57

2.7K 111 0
                                    

NUFAIL. Wajah pertama menjengah pandangan apabila aku sedar. Tangan terasa dicucuk. Aku angkat tangan, ada IV drip. Sah aku pengsan dekat tepi jalan tadi. Tadi? Aku toleh ke arah tingkap. Hari sudah siang. Aku cuba bangun.

"Kau okay tak, Arya?" Risau, aku nampak wajahnya terpapar riak risau.

"Mana Aryan?" Aku tak jawab soalan dia. Malah aku tanya di mana keberadaan Aryan. Kecewa bila dia tiada di sini. Nufail diam. Halkumnya naik turun menelan liur. Seolah tak mampu menjawab soalan tersebut.

"Mana suami aku, Arden Nufail?" Nada suaraku berubah dingin.

"Yan... dia-" Lambat-lambat dia menjawab sebelum aku memotong percakapannya.

"Dia apa!" Suara aku sudah naik seoktaf. Tolong, aku tak mahu dengar apa-apa berita buruk berkaitan Aryan. Aku belum bersedia lagi kehilangan dia.

"Hari kau hilang, dia kemalangan masa cari kau." Bibir terkatup rapat. Tidak menjangka ayat itu bakal terletus di bibir Nufail. Nufail menghela nafas.

"Tak... tak. Mana dia? Mana Aryan, Pael. Aku nak dia!" Aku meraung. Air mata mula tumpah membasahi pipi. Jangan. Aku minta, tolong jangan sekarang.

"Kau tak boleh stres, Arya. Kandungan kau-"

"Kandungan?" Makin laju air mata berderai. Kenapa masa ini juga anak ini muncul? Aku tak menolak kehadiran dia. Cuma aku takut apa-apa terjadi dekat kandunganku kelak nanti.

"Kau tolong bertenang, Arya. Aku mohon. Bertenang. Aku taknak Yan salahkan aku kalau apa-apa jadi dekat bakal anak kau orang. Yan dekat wad sebelah. Dia baru stabil. Tapi dia belum sedarkan diri lagi." Pujuk Nufail. Dia sudah buntu mahu kata apa lagi.

"Aku nak jumpa dia." Aku cuba turun dari katil. Nufail pula menahan. Aku sudah pandang dia tajam.

"Bagi aku ambil wheelchair dulu. Kau tunggu  sini kalau nak jumpa dia," pesannya. Aku ketap bibir.

Tidak sampai lima minit, Nufail sudah kembali ke wad ini bersama kerusi roda. Aku duduk. Membiarkan Nufail menolak kerusi roda menuju ke wad menempatkan Aryan.

Masuk sahaja ke wad. Sedaya upaya aku tahan air mata daripada tumpah. Aku ditolak mendekati katil. Mulut ditekup apabila kepalanya berbalut, wajahnya calar-balar. Tubuhnya berbirat dengan segala wayar.

"Kemalangan dia dirancang, Arya. Nasib aku dan Firash sampai awal. Kalau tak, kita dah tak jumpa dia harini, Arya..." terangnya perlahan.

"Kereta dia, hampir terbakar ke?" Tanya aku pelan. Tangan naik memegang tangan Aryan.

"Tak, dia hampir diculik." Berderau darah aku apabila dengar jawapan Nufail. Bibir diketap rapat. Tak cukup dengan culik aku, dia nak culik Aryan pula? Sumpah melampau.

"Aku minta maaf sebab lambat dapatkan kau." Ucap Nufail lagi. Aku menggeleng tidak mengapa.

"Sekurang-kurangnya kau sempat selamatkan Aryan. Aku dah bersyukur." Tak terbayang perasaan aku kalau mereka sempat selamatkan aku, tetapi tidak dengan Aryan.

"Firash bagitahu, wayar brek kereta Aryan dipotong." Aku pejam mata erat. Sungguh. Kesabaran aku menipis. Aryan tak ada kena mengena lansung. Kenapa dia turut menjadi mangsa?

"Doktor anggarkan bila Aryan akan sedar?" Tanya aku pula.

"Harini, paling lewat... malam."

"Aku nak minta tolong kau boleh?" Aku pandang Nufail. Penuh berharap. Wajah Nufail mula tegang.

"Kau nak buat kerja bodoh apa ni, Arya?"

"Jaga dia sampai dia sedar aje, Pael. Aku ada hal. Jangan risau, esok-esok nanti aku jaga Aryan. Harini aje." Aku merayu. Aku mahu selesaikan sedikit masalah di pejabat. Kemudian aku akan fokus dengan Aryan. Buat seketika.

Ya, seketika.

"Bahaya Arya. Kau sedar tak situasi sekarang ni teruk?" Larang Nufail.

"Aku minta Firash teman." Putusku.




NAYLA tersenyum senang ketika nampak kelibat aku menyapa pandangannya. Aku turut membalas senyum. Dia balik Malaysia pada waktu yang tepat. Nayla baru pulang ke tanah air memandangkan dia baru menamatkan master. Belum sempat aku hulurkan tangan, dia sudah peluk tubuh aku dulu.

"Pipi kau makin tembam, Ary!" Komennya ringkas. Aku mencebik. Dalam banyak-banyak benda. Dia tegur pipi dulu!

"Diamlah kau. Dahlah tak datang majlis aku." Rajukku. Nayla dijeling manja.

"Sorrylah, Ary. Kau pun tahu aku sibuk macam mana. Aku bukan tak nak datang," lirihnya perlahan. Aku berdehem. Lansung tidak ambil hati. Sengaja aku bergurau dengannya.

"Kau dah balik ni, boleh tolong aku?" Aku pasang wajah serius. Dia seorang sahaja boleh tolong aku sekarang.

"Macam serius aje. Tapi kalau aku mampu, insyaallah boleh." Balasnya yakin. Serentak aku keluarkan fail dari dalam beg.

"Kau mampu, Nay. Aku nak minta tolong jagakan company aku buat sementara. Kau seorang saja mampu uruskan company aku. Sara tak nak. Tapi dia akan assist kau nanti. Kau boleh tolong aku tak, Nay?" Air muka Nayla berubah keruh.

"Kau nak pergi mana, Ary?"

"Aku ada hal. Ada masalah perlu diselesaikan. Aku takut nak tinggal company tanpa ada orang jaga. Kebetulan kau balik, kau boleh practice dulu kan sebelum buka company sendiri? Aku kalau boleh tak nak susahkan-" belum sempat aku habiskan ayat. Nayla sudah pintas dahulu.

"Tak ada istilah susahkan aku kalau itu kawan aku, Ary. Aku boleh tolong. Tapi kenapa dengan kau?" Soalnya risau.

"Complicated Nay... kalau aku ceritakan sekarang. Aku janji lepas habis semua ni aku cerita dekat kau. Pasal gaji, jangan risau. Nanti aku settlekan." Ucapku yakin.

"Kenapa kau yakin dengan aku sangat, Ary?" Nayla mengeluh. Takut bila aku terlalu percayakan orang.

"Sebab kita dah kenal masing-masing. Kepercayaan yang aku letak dekat kawan-kawan aku mahal, Nay. Susah aku nak percayakan orang. Bila aku yakin dengan kau orang, maknanya memang kau orang boleh dipercayai."

"Tapi-"

"Shh... baby aku tak nak dengar tapi dari aunty Nayla dia. Kau buat aje, okay?" Nayla membulatkan mata. Terkejut bila dengar aku sebut pasal bayi. Aku tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya, dia boleh fikir aku buat semua ini untuk fokus dengan kandungan aku dulu. Aku belum bersedia mahu ceritakan kepada dia.

"Baby... Weh! Tak sabarnya nak tengok anak kau! Mesti cantik macam mummy dia!" Aku menghela nafas lega. Baguslah, dia dah berhenti risau pasal tadi.

Aku mahu tamatkan semua ini.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now