35

3.2K 126 18
                                    

LIMA hari berlalu bagaikan angin. Masa berjalan begitu pantas. Aku datang sana pun secara mengejut. Tidak hairanlah aku jarang sekali nampak Alan dan Afsar. Kedua mereka sibuk bekerja. Sama juga dengan daddy. Aku hanya sempat meluangkan bersama mummy. Selebihnya aku ambil angin di luar bersama Aryan.

Macam-macam kami buat. Berbasikal di Boston Common, melawat Isabella Stewart Gardner Museum, berkelah di Public Garden, university tour di Harvard Bussiness School dan lain-lain.

Seperti kaset rosak, terngiang-ngiang pesanan mummy.

"Jaga hati suami, sayang. Kunci kita ke syurga senang aje Arya, senangkan hati suami. Hormati suami. Mummy faham, mama kamu mungkin tak tahu nak pesan macam mana. Selagi suruhan Aryan tak langgar syarak, ikut demi kebaikan diri kamu. Mummy nampak Ryan sangat menjaga Arya. He loves you a lot. Mummy berpesan sebagai wakil mama Arya. Arya jangan selalu makan hati dengan mama, seorang ibu mesti sayang juga dengan anak yang dikandung."

Aku tersenyum tawar. Kalaulah mummy merupakan ibu kandung aku...

"Caramor, dengar tak abang cakap apa ni?" Soal Aryan lembut. Lantas aku toleh kearahnya.

"Ni mesti tak dengar kan?" Tanya Aryan lagi. Aku sengih. Jauh sangat ke aku termenung sampai tak sedar Aryan cakap apa ni?

"Sayang agak-agak, sayang nak lansungkan majlis bertandang kita bila?" Soal Aryan. Matanya fokus menghadap skrin MacBook. Pasti banyak kerja dia tergendala. Semuanya disebabkan aku. Aku ketap bibir. Pada masa sama, aku bertekad sepenuh hati untuk sembut cepat daripada penyakit mental ini. Tidak mahu lagi bebankan Aryan.

Dan salah satu caranya, adalah hadap perkara-perkara tersebut.

"Minggu depan okay tak?" Aryan terhenti daripada menekan papan kekunci. Kemudian dia memandang aku tidak percaya.

"Caramor, abang dah cakap kan yang abang tak paksa? Abang cuma tanya agak-agak bila." Aryan memesan lembut.

"Arya serius. Arya nak lansungkan majlis minggu depan. Arya tak sabar nak duduk atas pelamin lagi." Bersemangat aku yakinkan dia. Tidak mahu dia ragu-ragu. Sepasang mata amber itu merenung aku lama. Kemudian kelihatan dia sedang berfikir sejenak. Sebelum Aryan jatuhkan bahu. Akhirnya bersetuju.

"Okaylah kalau macam tu. Tapi kalau ada apa-apa tak kena, terus bagitahu abang tau?" Aryan memberi amaran awal. Aku angguk kepala sambil angkat tangan paras bahu. Seakan berjanji.

"Abang nak Arya masakkan tak?" Soalku tiba-tiba. Perut terasa lapar. Tapi tekak mahu makan masakan sendiri. Sudah bosan asyik makan di luar.

"Kalau sayang lapar, abang boleh masakkan." Aryan berura-ura mahu meletakkan MacBook disebelah. Pantas aku geleng kepala tidak mahu.

"Arya nak masak sendiri. I miss cooking, abang..." aduku manja. Hujung rambut dimainkan. Mata dikedip perlahan. Taktik kotor mahu memujuk Aryan. Tidak cukup dengan itu, aku tunduk mengucup pipi Aryan. Serta-merta dia melepaskan keluhan.

"Fine. Tunggu abang kejap, nak pergi tandas. Lepastu abang teman sayang dekat dapur sambil buat kerja." Aku bersetuju. Daripada dia tak benarkan lansung. Baik biar. Aryan terus meluru ke tandas.

Bunyi sahaja mangkuk jamban di flush. Serentak pintu tandas terbuka dari dalam. Aryan ambil MacBook. Pinggangku dirangkul dan dibawa keluar dari bilik. Aku pula masih terkial-kial. Kenapa aku tiba-tiba kaku pulak ni?

"Tadi kata nak masak. Dah kenapa berdiri tegak macam tugu negara ni?" Mati terus lamunanku.

Okay, jom masak.




AKU tunduk pandang lantai. Pada hari ini, ketika ini dan saat ini, Aryan sudah nampak situasi sebenar keluarga aku. Aku ketap bibir apabila mama tidah henti memarahi. Ah, pastilah dia marah bila aku tunda tarikh majlis bertandang. Dia terlalu fikirkan air mukanya saja. Dia tak pernah tanya samada aku okay atau tidak.

Kedengaran Aryan menghela nafas. Seolah mahu membuka bicara. Aku letak tangan diatas tangannya. Kemudian aku pandang ke arah Aryan, menggeleng kepala. Isyarat agar dia kekal diam menyembunyikan penyakit aku. Aku tak mahu mama tahu. Perspektif dia terhadap sakit mental terlampau optimis. Aku tak sanggup mahu dengar segala cacian dan tomahan si ibu.

Keputusan untuk balik ke rumah mama hari ini merupakan silap besar. Akhirnya makan diri. Niat awal sekadar mahu ziarah mama. Tidak sangka pula ditengking begini.

"Kau ni selalu selfish kan, Arya? Semua benda nak ikut kepala kau. Aku ni mak kau tau tak? Cuba kau ikut cakap aku sekali."

Tanpa mama sedar, ayat itu telah menemani hidupku selama 26 tahun. Aku tersenyum tawar. Mama mana pernah nampak aku sentiasa mengalah dengannya. Dalam kepala dia, hanya dia seorang saja yang betul.

"Kau dah malukan aku tau tak? Tiba-tiba tunda majlis. Kau tengok muka mak kau ni, kena hadap kata orang!"

"Arya minta maaf..." dengan diri sendiri. Sambungku dalam hati. Maaf, sebab tak pernah ikut kemahuan sendiri.

"Maaf, maaf, maaf! Yang kau tahu cuma maaf. Hey, Aryan. Kau tau tak bini kau ni kadang tak boleh guna pun?" Tubir mataku mulai berair. Tahan, Arya. Kau kuat.

Aku anak perempuan sulung.

Aku kena kuat!

Aku kakak. Tempat Firash bergantung.

Aku anak perempuan ayah.

"Mama, Arya isteri paling baik sekali untuk Aryan. Kenapa mama cakap macam tu?" Tegur Aryan.

"Kau tengok Arya! Laki kau pun dah berani melawan aku. Kau suka kan bawa perangai sial kau tu melarat sampai dekat orang lain?" Pedih. Lebih-lebih lagi bila dicop pembawa sial oleh ibu sendiri. Aku kesat air mata kasar.

"Mama! Suami Arya takda kena mengena pun dengan hal kita. Mama sedar tak selama ini pun Arya hanya ikut semua yang mama nak? Mama asyik ulang, kata Arya ni selfish. Tapi Arya dah banyak berkorban untuk puaskan hati mama!" Daripada duduk, aku bangun di hadapan mama. Marah apabila Aryan tidak ada kena mengena turut sama terpalit.

"Arya sakit mama... Dada ni," aku tepuk dada separa kuat. Air mata juga sudah turun tidak henti.

"Rasa macam kena tikam bila mama sendiri tak henti hina Arya sejak dulu lagi. Arya anak mama. Anak kandung mama. Kenapa mama tak nampak usaha Arya bahagiakan mama?"

"Patutnya sejak dulu aku biar kau mampus aje Arya. Kau balik. Aku taknak tengok muka anak tak kenang diuntung! Kau bawa suami yang dah beli kau dekat aku ni balik. Kau dengan bapak kau sama-sama menyusahkan!" Mama mencemuhku kasar. Aku pula toleh ke arah Aryan. Mama kata... beli?

"Aku dah tak nak anggap kau anak aku! Kau berambus. Pergi hidup dengan suami kau sana."

Perasaan bercampur aduk. Bertalu-talu ayat-ayat mama menusuk ke dalam hati. Daripada dia inginkan aku mati. Terus dia kata Aryan dah beli aku. Kemudiannya dia kata aku dan ayah sama-sama menyusahkan.

Aryan diam membisu. Lansung tidak nafikan. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum memandang ke arah mama semula.

Kalau ini yang dia mahu. Baik. Aku turutkan.

"Kalau mama dah rasa macam tu. Arya terima. Selepas ni mama anggap saja Arya dah mati. Dan terima kasih, sebab sudi lahirkan Arya ke dunia ni." Aku tarik tangannya. Salam buat kali terakhir.

Hati seperti disiat apabila terdengar perkataan 'beli'. Hina sangat ke aku? Sampai boleh dijual beli umpama barang sesuka hati?

Aku kecewa dengan kau, Aryan.




Hey, serious question:
what is your opinion about this story?
(I am this close 🤏🏻 to unpublish this story)

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now