6

3.9K 160 2
                                    

BERGEMA ruangan lobi hotel dengan tumit kasut tinggi yang aku kenakan pada malam ini. Sesekali mata melilau ke sekeliling. Mencari kelibat Lydia. Katanya mahu masuk ballroom tersebut bersama. Alih-alih dia pula yang lesap sekarang ini.

Topeng masquerade aku keluarkan daripada beg tangan. Memandangkan tema malam ini adalah 'Masquerade Night', aku hanya mengikut tema yang telah ditetapkan. Setelah itu, notifikasi telefon berdenting tanda mesej masuk. Aku mencebik. Dasar Lydia. Rupanya dia sudah masuk awal.

Tak menyempat betul minah ni.

Tanpa menunggu lagi, aku menyusun langkah. Ballroom utama aku tuju. Bunyi muzik sayup-sayup kedengaran dari dalam dewan. Menandakan majlis telah bermula. Aku hanya membiarkan. Lansung tiada keinginan untuk mempercepatkan langkah.

Tolonglah. Aku pakai heels kut! Buatnya tersalah langkah, tak pasal-pasal freeshow di hadapan dewan. Ngam pula pada hari reunion.

Aku menghela nafas. Tanda aku sudah bersedia. Lalu aku mengangguk ke arah pelayan bertugas di hadapan pintu dewan. Tanpa melengahkan masa, kedua pelayan membuka pintu dewan tersebut. Kebetulan aku menggunakan pintu belakang. Maka, aku perlu menuruni tangga sebelum berjalan di dalam lautan manusia.

Atau lebih tepat sekali, kesemua bekas pelajar sekolah itu.

Aku mengangkat tangan kiri yang sedang memegang topeng masquerade. Kini separuh wajah di bahagian mata terlindung sebalik topeng. Dengan yakin, aku menuruni tangga. Mengabaikan pandangan segelintir manusia yang agak hairan dengan kehadiran aku.

"Tu siapa, weh? Kita pernah nampak ke?" Ujar satu suara.

"Reunion hari ini untuk batchmate kita aje, kan?"

Aku hanya mengabaikan suara-suara asing tersebut. Seolah lansung tak meninggalkan kesan. Sekarang ini, aku kena cari Lydia! Dengan keadaan ramai orang macam ini, dia ingat senang ke aku nak nampak dia?

Puas mencari, tiada juga. Ballroom ini terlalu besar. Aku berjalan tanpa hala tuju, sehingga aku tak sedar aku terlanggar seseorang.

"Auch, sorry. My fault!" Laju aku memohon maaf dan mengaku kesalahan sendiri. Tak adalah kami terjatuh, cuma air yang berada dalam gelas ditangannya tadi, tertumpah.

Aku melangkah setapak kebelakang. Menjarakkan diri apabila sedar dia merupakan seorang lelaki.

"It's okay." Aku mengangkat kepala. Pandangan kami bersambung. Dia juga turut mengenakan busana berwarna hitam. Separuh wajahnya turut terlindung dengan topeng masquerade.

Apabila mengecam sepasang mata amber itu, aku terdiam. Seawal ini?

"Arya?" Soalnya. Bagi memastikan ini betul-betul aku. Aku membuang pandangan ke arah lain. Lansung tiada keinginan untuk menatap wajahnya.

"Silap orang."

"Arya!" Baru sahaja aku memusingkan tubuh, suara Lydia serentak mendedahkan identiti aku. Lansung tubuh aku mengeras. Tch, kenapa masa ini baru kau nak muncul, Lyd? Aku dah lah tengah menipu! Bukan itu sahaja, banyak mata-mata lain sedang memandang ke arah aku. Bersama pandangan terkejut. Tak pernah nampak orang ke?

Lydia berlari anak mendekati. Tanpa banyak soal, dia menjengah ke arah belakang aku. Lansung tak cover diri sendiri. Kalau tak memikirkan aku sedang menjaga imej diri, mesti aku dah hempuk perempuan ini.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now