51

2.9K 116 1
                                    

PERKARA pertama aku boleh kata sebaik sahaja aku bangun tidur. Dia kuat. Kalau dia pura-pura kuat sekalipun, sungguh dia kuat. Dia berlagak seolah tiada apa jadi. Dia bergerak seperti biasa. Walaupun ada ketika aku nampak dia mendesis. Bila depan aku, dia berlagak biasa.

Jujur aku sebak.

Aku nak tahu sangat siapa pelaku tersebut. Siapa yang tikam Aryan. Tapi soalan itu tak terkeluar lansung. Seperti ada objek menghalang di kerongkong. Aku mendekati Aryan. Belakang tapak tangan aku letak di dahinya. Kemudian beralih ke leher. Aryan pandang aku hairan.

"Abang demam," tipuku. Ya, aku terpaksa tipu dia. Sebab aku taknak dia bergerak banyak.

Aryan angkat belakang tapak tangannya pula. Tangan kanan diletakkan di dahinya. Tangan kiri pula berada pada dahiku.

"Taklah, caramor. Abang rasa biasa aje." Balasnya pula.

"Abang jangan degil boleh tak? Abang tak rasa sebab abang demam. Arya boleh rasa badan abang suam." Aku membidas. Tolonglah, Aryan. Tolonglah berehat.

Aryan berfikir sejenak. Berkira-kira mahu membantah lagi. Jari aku naik melekap ke bibirnya.

"Abang diam. Jangan bantah. Sekarang, abang tidur. Biar Arya masak, nanti Arya kejutkan abang." Anak matanya direnung dalam. Kalau aku gelabah, dia boleh kesan aku sedang menipu. Jadi aku perlu tunjuk bahawa aku tidak menipu.

"Tapi... kita berdua kerja, sayang. Takkan nak ponteng?" Aku kemam bibir sebaik sahaja mendengar perkataan terakhirnya. Kelakar betul. Dah rasa macam sekolah pula nak ponteng! Kemudian, aku seriuskan riak wajah semula.

"I'm the boss. Biar kita dua-dua ponteng. Now, abang rehat. Tidur. Abang tak tidur, Arya lompat atas abang sampai pengsan." Ugutku. Aku tahu perutnya sekarang merupakan kelemahan dia.

Raut wajahnya berubah. Mungkin terbayangkan akibat daripada perbuatan aku. Lagipun, dia sendiri tahu bila aku kata aku nak buat, aku buat.

Seriau!

"Okay, abang tidur." Aryan mengalah. Lekas-lekas dia berbaring di atas katil. Selimut ditarik sehingga ke paras hidung. Matanya dikedipkan berkali-kali. Macam budak-budak!

Tapi comel.

"Sleep, Aryan Hameen." Ujarku pendek.

"Aight, mummy." Aryan menggunakan suara kecil. Mata terus dipejam rapat. Tanpa berbasa-basi, aku masuk ke dalam walk-in wardrobe. Beg berisi MacBooknya aku bawa keluar. iPad di bawah bantalnya juga aku tarik dengan selamba.

"Ala..."

Terus aku menjengil dia. Tak padan sakit! Nak juga buat kerja. Nasib aku dah fikir dulu.

"Arya haramkan abang sentuh MacBook dengan iPad ni. Kalau abang banyak complain, phone abang pun Arya simpan." Aryan terus kemam bibir. Isyarat mulut sudah dizipkan dia tunjuk.

Suis lampu aku padamkan. Langsir juga ditarik supaya ruang bilik menjadi gelap. Kemudian aku keluar bilik. Aku tutup pintu rapat. Aku nak dia rehat betul-betul.

Kali ini sahaja, Aryan. Izinkan aku jaga kau.

Dah banyak dia berkorban. Sejak dia muncul semula dalam hidup aku, macam-macam bala dia terima. Adilkah kalau aku kata, aku ini pembawa sial terhadap Aryan? Aku menghela nafas. Cuba buang perasaan itu. Tuhan uji bersebab, Arya.

Walaupun aku masih tak faham apa motif sebenar si pelaku. Aku sangat berharap agar Aryan sentiasa dilindungi Allah.

Aku impikan bahagia bersama dia.




ARYAN pandang aku. Kemudian dia tenung bubur dalam mangkuk. Dia pandang aku balik. Lepastu, dia pandang bubur itu balik. Aku mula hilang sabar. Apa yang peliknya dengan bubur? Nak kata aku masak tak sedap. Tak pernah tertulis dalam rekod.

"Abang ni kenapa?" Tanyaku bila sudah beberapa minit dia masih berkeadaan begini.

"Kenapa sayang masak bubur?" Tanya dia balik.

"Dah demam jangan banyak bunyi." Aku mencerlung dia tajam. Aryan tundukkan kepala bila sedar pandangan aku berubah tajam. Silap-silap dia boleh kena pancung.

Aku ambil mangkuk di tangannya.

"Caramor..."

"Hm."

"Nak suap abang ke?" Orang kata, anak pintar banyak bertanya. Tapi kalau anak orang dah umur bapak-bapak ni banyak bertanya. Kita nak tafsirkan macam mana, ya? Rupanya susah lagi nak jaga anak mertua!

"Iya, abang. Arya nak suap abang. Abang tak suka ke?" Aku cuba beli jiwa. Laju Aryan geleng kepala. Menidakkan aku.

"Tak! Abang suka." Aryan tayang sengih.

Aku mula suap dia. Terangguk-angguk dia apabila bubur sudah selamat masuk ke dalam mulut.

"Sedap. Lagi sedap dari kedai!" Aku tersenyum puas hati bila dengar dia memuji. Shh, jangan kembang Arya! Jangan riak. Tak baik.

Suapan demi suapan aku beri. Sehinggalah suapan terakhir. Bubur itu habis licin. Aryan juga sudah kenyang. Aku hulurkan segelas susu ke arahnya. Tanpa banyak soal, Aryan hanya menyambut. Menghabiskan segelas susu tersebut.

"Abang..." Aku panggilnya perlahan. Aku mengesat kesan comot di pinggir bibirnya.

"Yes, caramor?"

"Arya sedih bila abang sakit. Boleh tak Arya nak minta supaya abang jaga diri? Jangan bahayakan diri. Arya taknak tengok abang terluka." Kataku dengan penuh makna tersirat.

"Abang demam aje, caramor. Itupun Arya yang kata abang demam. I'm fine. I'm totally fine." Aku tersenyum pahit. Dia tipu.

"Kalau suatu hari nanti abang diberi pilihan untuk selamatkan Arya atau tak. Arya merayu, tolong pilih diri abang. Kalau abang mati disebabkan Arya, Arya takkan mampu maafkan diri sendiri, abang..." Raut wajahnya bertukar kelat.

"Caramor, jangan bagi permintaan macam tu, boleh? Abang..." Jeda. Aryan merenung aku lama sebelum mengeluh pendek.

"Abang tak mampu, sayang. You are my whole world, caramor. The person who gives my life meaning and purpose. Abang terus bertahan hidup disebabkan sayang. Isteri abang salah satu tujuan abang hidup selain Allah. You are my everything. Jadi tolong... jangan halang abang lindungi isteri abang sendiri." Aku palingkan wajah ke arah lain. Mata kian berair. Bila yakin air mata tadi sudah kering. Aku pandang Aryan semula.

"Kalau macam tu, janji dengan Arya. Abang perlu selamat walau apa pun keadaan."

"Selagi nyawa dikandung badan, abang cuba. Abang cuba bertahan. Caramor abang tolong janji dengan abang supaya sentiasa jaga diri." Aryan tarik kepalaku berlabuh ke dadanya. Kepala juga diusapnya lembut.

"Fi amanillah, isteri abang."

Semoga Allah melindungi suami Arya juga.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now