34

3K 114 0
                                    

PUAS bermanja dengan mummy. Akhirnya aku dihalau tidur di hotel. Sebenarnya, boleh saja kami menginap di rumah mummy dan daddy. Cuma mummy kata tak elok memandangkan aku tiada pertalian darah dengan Alan dan Afsar. Apatah lagi bila sudah bersuami. Takut Aryan tak selesa pula tidur di rumah orang.

Tidak hirau Aryan sudah rebahkan diri atas katil. Aku turut sama menghempas tubuh. Tepat di atasnya. Membiarkan diri membebani Aryan.

"Ark!" Aryan tersentak. Terkejut apabila tubuh tiba-tiba menerima beban secara mengejut. Aku pejam mata. Jetlag pun belum hilang lagi.

Aryan tidak menolak. Malah tangan naik menahan tubuhku dari jatuh. Sebab kami berdua betul-betul berada di birai katil. Salah pusing, selamat tubuh cium lantai. Degupan jantung Aryan jelas di tepi telinga. Lajunya! Macam baru lepas berlari.

"Jantung abang berlari," ujarku selamba.

"Mana ada jantung berlari, caramor." Balas Aryan pula. Tanpa amaran, tangan menekan tubuh Aryan untuk mengiring. Suara-suara mengerang sakit terletus dibibir Aryan aku abaikan. Aku rapatkan telinga ke jantung Aryan.

Dup! Dap! Dup! Dap!

"Ni! Dia berlari." Kata aku lagi. Aryan menghela nafas.

"Itu nama dia berdegup laju, caramor." Dengan sabar. Aryan menerangkan. Persis seorang ayah sedang mengajar anaknya baru masuk tadika.

"Sama lah tu. Arya anggap dia berlari," bidasku pula.

"Cuba sayang terangkan. Apa lagi sayang guna untuk perkataan laju tu?" Aryan hanya melayan. Sesekali tangan naik mengusap rambutku. Aku sudah meniarap. Tangan menongkat dagu sambil kepala didongakkan ke atas. Masih berfikir.

"Otak. Otak Arya kadangkala masa pagi terpaksa berlari kalau ada orang paksa fikir macam-macam." Serentak. Aryan hamburkan tawa. Aku kerutkan dahi. Apa? Dia boleh gelakkan aku? Dia ingat aku main-main ke?

Niat untuk tampar dia aku kuburkan. Buat seketika aku mahu tatap wajahnya sedang galak ketawa. Aku ukir senyuman nipis. Bila tengok muka dia bergelak-sakan. Aku rasa tenang. Dalam diam aku menikmati raut wajah kacak terhidang depan mata.

Jatuh cinta dengan suami sendiri.

Mungkin aku pernah bertekad membenci wajah ini. Tapi, siapa sangka manusia berubah. Aryan jauh berubah lebih baik daripada dulu. Aku percaya. Allah pegang hati kita. Jika Dia berkehendak untuk ubah hati kita, maka jadilah ia. Bermula daripada perasaan menyampah. Bertukar menjadi cinta. Kemudian menjadi benci. Dan kembali kepada cinta. Pelik. Tapi benar.

"The closer I am to you, the more I notice the intricate and stunning qualities that make you so beautiful, my caramor. It's as if your beauty deepens and reveals itself in new ways." Aryan kelihatan terpana. Jarinya turun bergerak menelusuri kulit wajahku.

"I absolutely adore your sweet smile, caramor."

Aku sembam muka ke atas dadanya. Tolong, aku malu. Aryan terlalu sempurna. Love language Aryan cukup semuanya. Daripada acts of service, beri hadiah, quality time, physical touch seperti sekarang dan words of affirmation. Semuanya cukup. Kesilapan dulu mengajar Aryan untuk menjadi lebih baik.

His words never fail to leave a lasting impression on me.

Dan aku cair setiap kali dia manjakan aku dengan ayat manisnya.

Ya Allah, jadikan aku ketua bidadarinya di syurgaMu nanti. Sungguh, aku mahu.




KUNCI kereta aku ambil dari Aryan. Kereta pinjam. Alang-alang daddy sudah tawarkan. Apa salahnya kami terima peluang keemasan tersebut. Aryan angkat kening. Tidak percaya dengan tindakan aku menyusup di celah lengannya sebelum mengambil kunci itu laju.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now