24

3.8K 147 2
                                    

TANGAN naik menyentuh rambutnya perlahan. Tidak mahu dia tersedar lansung dari lenanya. Sudah beberapa minit aku sedar. Tahulah aku sudah dipindahkan ke wad persendirian apabila mata menangkap Aryan tertidur pulas di sisiku. Dalam diam, membenci Aryan juga turut memberi kesan buat diriku sendiri. Aku rindu. Tetapi aku masih tidak dapat menerima kemaafannya. Bagaimana jika dia bakal mengulangi kesilapan sama sekali lagi?

Aku tidak sanggup.

Perempuan mana sahaja tidak inginkan bahagia? Aku juga mengimpikannya. Tetapi aku tidak sanggup dikhianati lagi. Aku tahu, jika aku cintakan seseorang, aku mencintai bersungguh-sungguh. Sehingga lupa tentang diri sendiri. Akhirnya, membiarkan diri disakiti hebat oleh insan bergelar lelaki.

Aku merenung balutan di tangan Aryan kosong. Otak pula sedang kuat memanipulasi diri sendiri agar tidak termakan dengan setiap perbuatan Aryan. Meyakinkan diri bahawa lelaki ini sanggup mengorbankan diri semata mahu raih kepercayaan aku semula. Aku menarik tangan semula apabila Aryan bergerak kecil. Tidak mahu tertangkap dengan dirinya.

"Arya dah sedar?" Kedengaran suara garau yang agak serak itu menegur diriku apabila perasan aku sudah bangun.

"Hm..." Hanya deheman ringkas dibalas sekadar jawapan.

"Aryan panggil doktor sekejap," ujarnya sebelum bangun menekan butang di sisi katil. Tidak sampai lima minit, seorang doktor perempuan bersama seorang jururawat masuk ke dalam wad ini. Aku mengerling ke arah doktor tersebut. Tertera nama 'Kayra' pada kot putih tersebut.

Aku hanya membiar pemeriksaan dilakukan ke atas diri. Sesekali aku menjawab soalan yang diajukan. Aryan pula sedang menyandarkan diri di dinding. Lansung tiada tanda mahu keluar sepanjang pemeriksaan dilakukan.

"Aryan, boleh kita bercakap di luar?" Tanya doktor Kayra apabila siap memeriksa diriku. Aku hanya memasang telinga. Tiada tanda mahu mencelah. Dia panggil Aryan sahaja? Dimana gelaran 'encik' itu?

"Sure," Aryan membuntuti langkah doktor Kayra keluar. Pintu tersebut ditutup rapat. Namun aku masih dapat mendengar jelas setiap isi perbualan mereka.

"She's fine. Pembedahan berjalan lancar, tiada juga tanda luka itu dijangkiti kuman. Cuma... ada beberapa perkara yang perlu diberitahu."

"What is it?" Jelas suara itu kedengaran begitu bimbang.

"PTSD. I yakin you pernah dengar sebelum ni, kan? Semasa pembedahan dijalankan, kami terpaksa panggil doktor daripada jabatan psikologi. Trauma fizikal akibat luka tikaman itu menyebabkan gangguan emosi seperti rasa tertekan, ketakutan, dan ingatan berulang tentang kejadian itu. I syak, mungkin ada lagi kejadian lain berkait rapat sehingga dia boleh trauma." Aku mengetap bibir apabila mendengar penjelasan tersebut.

Great. Dan sekarang aku berpenyakit?

"Allah... macam mana aku nak tolong bagi dia sembuh? Aku tak sanggup nak tengok dia sakit, Kayra..."

"I boleh aturkan janji temu untuk wife you jalani rawatan yang diperlukan bagi kurangkan gejala PTSD. Ini termasuk terapi psikologi dan sokongan dari pakar kesihatan mental. Dan penting juga untuk dia dapat sokongan daripada you. As her husband. Pujuk dia untuk terima rawatan." Terang doktor itu lagi.

"Aku tak tahu... kalau aku mampu pujuk dia atau tak."

"I yakin you boleh." Kata doktor bernama Kayra itu sebelum menyambung semula,

"you know what, Meen? Buat kali pertama, baru I dengar you bercakap lebih daripada tiga perkataan sekali jawab. Dan itu pun sebab berkaitan dengan wife you. Dekat California dulu pun bertuah nak dengar you bercakap panjang masa melepak beramai-ramai." Doktor perempuan itu kedengaran tertawa kecil dihujung ayat.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now