63

3K 121 3
                                    

DUA bulan berlalu. Dan aku masih menyembunyikan kandungan daripada pengetahuan Aryan. Semuanya gara-gara tidak mahu rancangan diganggu Aryan. Aku tahu dia akan membataskan segala pergerakan aku jika dia tahu aku sedang mengandung. Syukurlah aku berjaya mengelat daripada latihan pertahankan diri di gimnasium. Sebagai denda, aku terpaksa teman dia setiap kali dia work-out.

Perut yang mula membukit aku sorokkan disebalik baju bersaiz baggy. Lagipun aku tidak bercadang untuk laksanakan rancangan tersebut setelah kandungan mencecah 5 bulan ke atas.

Aku mengiring hadap Aryan. Ternyata dia masih belum lelapkan mata. Gigi taringnya serta-merta kelihatan tatkala dia senyum menatapku. Aku turut sama tersenyum.

"Kenapa abang tak tidur lagi?" Lengannya naik merangkul pinggang. Merapatkan lagi jarak kami berdua.

"Kenapa caramor abang tak tidur lagi?" Seolah memulangkan paku buah keras. Aryan mengajukan soalan tersebut kepada aku semula. Aku berdecit. Aryan sudah terkekeh ketawa perlahan.

"Abang, apa abang buat kalau Arya pergi jauh dari abang?" Aryan tampak seolah tak suka dengan soalan aku sekarang. Raut wajahnya bertukar kelat.

"Arya cuma tanya. Sebab Arya nak tahu," ujarku lagi. Kerutan dahi Aryan perlahan memudar. Berganti dengan renungan penuh kasih. Ibu mendidik Aryan dengan penuh kasih sayang. Buktinya, peribadi Aryan sangat tenang. Dalam diam aku berharap agar aku juga dapat mendidik anak kami sama seperti ibu.

"Abang akan tunggu sayang pulang ke pangkuan abang setiap hari. Sembilan tahun pun abang sanggup tunggu, apatah lagi berhari, berbulan ataupun bertahun. Setiap pagi abang akan tatap langit. So that, every sunrise reminds me that I'll wait for you to come back. Tempat isteri abang," Aryan menarik tanganku sebelum dilekapkan ke tempat di mana hatinya terletak.

"Dekat sini."

"Macam mana pula kalau Arya pergi tanpa kembali?" Uji aku lagi.

"Abang akan iringi pemergian sayang dengan doa abang sentiasa. Abang sedar, abang hanyalah hamba. Abang tak dapat tolak takdir tuhan kalau tertulis, isteri abang pergi dulu sebelum abang. Cuma abang harap, ajal abang juga tidak lama sehingga berpuluh tahunnya abang hidup tanpa sayang. Abang tak mahu meratap. Semua itu akan menyeksa isteri abang. Tapi abang nak sayang tahu, abang takkan gantikan sayang dengan orang lain." Aku tersentuh. Jawapan Aryan terlalu sempurna.

"Kenapa? Abang sepatutnya kena usaha cari perempuan lain untuk jaga makan pakai abang. Arya taknak abang sunyi." Balasku pula.

"Sebab Aryan Hameen milik Nurdarya." Ringkas tapi penuh makna.

"Kalau Arya tak ada dekat sini, abang tengokkan Firash boleh?" Aryan seorang sahaja harapan aku. Kadang-kadang, aku kasihankan Firash. Dia hidup sendiri sejak ayah meninggal. Aku pula tidak dapat menjaga dia sepenuhnya kerana kekangan waktu sebagai seorang pelajar. Dan sekarang, dia melanjutkan pelajaran tanpa sokongan daripada orang lain melainkan aku.

Sikapnya mulai matang sejak ayah meninggal.

"Sayang nak tinggalkan abang ke?"

"Arya tak pernah teringin nak tinggalkan abang. Andai kata satu hari nanti Arya terpaksa pergi jauh untuk kebaikan semua, abang izinkan Arya, ya? Arya tak mahu setiap langkah Arya dilaknat sebab tinggalkan abang tanpa izin dari abang." Aku mengusap rahang terbentuk tajam itu perlahan.

Aryan diam berfikir sejenak sebelum menjawab soalan itu.

"Abang izinkan."

"Abang taknak jujur dengan Arya? Kenapa mama kata abang beli Arya." Kali ini, isu itu pula aku bangkitkan.

"Sebenarnya, abang pernah jumpa dengan ayah. Abang kan ambil asasi selama setahun dekat Malaysia. Jadi abang sempat jumpa arwah ayah. Kebetulan dia instructor abang dekat uni." Aryan tersenyum tawar. Manakala aku pula setia mendengar. Tidak sangka dia pernah berjumpa ayah.

"Abang jumpa ayah sebab abang nak minta maaf dengan ayah secara berdepan. Abang sakitkan hati anak perempuan dia. Sayang tahu tak abang dapat apa?" Tanya Aryan pula.

"Abang dapat apa?"

"Ayah lempang abang. Sebab hancurkan hati sayang." Aku ketap bibir. Padahal, Aryan lansung tak salah. Memang patut pun aku rasa semua itu.

"Abang tak kisah. Abang hadap ajelah. Kata anak jantan. Kemudian, ayah ajak abang lepak mamak. Minum-minum, makan roti canai." Aryan pejam mata seketika. Seolah menggamit semula memori lama.

"Ayah minta maaf. Bersungguh ayah minta maaf. Sedangkan abang berhak terima semua tu. Lepastu, abang dapat tahu dia ingeneur. Abang bagitahu dia, abang juga ambil jurusan kejuruteraan. And guess what? Ada masa ayah beri tunjuk ajar kepada abang." Kali ini aku turut sama tersenyum. Terbayang ketegasan ayah ketika mengajar Aryan.

"Minggu terakhir abang di Malaysia, abang jumpa dengan ayah lagi. Abang cakap dekat dia, kalau suatu hari abang berjodoh dengan sayang. Izinkan abang kahwin dengan sayang. Pada mulanya dia ragu-ragu. Tapi lambat-lambat ayah bagi alamat rumah. Dia amanahkan abang untuk jaga sayang bila dia tak ada nanti." Aryan mendekat sebelum dahiku dicium.

"Allah lebih sayangkan ayah. Abang... terkejut bila Pael kata ayah dah tak ada. Abang tak tahu nak rasa apa. Apatah lagi sayang, sebagai anak dia. Abang rapat dengan dia sekejap aje, sayang. Tapi rasa kehilangan itu besar. Tambah lagi bila dia wali sah orang yang abang sayang."

Aku lari jauh mana pun dari Aryan, awal-awal lagi ayah sudah aturkan dahulu. Ayah percayakan Aryan. Aku akuinya. Ayah tak pernah baik dengan mana-mana lelaki seusia aku.

"Lapan tahun kemudian, abang rasa abang perlu kahwini sayang. Abang kuatkan hati, bawa ibu berjumpa dengan mama. Untuk merisik. Dan mama... ajak abang bincang secara berdua." Aryan mula telan liur. Aku tahu, bermula dari sinilah kebenaran itu begitu pahit.

"Dia letakkan syarat. 50 ribu untuk dia. Bukan untuk wang hantaran mahupun mas kahwin. Tetapi untuk dia." Hampir sesak dada apabila mendengar pengakuan Aryan.

"Banyaknya duit abang berhabis," lirihku. Sungguh, jumlah itu terlalu melampau. Sangat besar.

"Abang rela berhabis duit. Asalkan abang dapat isteri abang yang cantik ni. Tapi abang tak pernah anggap abang beli sayang. Abang ikhlas. Abang anggap itu bayaran abang sebab tinggalkan sayang lama." Sekali lagi. Dia anggap dirinya layak menerima semua perkara tersebut.

Dilempang. Dipaksa bayar wang dalam jumlah tinggi. Bukankah itu terlalu melampau kerana sekadar mahu halalkan aku?

"Abang," panggil aku lagi.

"Be selfish. Arya merayu sangat. Tolong pentingkan diri abang. Abang dah banyak terseksa. Arya sedih tengok abang terseksa dengan Arya selama ini, abang."

Sekali sahaja, abang. Arya merayu.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now