68

5.2K 139 1
                                    

DENGAN izin tuhan. Aku dapat jejakkan kaki semula ke lapangan terbang yang pernah aku tinggalkan beberapa bulan lalu. Aku hirup udara tak berapa segar di kawasan luar lapangan terbang. Belum sempat aku mahu ulangi kegiatan aku tadi, satu suara sudah masuk ke dalam gegendang telinga.

"Cerdik tu simpan sikit dekat anak cucu. Siapa ajar kau hirup asap kereta dekat sini? Nak buat sila pergi taman botani atau taman bunga. Kau tu bawa budak." Kutuk Alan. Aku menjeling dia. Memang tak bagi aku bernafas dengan aman betul. Mummy suruh Alan dan Afsar ikut aku balik Malaysia memandangkan dia risau aku bersendirian. Katanya lagi sebulan dua dia bakal menyusul. Aku hanya membiarkan. Sekurang-kurangnya ada kuli angkat beg. Hehe.

Kami bertiga masuk ke dalam perut kereta yang dibawa oleh pemandu Afsar. Eceh. Mentang-mentang dia pindah sini terus. Memanglah dah ada pembantu.

Rindu Sara.

Kira-kira sejam dalam kereta. Kini aku sampai ke tanah perkuburan. Aku sendiri minta mereka bawakan aku ke sini. Mahu melawat pusara seseorang.

Yang hidup pasti akan mati.

Aku berjalan mencari pusara tersebut diiringi Alan dan Afsar. Aku diam. Begitu juga dengan mereka. Menghormati penghuni-penghuni kawasan ini. Aku berhenti melangkah apabila pusara aku cari tadi sudah berada di depan mata.

Lekas-lekas Afsar buka bangku lipat yang dibawa. Faham akan keadaan aku sekarang. Sudah tak mampu lagi untuk menunduk. Senaskah yaasin dikeluarkan dari dalam beg tangan. Tanpa berbasa-basi, aku dan mereka mula mengalunkan bacaan yaasin. Khas buat si mati.

Usai bacakan surah Yaasin. Aku menyiram pusara. Tangan naik mengusap puncak batu nisan tersebut.

Tanpa dia, aku tak akan berada di sini hari ini.

"Jom balik, dik. Kata nak suprise suami kau." Ajak Alan balik. Aku mengundurkan langkah. Sebaris nama di pusara tersebut aku tatap dengan penuh kasih. Senyuman nipis kini menghiasi wajah.

"Nanti Arya datang lagi ya, ayah?" Ucapku pelan. Seolah berbisik kepada diri sendiri.

Aku mengekori langkah Afsar, meninggalkan tanah perkuburan ini. Dalam diam aku bersyukur. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang aku hanya perlu menziarah kubur ayah saja.

Nufail disahkan selamat. Keajaiban tuhan, atas izinNya, Nufail berjaya diselamatkan walaupun tikaman itu hampir mengenai organ penting. Tidak terbayang jika dia pergi meninggalkan kami semua. Aku yakin aku bakal dihurung rasa bersalah lebih lagi jika Nufail mati hanya disebabkan aku. Soal hati dan perasaan Nufail, aku anggap sahaja itu sekadar gurauan biarpun benar.

Aku tahu dia sendiri pun tak sangka dia bakal selamat. Sebab itulah dia jujur tentang perasaannya pada ketika itu. Aku juga pernah berpesan kepada dia supaya jangan simpan perasaan sendiri. Hasilnya, makan diri balik. Rasa lucu pan ada.

Tiba sahaja di depan pagar rumah, aku turun dari kereta. Beg-beg bagasi juga sudah diturunkan Afsar. Aku intai di sebalik celahan pagar. Mahu lihat samada Aryan ada di rumah ataupun tidak.

"Betul ni nak abang tinggal beg dekat sini?" Soal Afsar. Aku mengangguk. Nanti Aryan ambilkan lah ini. Aku pun tak larat nak bawa semuanya serentak.

Aku buka pagar kecil secara perlahan. Lansung tidak mahu keluarkan bunyi. Kemudian aku lambai mereka berdua. Cara halus mahu menghalau mereka pulang. Aku pusingkan tubuh. Berjalan terus menuju pintu rumah. Belum sempat aku mahu buka pintu. Pintu sudah dibuka dari dalam. Aku ketap bibir.

Aryan pandang aku... pelik? Aku tunduk memandang diri sendiri. Mahu lihat apa yang tak kena. Apabila tersedar sesuatu. Aku garu kepala perlahan. Itulah, dulu cerdik sangat tak mahu beritahu Aryan. Kan dah terkial-kial nak kena cerita daripada A sampai Z!

"Er...hai, abang?" Sapa aku. Sungguh janggal. Setelah berbulan-bulan tidak berjumpa dengan Aryan. Dia tampak makin kacak. Pipi mula hangat apabila sedar dia tidak berbaju. Baru balik dah dapat kejutan. Macam manalah nak teruskan hidup lepas ini?

"Caramor?" Aku sudah tayang sengih.

Caramor.

Aku rindukan panggilan itu. Bunyinya aneh namun cukup manis pada pendengaran aku. Aku melangkah setapak lagi mendekati Aryan. Aryan masih tercengang.

"S-Sebenarnya... masa Arya terbang pergi Boston. Arya dah pregnant 3 bulan." Aku tundukkan kepala apabila Aryan masih diam tidak berkutik. Dia... tak mahukan baby ini ke?

"Aba-" belum sempat aku habiskan ayat. Aryan sudah peluk tubuhku terlebih dahulu. Erat. Seperti tidak mahu lepas.

"Abang rindukan caramor abang. Abang minta maaf sebab tak tahu sayang mengandungkan anak abang." Ucapnya perlahan. Aku tersenyum nipis. Arya pun rindukan suami Arya...

"Abang," Aryan melepaskan pelukan.

"Tolong ambil luggage Arya depan gate boleh? Arya tak larat nak angkat semua tu." Takut-takut aku menyoal. Risau dia marahkan aku. Walaupun takut, aku merenung wajahnya dengan penuh minat. Rasa tak puas lagi mahu tatap wajah ini. Aku rindukan dia separuh mati. Malam-malam pun aku sanggup renung skrin telefon lama-lama semata mahu tatap wajah dia.

"Boleh sayang. Tunggu kejap, abang ambilkan." Tanpa menunggu Aryan, aku masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Aku berdecit. Aryan, Aryan... Baru nak expect rumah serupa tongkang pecah. Tapi dia dah kemas dulu. Dia mana pernah biar rumah bersepah.

Sungguh dia tak ada istilah 'tak boleh hidup tanpa bini.' Silap-silap aku yang tak boleh hidup tanpa dia!

Lega apabila Aryan baik-baik sahaja.

Keputusan aku tinggalkan dia buat seketika. Adalah keputusan yang tepat. Masing-masing belajar mengenali diri sendiri. Bukan diri orang lain. Tapi aku tahu, walau bagaimanapun Aryan belajar mengenali diri sendiri. Dia tak akan pamerkan sisi pemarah itu di hadapan aku. Aryan terlalu penyayang. Aku tersenyum tanpa sedar.

Semuanya sudah berakhir, Ya Allah. Syukur kepadaMu.

"Duduklah, sayang. Tak elok ibu mengandung berdiri lama-lama." Ujar Aryan dari arah belakang. Terus aku ambil tempat di atas sofa. Tudung juga dibuka. Aku cepat berpeluh kesan pembawakan bayi. Kemudian aku tunduk memandang kaki di lantai. Dah bengkak.

"Abang..." Panggilku perlahan.

"Ya caramor abang. Kenapa?" Tanya Aryan lembut. Dia kini duduk di bawah. Menghadap aku.

"Mesti lepas ini abang dah tak sayang Arya, kan? Badan Arya dah gemuk. Kaki Arya dah buruk sebab bengkak." Beritahu aku. Aryan sudah tercengang. Kemudian dia geleng kepala. Kaki dibawa ke ribanya sebelum dipicit lembut.

"Taklah sayang, abang faham. Sayang bawa anak abang. Sayang jaga dia dengan baik walaupun tanpa abang. Abang nak berterima kasih sangat-sangat. Arya abang ini, perempuan paling cantik dalam hidup abang tau." Pujuk Aryan lembut. Aku sudah tersenyum semula. Suami kita sayang kita la!

"Abang rindu Arya?" Soalku polos. Tangan naik mengusap rambutnya.

"Damn much, caramor."

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now