GUDANG tersebut dipandang lama. Sekali lagi aku perlu datang ke sini. Aku menoleh ke arah kanan gudang di mana terletaknya bangsal menempatkan kereta yang agak aku kenali itu. Kemudian, aku memandang Nufail. Nufail masih setia berdiri di sebelah aku. Menurut siasatan Firash, hari ini mereka mahu pasarkan organ-organ tersebut ke negara jiran. Jadi, sebelum terlepas. Ada baiknya kami serbu dahulu.
Firash berada di ibu pejabat polis. Bersedia di sana untuk soal siasat sebaik sahaja sindiket ini ditangkap. Anak mataku menjeling polis-polis berseragam unit khas sedang bersembunyi dalam semak samun. Semua ini merupakan sebahagian daripada rancangan.
Dengan perlahan, Nufail menolak pintu gudang tersebut. Serentak, bau hanyir darah menusuk ke rongga hidung. Untung saja Firash tidak ikut ke sini memandangkan dia mabuk darah.
Hampir aku menjerit apabila terdapat susuk tubuh lain di belakang aku. Cepat-cepat mulut aku ditekup. Nufail sudah bersedia mahu menyerang figura tersebut. Bila perasan kesan jahitan di bahagian belakang telapak tangan tersebut. Aku angkat tangan di hadapan Nufail. Isyarat tidak mengapa. Lantas, lelaki itu melepaskan tekupan tersebut.
Aqashah.
"Kenapa kau datang sini!" Soalnya dengan nada berbisik. Tetapi keras.
"Aku nak tangkap dia." Balasku datar. Riak wajah Aqashah tadi tegang mulai kendur. Aku dan Nufail dibawa ke sebuah bilik kosong. Dia mahu elak dari ketua mereka nampak kami berdua. Tangan aku sudah bersiap sedia menekan butang isyarat kecemasan sekiranya apa-apa berlaku.
"Perempuan itu gila, Arya. Kenapa kau degil sangat!" Marah Aqashah semula. Tangan Aqashah naik mahu pegang bahuku namun ditepis Nufail.
"Jangan sentuh dia lah, sial. Kau tak belajar agama ke?" Ujar Nufail keras.
Belum sempat Aqashah mahu membalas, satu suara dari arah belakang menghentikan percakapannya. Serta-merta mulut Aqashah terkunci. Aku dan Nufail sudah sedia maklum akan ketua di sebalik semua ini hanya memandang kosong.
"Well, well, well..." Sinis sekali nada suara itu. Dia memandang aku dan Aqashah bergilir. Kemudian hujung bibirnya terjungkit, menarik senyuman sinis. Juga tajam.
"Kau nak sangat abang, kan? Inilah dia, abang kau." Riak wajah aku tadinya dingin mula berubah. Tidak faham apa yang disampaikannya.
"Tak faham lagi? Aqashah Umar ini, abang kau. Lain ayah!" Aku tercengang. Nufail turut juga sama. Kecuali Aqashah masih diam membisu.
"Apa mama merepek ni!" Ya, ketua yang mereka sebutkan selama ini. Adalah ibu kandung aku sendiri. Realiti ini kejam, bukan? Kebenaran itu sungguh perit.
"Sebelum aku berkahwin dengan bapak kau, aku pernah berkahwin dengan bapak dia. Kau fahamkan sekarang ni?" Kepala usah dikata. Berpusing. Kenapa aku tak pernah tahu tentang ini? Aku sangka...
Padanlah Aqashah tidak segan silu menyentuh aku. Aku fikir dia sejenis main langgar hukum syarak. Tapi aku silap. Dia sudah tahu terlebih dahulu.
Aku lahir pada bulan Disember. Ayah dan mama berkahwin pada bulan Januari dalam tahun yang sama. Aku cuba mengingat kembali butir peribadi Aqashah dalam laporan jenayah lampau.
Dan dia lahir pada bulan Januari setahun sebelum ayah dan mama berkahwin. Aku ketap rahang sekuat mungkin. Kenapa ayah begitu baik sehingga boleh berkahwin dengan perempuan sebegini? Kenapa... ayah?
Laporan jenayah lampau Aqashah. Sekadar mahu kaburi masyarakat tempatan. Aqashah tak pernah membunuh. Sebaliknya, perempuan di hadapan kami ini. Aqashah cuma mengikut segala arahan dia. Aku... tak sanggup mahu gelarkan dia mama lagi. Dia bunuh mak dan ayah Aryan. Dia bunuh ayah.
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...