12

3.4K 124 0
                                    

November, 2015.
TUBUH aku sandarkan pada balkoni hotel. Menunggu kehadiran Aryan. Seminggu kami tidak bertegur sapa. Semuanya disebabkan Aryan sendiri. Soalan aku tempoh hari mudah saja, kenapa dia tipu aku? Namun soalan tidak dijawab, hasilnya dia jauhkan diri daripada aku.

Mata diliarkan ke segenap ruang kawasan ini. Prom night. Sudah tentu semua pelajar tingkatan 5 anggun dan kacak bergaya mengenakan busana masing-masing. Tidak mahu kalah. Jika bernasib baik, pasti dinobatkan sebagai King and Queen of the Night.

Tidak lama kemudian, telinga menangkap derap langkah menghampiri aku. Aku memusingkan tubuh apabila wangian Aryan menusuk hidung. Tahu yang dia sudah sampai. Dia sendiri mesej aku untuk berjumpa di sini petang tadi. Aku hanya mengikut. Alang-alang mahu 'selesaikan' masalah tidak berpenghujung ini.

Dia mengenakan tuksedo berwarna biru gelap. Sedondon dengan busana aku. Manakan tidak sedondon jika kami sudah rancang untuk mengenakan warna yang sama dua minggu lepas. Cuma kami hanya merancang. Tidak jangka dengan perubahan keadaan ini yang berlaku secara mendadak.

"Sorry lambat," aku angguk. Tanda faham. Jari runcingku dimainkan sesama sendiri. Tidak tahu mahu mula dari mana. Anak mata mencuri pandang wajah Aryan.

"Arya-"

"Aryan-" aku mengetap bibir. Memberi ruang untuk dia bercakap.

"I can't," ujarnya ringkas. Kepalanya ditundukkan. Tidak mahu sepasang mata amber itu bertembung dengan iris milikku. Aku diam. Sengaja.

Kedua kami diam. Aku menghela nafas.

"Kenapa Aryan cari perempuan lain?" Aku kembali menghadap balkoni.

"Aryan tahu Arya selalu ada untuk Aryan. Sebab itu Aryan berani curang dengan Arya, kan? Tapi Aryan tipu Arya, kata Aryan sudah tawar hati. Padahal Aryan ada perempuan lain. Perempuan yang Aryan kata sekadar kawan. Arya tahu Aryan jumpa dia masa camping hari itu." Ujarku panjang lebar. Lansung tidak memandang Aryan. Takut aku menangis lagi.

"Aryan.. minta maaf," aku mengukirkan senyuman sinis dalam diam. Aryan minta maaf, aku maafkan. Minta maaf, ulang lagi kesilapan sama. Dia ingat aku ini patung ke?

"You deserves someone better, Arya." Aku menggeleng. Menafikannya.

"Then be better, Aryan Hameen." Balasku semula.

Kini aku melangkah. Mara kehadapan Aryan. Jarak antara kami hanya tinggal selangkah. Aryan bersandar di balkoni. Dan aku berdiri di hadapannya. Mata bertentang mata.

"Do you love me?" Tanya aku. Nada suara kedengaran sungguh... pathetic. Aku cuba sedapkan hati. Buat kali ini sahaja, Arya. Tolonglah jangan nampak menyedihkan lagi. Jantung berdegup kencang. Tidak pernah sedekat ini dengannya. Dalam hati kuat berharap agar Aryan mengangguk. Mengaku bahawa dia masih sayangkan aku.

Aryan mengangguk. Aku menarik nafas lega. Aku hanya mahukan jawapan itu.

Mungkin aku bodoh menerima Aryan sekali lagi. Tapi aku hauskan kasih sayang dia. Cukuplah ibu bapa sendiri sudah abaikan aku. Cukuplah aku disisihkan di sekolah ini. Aku tidak mahu kehilangan satu-satunya orang yang memahami aku. Aku penat, bukan secara fizikal tetapi mental.

Aku mengukirkan senyuman buat Aryan. Tangan pula naik menarik hujung lengan bajunya. Aryan tergamam. Mungkin tidak sangka emosi aku berubah serta merta hanya disebabkan jawapan ringkasnya. Aku dongak memandang Aryan,

"jom ambil gambar dekat photobooth?"

Aryan tersenyum. Kakinya melangkah mengikuti. Dalam diam aku tersenyum bahagia. Lega apabila dapat Aryan semula.





[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now