38

2.7K 118 5
                                    

USAI makan malam. Aku bergegas ke dapur semata mahu tolong ibu cuci pinggan mangkuk. Atau sebenarnya, aku mahu mengelak daripada saudara-mara Aryan. Tidak betah berlama di situ. Hati aku gusar. Buntu bagaimana mahu pikat hati nenek Aryan. Aku takut jika neneknya tak terima aku sebagai cucu menantu.

Sedang elok aku cuci pinggan, ada tangan merangkul pinggangku. Pada mulanya aku mahu panik, namun tika wangian Aryan menusuk ke rongga hidung aku kembali tenang semula.

"Dari tadi abang tengok sayang termenung. Are you okay, caramor?" Tanya Aryan lembut. Sambil memeluk aku dari belakang, tangannya juga turut mencuci pinggan. Membantu tanpa diminta.

"Arya okay, abang." Tipu aku sekali lagi. Tak mahu dia risau.

"Abang dah pesan kan kalau sayang ada apa-apa nak luah, bagitau aje abang. Hm?" Aku toleh sedikit memandang Aryan. Senyuman nipis aku berikan kepadanya tanda tidak mengapa.

Cup!

Pipi dicium Aryan.

"Kita kat dapurlah abang," ujarku perlahan. Risau orang nampak.

"Dah halal kan. Bukannya buat benda haram." Balasnya selamba. Aku menghela nafas. Bercakap dengan dia semua benda nak menang. Mana nak bagi peluang aku menang tiap kali berdebat denganku.

"Caramor..."

"Hm?"

"Mandi sekali jom?" Aryan masih tak mahu mengalah pasal tadi.

"Apa orang kata pulak nanti."

"Ibu kata tadi orang dalam rumah ni ramai. Nak mandi kena cepat. Sayang mandi lama tau tak? Kita mandi sekali boleh share masa kita dua." Aku kerut dahi. Boleh eh macam tu? Main kongsi-kongsi masa.

Oh, lupa mahu beritahu. Ibu mempunyai dua orang kakak dan seorang adik. Semuanya perempuan. Masing-masing sudah berkahwin. Dan disebabkan rumah ibu boleh dikatakan paling luas untuk berkumpul ramai-ramai. Semua akan bermalam di sini. Cuma, ibu meletakkan syarat biar perempuan sahaja boleh tidur di sini. Kecuali abah dan Aryan.

Katanya, takut aku tak selesa dengan sepupu-sepupu lelaki Aryan. Manakala suami ibu saudara Aryan pula dengan rela hati tidur di homestay bersama anak mereka. Sebenarnya, mereka mahu lepak bersama hingga tengah malam. Tonton perlawanan bola sepak.

"Berlapik eh? Kalau tak Arya halau abang keluar." Aku beri amaran awal. Betul-betul tak teragak-agak untuk halau dia keluar kalau dia buat bukan-bukan. Lagi rela mandi sekejap daripada dinodai!

"Ya caramor. Abang janji-"

"Budak berdua ni bukan main eh dekat dapur!" Suara maksu menghentikan kata-kata Aryan. Aku berdehem. Manakala Aryan pula masih selamba tidak lepaskan pelukan.

Berdasarkan pemerhatian aku, maksu sahaja tiada masalah denganku. Begitu baik dia melayani aku sejak dia sampai sebelum makan malam tadi. Dia duduk Johor, sebab itu dia sampai lewat.

"Maksu jealous kan sebenarnya? Eleh, maksu," usik Aryan sambil goyangkan tubuh kami berdua. Aku sudah pasrah. Aku tolak-tolak tangan dia tadi pun dia masih mengeratkan pelukan. Dah macam beruang.

"Tak kuasa maksu nak cemburu dengan kau berdua. Dah tua dah pun." Maksu berkata seraya mendekati kami berdua.

"Dah lah Arya, biar maksu sambung cuci. Pergi layan beruang kutub awak ni," maksu menegahku dari terus mencuci pinggan.

"Tak apa maksu, biar Arya buat." Ujarku sopan. Bila orang hormat kita, kita pun tak teragak-agak nak hormat orang.

"Baik sangat isteri awak ni, Ary. Buatnya kena pijak dengan makcik-makcik awak tu macam mana. Bukan taktau mulut dia orang." Aku tersenyum kelat. Syukur apabila ada yang memahami.

"Sebabtu Ary ada dengan isteri Ary ni maksu."

"Eh mana si Safina dengan Shifa? Bukan main bersantai dekat depan. Tolongnya tak!" Bebel maksu. Geram apabila anak-anak buahnya seperti tak mahu menolong lansung.

"Safina! Shifa! Kau orang datang sini tolong kat dapur cepat! Anak dara apa ni berlenggang dekat depan." Laung maksu dari dapur. Serentak mereka berdua terkocoh-kocoh masuk dapur.

"Ya maksu?"

"Buat malu aje dengan tetamu. Tuan rumah bukan main pemalas! Sudah Arya, awak pergi layan suami awak ni. Biar maksu ajar budak berdua ni jadi perempuan." Lantas Aryan pegang tanganku lalu disua ke paip. Mencuci tangan dipenuhi sabun. Aku yakin si Safina sekarang tengah berasap tengok keadaan kami berdua. Dalam hari aku bersorak senang. Kau ada?

Aku keluar dapur sambil ditarik Aryan. Dah macam lembu dicucuk hidung!

Aryan kemudiannya masuk ke dalam biliknya sekejap. Meminta aku tunggu dipintu bilik sebelum dia keluar semula bersama dua helai tuala. Tidak lupa bersama sehelai kain batik.

Tandas terletak di belakang rumah. Atau lebih tepat sekali, luar rumah. Nak tak nak kalau rasa mahu terkencing tengah malam memang aku akan kejut Aryan.

Setelah yakin sepupu-sepupu lelakinya sudah tiada, Arya hanya membiarkan kepalaku tidak bertutup. Dia intai ke dapur, persis seorang pencuri. Apabila tiada orang cepat-cepat dia tarik aku keluar rumah ikut pintu dapur.

"Abang ni dah macam nak merompak." Komen aku ringkas.

"Nanti sayang pulak malu." Pintu tandas dikunci kemas. Aryan mengangkat kening berulang kali.

"Abang pusing belakang! Kalau tak Arya keluar." Wajahnya tadi nakal mulai kendur. Aryan pusing tubuh membelakangi aku. Lekas-lekas aku tukar pakaian.

"Dah."

Aryan celup tangannya ke dalam kolah sebelum tarik semula. Aku agak dah. Mesti sejuk! Kemudian dia ambil gayung lalu cedok air tersebut. Aku direnung lama sebelum,

BUSH!

Basah disiram. Serentak, aku menggigil apabila rasa sejuk mencengkam tulang.

"Aryan Hameen!" Jeritan aku diselangi tawa Aryan. Terbahak-bahak dia gelak. Sampai muka pun naik merah!

Kalau dia kata tadi semua ni untuk jimatkan masa. Silap sama sekali. Sesi membersihkan diri bertukar jadi sesi bermain air. Persis kanak-kanak kecil terlepas masuk tandas tanpa pengetahuan sang ibu.

Riuh tandas ini bergema dengan suara kami berdua.

"Bagi sabun tu lah, abang!"

"Taknak!"

"Abang! Nak guna gayung jugak!"

"Tak boleh."

Siap sahaja mandi, aku jeling Aryan tajam. Rasa macam baru habis perang. Aku lari keluar tandas. Tinggalkan Aryan memandangkan kawasan luar rumah sudah gelap-gelita. Aryan tidak kalah mengejar langkahku sehingga kami berdua berdiri kaku sebaik sahaja masuk dapur.

Aku telan liur. Manakala Aryan pula tersengih tidak bersalah.

"Nak hairan tapi kau orang berdua ni dari tadi lagi maksu tangkap bukan main dekat dapur pun," ujar maksu sambil geleng kepala.

"Ibu ingat anak menantu ibu ni budak tadika. Riuh betul." Ibu pula bersuara.

"Membazir bil air kau Ijah kalau asyik membazir macam ni," itu dia. Penghancur suasana. Ibu geleng kepala sambil memandang makngah.

"Biarlah budak-budak muda berseronok cara dia orang. Macam kau tak pernah muda, Kak Minah." Lawan maksu pula.

Safina dan Shifa sudah jeling aku. Tak tahu apa mereka tak puas hati sangat denganku.

Ya, semua berkumpul di dapur. Bila tengok ada periuk atas dapur gas. Aku agak mereka sedang memasak pengat labu memandangkan ibu baru beli labu petang tadi.

"Er, Ary masuk bilik dulu lah ya dengan isteri Ary. Selamat malam ibu," Aryan segera tarik tanganku keluar dapur.

Aku tersenyum tawar. Aryan tidak pernah gagal mahu lindungi aku.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now