Oktober, 2015.
"THE first stage of cheating is when you starts to contacting them. Serentak, awak mula tanam perasaan tu kepada dia dan bukan saya, Aryan Hameen." Tegasku. Sungguh aku penat dengan semua ini. Kenapa Aryan tidak habis-habis membuat masalah?Mata bertentang mata. Jika matanya terbias dengan tatapan yang... sesal? Lain pula aku menatapnya dengan tatapan marah dan kecewa. Sekejap, Aryan faham ke apa itu erti sesal? Aku berdecit.
"Kadang-kadang Aryan terfikir kalau suatu hari nanti, Arya sudah ada orang lain. Tanpa sebab, Aryan jadi cemburu." luahnya jujur. Aku tolak lidah dalam pipi. Alasan bodoh apa dia tengah bagi ini? Lansung tiada kena mengena.
"What about me? What about me being jealous seeing you have a crush on someone else? Arya tak cemburu?" soalku bertalu-talu.
Tanpa menunggu dia membalas, aku menyambung lagi,
"bagi Aryan, ada kawan perempuan itu remeh. Tapi cuba Aryan ingat balik, Aryan cemburu bila Arya rapat dengan kawan lelaki Arya. Same goes to me. I'm jealous too."
Remeh bukan sebab kami bertengkar?
Nampak bodoh bertengkar hanya disebabkan hal ini. Tetapi, perempuan mana sahaja yang tahan apabila teman lelaki mereka mula menunjukkan rasa minat terhadap perempuan lain?
"Aryan minat perempuan lain semasa Arya masih lagi menjadi teman wanita Aryan. Are you dumb?" Aku melarikan pandangan ke arah lain tatkala melontarkan ayat terakhir. Mengelakkan diri daripada dia ternampak sepasang mataku yang sudah mulai berkaca. Aku benci bercakap kasar dengan dia.
"I... I don't know how to react right now, Arya. I don't know if I really want you to go," lirihnya perlahan.
Aku campak kotak pensel ke tepi. Lansung di hadapannya. Cukup menandakan kesabaranku sudah melepasi had. Jika ikutkan hati, mahu sahaja aku campak kotak pensel yang penuh berisi alat tulis itu ke arahnya. Namun aku tahan. Pandangan junior yang lalu lalang di bangunan kelas ini aku abaikan. Padanlah memandangkan sekarang baru habis waktu prep.
Huh?
"For god sake, Aryan! You need to help yourself first, Aryan! Aryan sendiri tak tahu Aryan nak apa dan sekarang Aryan bertegas yang Aryan susah untuk lepaskan Arya. You ask me... to teach you to not break any hearts. Tapi bila Arya ada untuk ajar Aryan, Aryan lari. Aryan bagi silent treatment. You pushed me away. But still, after all of those shits, I'm staying with you, by your side. Walaupun Aryan tak sedar pun." Aku menghela nafas.
Hubungan ini melelahkan.
"Dimana Arya bila kawan-kawan Arya minta Arya untuk jauhkan diri daripada Aryan? Dekat sini. Aryan masih tak nampak Arya. Entah-entah Aryan rimas kan dengan Arya?" Sinis sekali nadaku. Lebih kepada memerli diri sendiri.
"I'm sorry," aku mengangkat sebelah kening. Bibir naik mengukir senyuman sinis. Dia fikir dengan maaf itu boleh ubah keadaan ke? Ayat maafnya terlalu lapuk pada pendengaranku.
"Sepatutnya Aryan tak patut minta maaf. You should change yourself first. Sorry without any action is a big manipulation." Dia mengetap bibir. Terdiam dengan kata-kataku lagi.
Aku mengeluh pendek.
"Look at me, Aryan. Pandang Arya." Panggilku. Lebih kepada memaksa. Tidak lama kemudian, sepasang mata amber itu merenung tepat ke dalam anak mataku.
"Aryan minat orang lain kan? Arya tak tahu samada perempuan itu Melisa ataupun mana-mana perempuan lain yang Aryan minat. Tapi kalau Aryan betul-betul suka dia, Arya kena undur diri. You deserves someone better, right? Arya nak pertahankan hubungan ini, tapi Arya dah tak nampak tempat Arya di hati Aryan." Aku merenung ke arahnya lagi. Aku mahu mengalah.
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...