45

2.7K 99 1
                                    

MENGELAK. Itu sahaja yang mampu aku lakukan setakat ini. Daripada aku bersikap-kurang ajar dengan suami sendiri. Ada baiknya aku mengelak daripada dia. Bila dia berada dirumah. Aku masuk perpustakaan. Bila tiba waktu berlatih. Baru aku munculkan diri depan dia. Begitu juga waktu makan, pasti aku akan beri alasan seperti tak lapar ataupun ada kerja lain.

Percayalah, aku sendiri pun tak sanggup nak abaikan kebaikan suami sendiri. Cuma aku tersepit antara ayah dan suami.

Dan, kebetulan. Seolah doa dimakbulkan. Kerja dipejabat sentiasa banyak. Sehinggakan aku terpaksa bawa balik kerumah. Tak ada lah Aryan bertanya banyak bila dia nampak aku terlalu sibuk walaupun dirumah.

"Puan Darya? Puan dengar tak saya cakap apa?" Aku angguk. Tanda dengar. Sara tersenyum nipis. Dia ambil tempat di hadapanku.

"Puan Darya kalau ada masalah boleh cerita dekat saya." Beritahu Sara. Kadang-kadang, Sara juga merupakan 'kawan' aku ketika aku mempunyai masalah dipejabat. Dia bekerja lama dengan aku atas sebab kukuh. Hanya dia saja aku percaya sebagai pembantu peribadi.

Aku kerling ke arah pintu. Mahu pastikan sudah bertutup rapat. Tirai juga sudah ditutup. Kemudian aku rapatkan kerusi ke meja. Memandang Sara semula.

"Saya ada soalan. Sebagai isteri," ujarku. Sara berdehem. Tanda faham memandangkan dia juga sudah berumah tangga.

"Puan nak tanya apa tu?" Soalnya pula.

"Came on, Sara. Jangan nak berpuan sangat. Over lah kau!" Sara hamburkan tawa. Rasanya, belum terlambat lagi kan untuk aku perkenalkan siapa Sara sebenarnya?

Sara merupakan teman sekelas aku ketika diploma dahulu. Di samping menjadi pembantu peribadi. Dia juga turut merupakan penasihat peribadi aku. Kalau diikutkan, dia boleh saja buka syarikat baru dengan lesen yang dia ada. Cuma dia tak mahu. Katanya, dia lagi selesa bekerja denganku.

Selesalah sebab gaji ditawarkan agak tinggi. Huh!

Namun aku tak kisah. Memandangkan kerja dia cukup sempurna. Tidak hairanlah aku tak pernah bertukar pembantu peribadi. Sejak syarikat dibangunkan lagi Sara setia di sisi aku.

Cuma kami sentiasa bertingkah profesional di luar. Tidak mahu orang anggap dia masuk sini dengan 'cable'.

"Kau nak tanya apa?"

"Kalau suami kau ada buat salah besar, contohnya perkara teruklah kan. Kau buat apa?" Tanya aku. Riak wajah Sara bertukar terkejut. Pelik dengan soalan aku.

"Suami kau ke?" Soalnya pula.

"Tak lah, cuma aku terfikir." Tipuku.

"Bagi aku, selagi bukti tak kukuh. Kita tak boleh terus menghakimi seseorang. Jatuh fitnah, Arya. Aku tak pesan untuk kau aje. Aku berpesan untuk diri aku sekali. Manusia ni, sentiasa khilaf. Kita bukan malaikat. Sebolehnya, siasat dulu. Avoid leaping to conclusions without all details." Nasihatnya panjang lebar.

Tengok. Aku dah cakap kawan-kawan aku semua berguna. Aku bersyukur, aku pilih kawan yang baik. Orang kata, kawan yang baik akan bimbing kita untuk jadi lebih baik lagi.

Betul, zaman universiti boleh dikatakan paling mencabar. Tersilap pilih kawan, bakal mendatangkan kemusnahan kepada diri sendiri.

Aku tak menghakimi orang yang bawa pengaruh buruk. Pasti ada sebabnya.

Cuma semua itu, atas diri sendiri. Kita boleh berkawan, tapi tak semua boleh jadi ikutan kita. Lihatlah, betapa ramainya mahasiswa dan mahasiswi universiti dulunya tidak pernah jejakkan kaki ke kelab. Menjadikan itu rumah kedua selepas bergaul dengan orang yang salah.

Daripada bertudung, terus jadikan alasan stres untuk membuka hijab mereka. Bila ditegur, dikata menyibuk. Aku tak kata ini untuk orang tidak bertudung. Aku tujukan kepada orang yang asalnya bertudung, berubah menjadi seseorang lebih teruk.

Padahal, aku tahu ada saja orang tidak bertudung itu ada sahaja yang baik. Dan mereka juga berusaha untuk menjadi lebih baik. Tapi bagaimana pula yang sudah dididik dari kecil untuk bertudung?

Dunia ini pelik.

"Don't assume the worst without knowing their story. Ayat ni macam biasa kita dengar, kan? Kadang-kadang apa yang kita nampak tak semestinya betul. Aku bagi contoh eh. Kau nampak kedai makan, tulisan cina. Kau rasa kedai tu confirm haram ke?" Soal Sara.

Aku angkat bahu. Mungkin ya, mungkin tak.

"Cuba kau pergi depan kedai tu, kadang-kadang ada aje logo halal. Cuma kita tengok dari jauh. Mana nak nampak. Terus cop haram."

Aku terlopong mendengar pendapat Sara. Terlalu jelas. Mudah difahami.

"Kau dah faham kan, sekarang?" Tanya dia.

"Faham sangat."

"Biasalah Arya. Dugaan rumah tangga, ada masa Allah nak uji. Tahan tak kita? Takkanlah sebab remeh, kita dah goyah. Dalam dunia ni, tak ada satu pun pasangan suami isteri hidup bahagia tanpa satu pun masalah. Kau tengok fairytale, ingat senang ke dia orang nak kahwin? Mana ada baru jumpa terus happily ever after. Cinderella tu, mana ada terus jumpa prince charming dia. Macam-macam halangan dengan mak tiri dia lah, kakak-kakak tiri dia lah. Sebelum kahwin pun ada ujian, apatah lagi selepas kahwin."

Okay, kali ini pedas sekali tutur katanya. Aku tersentap dalam diam.

"Asalkan kita bergantung kepada Allah, insyaallah masalah dapat diselesaikan dengan tenang. Allah uji kita sebagai hambaNya ni bersebab, Arya. Nabi-nabi kita sekuat-kuat manusia pun ada ketika mereka lemah dan sentiasa mohon pertolongan Allah."

Sara genggam tanganku sambil mengukirkan senyuman manis.

"Percayakan suami kau, Arya. Masa kita belajar dulu kau kata kau putus dengan dia masa habis SPM. Tapi tengok sekarang, dia dah jadi suami kau. Lelaki ni, kalau dia tak cinta. Dia takkan cari balik perempuan dia sayang tu. Tapi dari gaya suami kau, dia cari kau balik. Aku nampak dia jaga kau macam mana. Masa kau baru discharge sebelum ni, hari-hari dia hantar kau. Suami aku belum tentu nak hantarkan, tau!" Bebelnya di akhir ayat.

"Tapi aku tak cakap suami aku tak baik. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Bersyukur ajelah dengan rezeki masing-masing." Tambahnya lagi.

"Aku rasa aku dah tau nak buat apa." Ucapku perlahan.

Aku kena tanya Nufail nanti.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now