25

3.7K 148 0
                                    

SUDU dicengkam sekuat hati. Geram. Tidak faham sekarang ini siapa yang jaga siapa. Aku mengecilkan mata apabila Aryan dengan senang hati mengunyah makanan di dalam mulutnya. Oh, dan pasti sekali, aku yang suap. Gara-gara dia kudung sementara. Sesekali aku suap nasi tersebut ke dalam mulut sendiri. Sudah tidak larat mahu tukar sudu.

Nasib suami sendiri.

"Awak makan makanan pesakit," beritahu aku. Memberi petunjuk agar dia berhenti makan. Betullah orang kata. Lelaki bila makan nampak kasihan. Macam tidak pernah makan setahun.

"Saya pun pesakit." Balas Aryan pula. Tangannya diangkat dan ditunjukkan dihadapanku. Aku mendengus. Masalahnya, aku pun tengah lapar!

"Pergi la suruh nurse suap." Aku beri pendapat. Alang-alang sedang berada di hospital. Baik dia menggunakan segala peluang yang ada. Aku tidak kuasa mahu melayan karenahnya. Tidak mengalah, Aryan menyuakan mulutnya lagi.

"Nurse busy," selamba sahaja dia menjawab. Aku menjeling apabila nasi didalam pinggan sudah habis licin.

"Doktor tu ada. Mesti dengan rela hati dia nak suapkan." Sambil mengambil gelas di sisi katil. Aku membebel. Lansung tidak perasan akan perubahan wajah Aryan yang bertukar menjadi nakal. Selepas meneguk air kosong. Aku ambil sebuah gelas lagi sebelum dihulurkan kepada dia.

"Kenapa buat muka macam tu?" Dahiku berkerut. Kemudian teringat semula ayat yang aku lontarkan kepadanya tadi.

"Jangan nak perasan sangat. Saya tak kisah pun awak nak try sesiapa. Macam awak kata semalam, kita cuma kawan." Terangku. Perkataan kawan ditekankan. Lebih kepada peringatan buat diri sendiri.

"Kawan sekalipun, saya masih ingat status saya sebagai suami awak, Arya. Setiap perjanjian takhlik itu pun masih segar dalam ingatan saya. Dayuslah saya kalau saya langgar salah satu perjanjian yang saya sudah angkat sumpah itu." Ucapnya tenang. Aku hanya membiarkan.

"Pasal rawatan tu... awak dah fikir masak-masak?" Soalan ditanya dengan penuh berhati-hati. Seolah mengelak daripada menyinggung perasaanku. Padahal, bagi aku soalan itu biasa saja. Apa yang mahu dihairankan dengan rawatan?

"Saya akan buat." Aryan menghembus nafas lega. Lagipun, aku tidak mahu bebankan dia. Mungkin bakal menjadi satu masalah buat dirinya jika aku berdegil tidak mahu.

Aku merenung ke arah telefon yang sudah retak sekali lagi. Haih, baru sahaja aku tukar skrin telefon baru.

Cuma... aku tidak senang apabila melihat telefon ini. Dua kali ia retak disebabkan perkara yang sama. Sedangkan aku sangat menjaga skrin telefonku sejak dulu. Cukup menandakan sudah dua kali aku mengalami situasi buruk tersebut. Aku gosok lengan apabila terasa bulu roma menegak.

"Arya!" Aku tersentak apabila suara Aryan sedikit meninggi. Lantas aku menoleh ke arahnya.

"Banyak kali saya panggil awak," beritahunya. Aryan menghela nafas apabila perasan aku mengelamun jauh. Dia turut memandang ke arah telefonku apabila sedar aku terlalu lama merenung ke arah itu tadi. Tidak lama kemudian, dia bangun dari katil ini. Mahu menjawab panggilan di luar.

Aku bermain dengan jari sendiri. Bosan. Mahu bermain telefon, skrin terlalu retak. Takut pula jika serpihan kaca tersebut bakal melukai diri sendiri.

Pintu dibuka dari luar tanpa diketuk. Tahulah aku gerangan itu merupakan Aryan. Lagipun tiada siapa tahu aku di hospital melainkan Sara memandangkan aku perlu memaklumkan kepada dia yang aku tidak hadir ke pejabat hari ini.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now