"MUMMY!" Panggilan daripada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun itu serta-merta mengejutkan Darya. Awalnya dia sedang memasak. Namun, kerja menggaul lauk dalam kuali serta-merta terhenti apabila suara kecil itu melaung memanggil dirinya.
"Ya sayang, kenapa panggil mummy?" Bersungguh tubuh kecil itu memanjat kerusi. Supaya ibunya tidak perlu menunduk semata mahu beri perhatian kepada dirinya.
"Aayan jumpa ni!" Buku bersaiz A5 disua ke arah Darya. Darya mengecilkan mata. Cuba mengingat kembali di mana dia pernah lihat buku berkulit tersebut. Kemudian, sepasang matanya menangkap sebaris nama terukir di depan buku tersebut.
"Aayan Daniyal." Serentak, kedua ibu dan anak itu menoleh ke arah suara garau datang dari luar dapur.
"Aayan jumpa diari abang." Beritahu Darya. Dia sudah menyimpan ketawa. Habislah kalau anaknya tahu daddy dia rupanya mat romeo dahulu.
"Come on, Yayan. Give it back to daddy." Aryan cuba memujuk. Entah bagaimana budak kecil ini jumpa diari lama dia pun tak tahu.
"Daddy, nak softcookies..." Mata dikedip comel. Bibirnya sudah terjuih mencebik. Darya tidak dapat menahan tawa lagi. Terus ketawanya dihamburkan. Sungguh. Gaya Aayan sekarang seperti dia ketika dia minta Aryan buat biskut suatu ketika dulu.
"Fine. Daddy will make it for you. Now, bagi daddy buku tu cepat." Aryan hulurkan tangan. Tanpa ragu-ragu, Aayan menghulur ke arah daddynya. Terus lupa niatnya mahu tanya mummynya apa isi di dalam buku tersebut.
Aayan turun dari kerusi. Berdesup lari keluar dapur. Darya menggeleng kepala. Banyak akal betul budak itu.
Aryan mendekati Darya. Tubuh si isteri dipeluk dari belakang. Dagu dilabuhkan pada bahu isterinya.
"Mana Aayana, abang?" Soal Darya apabila anak perempuan mereka sepi tanpa sebarang suara.
"Reading," jawab Aryan ringkas. Padahal budak itu baru berusia tiga tahun. Tak tahu dia baca apa. Sekadar selak ke main tibai abc saja.
"Buku siapa?" Tanya Darya lagi. Risau juga perpustakaan miliknya diceroboh masuk pendatang cilik itu.
"Cuba teka." Darya toleh memandang Aryan. Aryan sudah tersenyum senget.
"Abang jangan kata..." Darya seolah tak mampu lagi menghabiskan ayatnya. Dalam kepala, macam-macam bayangan buruk berlaku terhadap novel-novelnya. Hati mula meraung. Walaupun anak, tapi novel-novel itu juga merupakan anak dia!
"My book." Beritahu Aryan. Darya menarik nafas lega. Kemudian, dia termenung sekejap. Berfikir.
"Dia baca buku boring abang tu ke?" Membayangkan saja dia sudah mahu muntah. Bayangkan, buku rujukan penuh pasal thermal engineering. Boleh pecah kepala dibuatnya.
"Buku mana lagi abang ada, hm?" Aryan mencuri cium pipi Darya. Geram dengan isteri sendiri. Dia akui dia obses dengan Darya.
"Lantaklah, asal bukan buku Arya sudah." Putusnya.
Darya tutup api. Kemudian, lauk sudah siap tadi diangkat dan diletakkan ke dalam pinggan. Aryan memeluk kemas dibelakangnya diabaikan. Sudah biasa dengan sikap suaminya yang satu itu.
"Abang..." Tanpa banyak bunyi, Aryan menyahut.
"Kenapa abang takut dengan turbulence eh?" Sudah berapa tahun dia biarkan soalan itu terkubur. Baru sekarang dia berpeluang untuk tanya Aryan.
"Abang..." Jeda. Darya masih menunggu jawapan Aryan.
"Abang kan belajar pasal thermal object. Abang terbayang masa kapal bergegar, body kapal terlerai. Lepastu kita termasuk dalam kipas kapal terbang dekat bawah sayap tu." Darya kemam bibir.
Pft!
Puas dia overthinking. Takut Aryan pernah lalui apa-apa tragedi. Tiba-tiba lelaki itu membuat pengakuan pada hari ini gara-gara...
Haih.
Orang pandai ini kadang-kadang kelakar pun ya. Darya tak nafikan. Kadang Aryan ini macam lurus bendul sikit. Sikit sajalah. Dia tak mahu kutuk suami lebih-lebih.
Darya gantikan spaghetti sebagai mi bagi makanan anak-anak. Aryan tegur balik, dia kata kenapa pandai-pandai ubah resepi. Itulah orang kata, bila terlampau ikut buku pun payah!
"Daddy, daddy, daddy!" Kini suara Aayana pula memecah kesunyian ruang dapur itu. Sambil memeluk Darya, Aryan pusingkan tubuh menghadap Aayana.
"Mummy," Aayana memanggil mummynya pula. Dengan senang, Darya menyahut.
"Yes Aayana Dalily, what's wrong?" Darya menyoal lembut.
"You know what, mummy? I love how daddy hugs you and tells you that you are his world. It makes our family feel so warm and happy!" Petah anak kecil itu menyusun kata. Mulut manis. Sama seperti daddynya.
Darya simpan senyum. Inilah yang dia mahu. Dia mahu anak-anaknya membesar dalam suasana keluarga penyayang. Bukan seperti dia dahulu.
"Nevermind. Daddy! Mana ayah Pael ni? Aayana nak main dengan dia!" Aryan mendengus. Sekali lagi, Darya terhibur dengan anak-anaknya. Macam-macam ragam!
Aayana Dalily, paling suka berkepit dengan Nufail. Sehingga daddynya sendiri cemburu dengan Nufail.
"Tidur jangan cari daddy." Putus Aryan. Aayana sudah merapat ke kaki Darya. Kaki Darya dipeluk kemas.
"Then, I'll sleep with my mummy!"
"She's my wife," Aryan tidak mahu kalah.
"She's my mummy!"
Tuhan itu Maha Adil. Takdir itu indah. Tuhan telah tetapkan takdir masing-masing. Seiring dengan pengakhiran yang adil.
Semoga keluarga ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Itu sahaja aku minta kepadaMu, Ya Allah.
Berpisah kerana keadaan, bersatu kerana takdir yang tertulis.
T A M A T
Terima kasih semua. Tata!
Semoga Dee diberi kerajinan untuk menulis lagi dan lagi.
Maaf jika terdapat banyak kekurangan.
It is my first book by the way :(
Muah 💋Nantikan spin-off cerita ini bakal menyusul nanti!
Coming soon:
Bukan Bidadari NufailDo not forget to leave your votes and reviews,
sayang sayang semua!
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
Roman d'amourBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...