8

566 25 0
                                    

AKU memeluk tubuh apabila rasa sejuk mencengkam tubuh. Selimut ditarik menyelubungi diri. Bukan tak biasa dengan suhu rendah. Cuma tiba-tiba rasa tidak sihat. Sesekali hingus dihembus ke tisu. Tanda-tanda awal nak demam. Tekak juga mula terasa kering. Dan paling teruk sekali, kepala juga mula terasa berat.

Aku bangun dari pembaringan. Biarpun pergerakan aku sekarang ini boleh dikatakan agak perlahan, aku kena bangun. Cari ubat-ubatan di dapur. Pada masa yang sama aku memaki diri sendiri. Akibat cerdik sangat letak ubat-ubatan di dapur. Tengoklah sekarang. Dah menyusahkan diri sendiri.

Aku mendengus setelah membuka kotak ubat-ubatan. Dua kali cerdik, Arya. Jarang sangat check kotak ini. Akhir sekali, makan diri. Paracetamol tiada. Ubat batuk tiada. Ubat selsema pun tiada. Ya Allah, kenapa masa-masa macam ini ubat semua habis! Mata mula berair. Sakit-sakit macam ini mulalah nak beremosi.

Aku berjalan balik bilik. Kembali ke katil, menyelubungi diri. Kepala juga terasa semakin berat. Ligat otak berfikir. Mahu meminta tolong siapa. Hari Isnin macam ini biasanya semua orang sibuk. Aku tak pergi kerja pun gara-gara sakit kepala lepas solat subuh tadi.

Telefon berdering meminta diangkat. Tanpa melihat nama si pemanggil aku menjawab panggilan tersebut. Rasanya banyak kali dah telefon ini berdering sejak pagi tadi. Cuma aku tidak larat mahu jawab.

"Arya?" Entah aku dengar atau tidak suara itu memandangkan pandangan aku semakin kelam. Bukan sekarang, please.

"Si..siapa ni?" Lemah sahaja aku menjawab. Sumpah aku betul-betul dah tak larat. Rasa nak mati.

"It's me, Am. Arya okay?" Aku menjauhkan telefon dari telinga. Mahu melihat nama si pemanggil. Oh, betul dah. Kemudian aku meletakkan telefon di telinga kembali.

"Tak sihat uhuk saya demam. Awak boleh uhuk tolong saya belikan ubat tak?" Tanpa rasa malu, aku meminta tolong dia membelikan ubat. Sesekali hingus disedut. Ketika aku meminta tolong pun berselang-seli dengan bunyi batuk yang tidak dibuat-buat.

PRANG!

Jelas kedengaran bunyi kaca pecah. Mungkin kedengaran di hujung talian sama. Aku memegang kepala. Rumah aku kena pecah masuk ke? Tak ada masa lain ke. Aku sakit kepala tahu tak. Si penyangak pun, cuba pecah masuk rumah orang lain.

"Arya! Bunyi apa tu!"

"Tolong.. saya uhuk rasa rumah saya uhuk kena pecah masuk.. " Aku bercakap dalam nada perlahan. Lebih kepada berbisik. Kaki digagahkan bangun. Telefon pula aku sorokkan di belakang badan.

Aku berdiri di belakang pintu. Memandangkan pintu bilik aku tidak rapat, aku dapat menangkap bayangan lelaki lengkap berpakaian serba hitam. Aku panik. Di sekeliling aku lansung tiada apa-apa yang boleh dibuat sebagai alat pertahanan diri. Akibat panik melampau, lengan aku terlanggar pintu. Serentak menarik perhatian lelaki tersebut.

Aku memejamkan mata. Dahi sudah menitikkan peluh. Dalam hati terus menerus berdoa agar dia tidak dengar. Namun aku silap. Deria pendengarannya lebih tajam. Dengan pantas dia menuju ke arah bilik aku. Apabila dia masuk ke dalam bilik, tanpa ragu aku menendang tubuhnya dari belakang. Lantas, tubuhnya terdorong ke hadapan.

Tidak tunggu lama, laju kaki aku melangkah. Cuba melarikan diri. Tetapi langkahnya lebih laju mengejar langkah aku. Rambut aku ditarik dari belakang. Tidak cukup dengan itu, leher aku dicekik dengan lengan kanannya apabila dia sempat tarik tubuh aku. Ya Allah, Kau ampunilah dosa aku kalini Ya Allah. Aku tak sempat nak capai tudung!

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now