertama tahu cerita aku.

"Penculik tu kan, abang. Dia lelaki. Dia bagi Arya makan, lepastu dia tolong Arya sorok phone Arya. Kemudian dia bawa Arya lari dari gudang tu." Aku simpan perasaan sebak seorang diri. Mahu katakan yang aku okay di hadapan Aryan. Nada ceria dibuat sebaik mungkin.

"Abang masih pelik kenapa dia baik dengan Arya." Aryan masih berfikir.

"Sebab dia suka Arya kut." Aku jawab tanpa ragu-ragu. Aryan sudah mendengus.

"Tapi abang, bukan ke itu bagus? Dia suka Arya, dia kesiankan Arya, lepastu dia lepaskan Arya." Ujar aku lagi. Cuba ambil sisi positif. Aryan mencebik kemudian angguk bersetuju. Aku ketawa kecil. Comel bila tengok dia ada tanda-tanda mahu merajuk.

"Sekurang-kurangnya, isteri abang selamat."

Aku diam. Begitu juga dia. Masing-masing menikmati suasana sepi.

"Abang minta maaf," Aryan bersuara.

"Untuk?"

"Sebab abang tak dapat selamatkan Arya. Sebab abang tak ada dengan Arya. Abang cuai, abang utamakan kerja." Ucapnya lagi.

Aku tersenyum tawar.

Arya yang patut minta maaf dengan abang...

Nafas ditarik sedalam mungkin. Tiap kali memikirkan Aryan. Dada terasa mahu pecah. Perasaan bersalah begitu mencengkam hati. Aku mula sedut hingus. Ah, bila mengandung ini terasa makin sensitif pula.

"Abang dah buat lebih untuk Arya. Abang berusaha nak selamatkan Arya sampaikan abang hampir hilang nyawa abang." Beritahu aku pula.

"Itu memang tanggungjawab abang, caramor."

Tapi, tanggungjawab abang terlalu besar. Sangat besar. Padahal Arya tak layak terima semua layanan baik abang.

Namun, semua itu hanya terungkap dalam hati.

Aryan peluk aku dengan erat. Seolah tidak mahu lepas. Manja ini, aku yakin aku bakal rindui nanti. Aku pejamkan mata. Sekadar menikmati pelukan hangat Aryan. Tangannya jatuh ke arah bawah perut di mana terletaknya rahimku. Aku kemam bibir. Aryan tidak nampak memandangkan aku sedang membelakangi dia.

Dia tak tahu.

"K-kenapa abang sentuh dekat situ." Aku tak mahu dia tahu. Belum masanya lagi. Nufail juga aku telah larang daripada memberitahu Aryan hal ini. Pada mulanya dia menegah. Cuma aku berjaya tipu. Kata aku mahu lakukan sebuah kejutan.

"Abang tunggu hari itu tiba. I know one day this belly will carry the greatest gift. Our child, born from love." Aryan bersuara perlahan. Berkali-kali dia mengusap lembut. Sekali lagi aku tahan air mata daripada tumpah membasahi lengannya.

Anak kita dah wujud, abang.

Dan Arya harap, dia kekal bertahan sampai dia lahir.




AKU menunduk kepala. Mengelak daripada tatapan dingin Alan dan Afsar. Aku minta mereka berdua terbang ke sini dari Boston. Aku sangat perlukan bantuan mereka berdua. Seperti aku agak, mereka berdua lansung tidak membantah. Cuma mereka hampir mengamuk bila merasakan rancangan aku ini agak gila.

Aku cuma minta mereka berdua teman aku jumpa mama. Aku baru dapat kekuatan untuk memaafkan mama. Seperti yang Aryan minta dulu.

Sebab itu mereka kata gila. Padahal, boleh saja aku minta kawan-kawan aku yang lain teman aku ke sana.

Aku tak nak mereka tahu hubungan aku dengan mama sudah lama teruk.

"Nasib baik kau ni adik kita orang, budak kecik. Aku ingat kerja gila apa kau nak buat." Bebel Alan. Aku tayang sengih.

"Sekarang musim culiklah, bang. Arya tak berani nak bawa kawan perempuan Arya." Tipuku pula. Sedangkan aku memang pernah diculik.

"Nasib abang ada alasan terbang ke sini, Arya." Kata Afsar. Aku pandang dengan penuh minat. Alasan apa? Dia nak kahwin dengan orang sini ke?

"Kenapa?"

"Kita orang nak buka syarikat dekat sini. Mummy dengan daddy pun nak pindah ke sini. Dah puas duduk Boston." Aku tersenyum cerah. Gembira! Bermakna selepas ini aku tak perlu lagi terbang jauh-jauh semata mahu jumpa mummy dan daddy.

"Mana Ryan?" Senyuman aku mula kendur apabila Alan tanya keberadaan Aryan.

"Kenapa buat muka macam tu? Dia ada pukul kau ke?" Alan mula beri tanggapan buruk. Laju aku menggeleng. Aryan mana pernah pukul aku. Ish! Suka hati saja fitnah Aryan macam itu.

"Abang Alan tak nampak ke kita kat mana sekarang?" Aku mengeluh. Daripada tadi aku tunggu mereka berdua tanya kenapa kami berada di sini. Boleh tahan bengap juga dua ketul jantan ini.

"Haahlah, baru perasan. Kafeteria hospital. Siapa yang sakit? Kau ke Aryan?" Tanya Alan. Belum sempat aku mahu menjawab, dia menambah lagi.

"Tapi kalau kau sihat walafiat kat sini. Entah-entah Aryan kena bantai dengan kau kan? Kau dahlah kasar. Maunya koma budak tu." Aku mencerlungnya tajam. Kenapa mulut Alan ini tak makan saman betul? Keinginan nak cili mulut dia begitu tinggi.

"Aryan accident kelmarin." Beritahu aku. Alan terus kemam bibir. Tahu pula diam.

Namun, diamnya tidak lama.

"Oh my god, adik ipar aku! Sampai hati manusia yang langgar dia. Mari sini aku nak tengok muka musibat yang langgar dia. Boleh aku ganyang sampai mam-"

"Argh, sakit hanat. Kau pahal!"

Bukan aku. Bukan.

"Kau yang apahal? Silap haribulan, satu kafe ni ingat kau tu gengster. Stupid." Ya. Afsar. Dia sedang mencengkam rambut Alan kuat. Mungkin sudah lama bersabar dengan kebodohan adik sendiri. Aku ketap bibir menahan ketawa.

Kalau Afsar dah bertindak, maknanya memang Alan ini perangai macam terencat akal.

Berterima kasih kepada mereka berdua kerana buat aku terhibur seketika.

Their presence soothed my inner child's pain. As the eldest sister.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now