67

3.5K 121 0
                                    

MUMMY mengusap kepala aku lembut. Aku berbaring di atas peha mummy. Ini. Inilah perkara aku idamkan selama aku hidup. Dibelai susuk tubuh seorang ibu. Dimanjakan. Bukan dihina dan dicaci. Aku pejamkan mata buat seketika. Berada dalam belaian mummy, terasa tenang.

Mummy tahu. Aku yakin mummy tahu. Pastilah Alan dan Afsar sudah ceritakan semuanya kepada mummy. Mereka saksi saat aku dihina ibu kandung sendiri.

"Anak mummy kuat. Mummy tahu." Perlahan, air mata aku menitis. Sebak apabila dengar sebaris ayat depan itu. Aku kuat?

Aku sedang jatuh terduduk. Tak mampu berdiri tegak. Malah aku seolah menidakkan takdir.

"Kalau Arya terasa teruk dengan diri sendiri, anggap mummy ini mummy kandung Arya, can you?" Soal mummy lagi. Aku bangun dari baringan. Kemudian, aku menatap mummy. Lembut sekali raut wajahnya. Bukan bengis seperti aku lihat pada mama.

Aku angguk.

Tubuh mummy didakap erat.

"Mummy nak tanya," aku pandang mummy. Seisi rumah ini sudah maklum bahawa aku kurang bercakap sejak sampai di sini. Muka aku juga sembab. Penat menangis. Seolah tidak berpenghujung.

"Suami Arya izinkan tak Arya datang sini?" Aku angguk kepala. Aryan sudah berjanji untuk izinkan aku tinggalkan dia buat seketika. Seperti yang kami bualkan dahulu.

"Izinkan Arya bergantung pada mummy," minta aku perlahan. Separa merayu. Selain ibu, hanya mummy sahaja sosok tubuh seorang ibu paling aku percaya. Bercakap tentang ibu...

Aku tak pasti apa dia gambarkan tentang aku sekarang. Tidak tahu samada dia benci atau tidak. Dengan membayangkan ibu benci aku saja, sudah mencengkam isi hati. Tidak sanggup mahu hadap jika ibu bertindak membenci aku.

Ibu... maafkan Arya. Nenek... maafkan Arya juga.

"Mummy sentiasa terima Arya sebagai anak perempuan mummy. Arya tolong kuat ya sayang? Untuk baby, untuk suami Arya, untuk adik Arya. Paling penting, depan Arya ni. Untuk mummy. Mummy nak tengok Arya bahagia." Kuat.

Jika Aryan boleh, kenapa aku tak boleh?

Aku, hanya ayah sahaja dibunuh mama. Tapi, Aryan? Kedua-duanya dibunuh secara kejam.

"Mummy, tolong didik Arya jadi mummy yang baik untuk anak Arya. Arya tak mahu... jadi macam mama. Arya nak besarkan anak Arya dengan penuh kasih sayang." Mummy mengusap kekura tanganku.

"Boleh Arya. Tapi Arya kena janji, jangan serabutkan diri. Arya berisiko untuk gugur kalau Arya stres." Aku terdiam. Aku terlalu ikutkan perasaan, sehingga lupa ada satu nyawa sedang bergantung dengan aku.

Maafkan mummy.

Aku cuba buang perkataan anak pembunuh itu jauh-jauh. Sekurang-kurangnya, aku dah dapatkan keadilan untuk mak dan ayah Aryan. Juga ayah. Aryan sendiri tak mampu untuk tangkap mama. Aku sudah buat. Seperti aku kata dulu, aku mahu tolong tangkap pelaku tersebut.

Buktinya, aku sanggup membiarkan ibu kandung sendiri dihukum setimpal dengan perbuatannya.

Ayah... cuma tersilap mencintai orang yang salah. Mama takkan pernah rasa cukup. Dia sentiasa mahukan lebih. Sebab itulah dia sanggup melakukan kerja dilaknat Allah itu.

Dia gila harta.

Aku tidak mahu Aryan mencintai orang yang salah juga. Oleh itu, aku berusaha untuk membaiki diri dari masa ke masa. Aryan berhak bahagia. Jika ayah tak mampu dapatkan pengakhiran membahagiakan. Aku mahu pastika Aryan dapat.




AKU mencekak pinggang apabila melihat Alan tak ubah seperti monyet. Berdiri di atas kerusi. Bersama patung arnab milik aku di tangannya. Aku mendengus. Nak kejar, tapi dah tak mampu. Usia kandungan sudah mencecah 7 bulan. Takkan aku mahu berlari dan sama-sama jadi monyet terencat seperti Alan?

"Bagi bunny Arya baliklah!" Jerit aku.

"Werk, mak buyung tak boleh kejar aku. Padan muka!" Ejek Alan pula.

Aku mencebik. Kemudian aku berjalan ke arah Afsar. Terlihat dia sedang menaip di papan kekunci MacBooknya. Tidak menunggu lama, aku ambil tempat di hadapan Afsar.

"Abang Afsar, tengok beruk tu ambil bunny Arya," aku mula mengadu. Dahlah patung arnab itu merupakan pemberian Aryan sejak dulu. Cermat aku menjaganya. Setiap berapa bulan, pasti aku ke kedai. Menukar isi, kemudian mencuci bersih badannya. Semata mahu jaga kualiti patung tersebut.

"Alan Altair." Dingin. Aku toleh ke arah Alan. Masih selamba berjoget dengan patung arnab tersebut. Lepas ini kalau macam belacan aku tahu dah kerja siapa!

"Ya Afsar Alfateh!" Sahutnya pula. Penuh dengan nada main-main. Kadang kala aku terfikir. Memang Alan ini ada masalah otak ke macam mana? Jauh sungguh perangai dia dan Afsar. Entah-entah anak pungut.

Afsar bangun dari duduk. Mendekati Alan sebelum jeritan kuat memenuhi ruang tamu. Aku menekup telinga. Tak semenggah betul si Alan ini. Padahal usia hampir mencecah 30 tahun.

"Argh! Sakitlah bang! Kau nak aku mampus sebab benda kecil macam ini aje ke?" Jeritnya lagi. Manakan tidak jika telinga dipulas bak tombol pintu. Patung arnab itu serta-merta terlepas dari pegangannya.

Gempaklah, abang Afsar!

Mummy terkocoh-kocoh keluar dari dapur. Aku tayang sengih ketika mummy pandang ke arah aku. Seolah aku bukan punca keadaan menjadi huru-hara sebegini.

"Afsar! Kenapa buat adik macam tu!" Laung mummy.

"Budak kutip ni kacau Arya, mummy. Ni pergi ambil patung arnab Arya lepastu ejek Arya tak boleh lari kejar dia." Jujur Afsar. Mummy menghela nafas. Sudah biasa dengan situasi ini.

"Tambah aje lagi Afsar. Mummy izinkan, dia ingat dia siapa nak buli ibu mengandung macam tu? Mummy ikat tembikai dekat perut dia baru tahu langit ke rendah." Aku tersenyum lucu apabila muka Alan bertambah keruh. Lansung tiada siapa berpihak padanya. Aku angkat kening.

Rasain lo!

"Tarik rambut dia, abang Afsar." Ujarku pula.

"Weh, weh... Darya!" Sekali-sekali, Alan. Apa salahnya. Asyik aku saja kena buli dengan dia. Aku pun penat.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now