11

3.6K 132 0
                                    

BOLEH tak kalau aku mahu terjun kapal terbang sekarang? Ini semua helah Aryan. Tadi kononnya dia ganti tiket penerbangan aku dengan alasan dia punca aku terlepas penerbangan. Dan sekarang ini, dia sengaja letak aku disebelah tempatnya.

Aku benci Aryan Hameen. Sangat.

Kenapa lelaki ini begitu licik? Kalau aku tahu dia ada sebab lain beria mahu ganti tiket aku. Sudah lama aku tolak. Sekarang ini dia sengaja jadikan aku tunang derhaka. Lantaklah istilah itu ada atau tidak. Tapi jika tunang aku nampak, pasti dia salah faham. Lebih-lebih lagi dengan cara Aryan beria mahu rapat denganku semula.

Niat mahu mulakan perbalahan dengan Aryan. Aku kuburkan. Tempat umum macam ini, tidak mustahil bakal ganggu penumpang lain. Dalam diam, aku tenangkan diri. Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Dan hembus. Gara-gara Aryan, aku boleh sakit otak! Sebab dia ini gila. Sangat gila.

Dulu dia buang aku. Sekarang? Terhegeh-hegeh. Senang kata, shameless.

"Dulu Arya banyak cakap," tegur orang sebelah. Aku diam membisu. Sengaja anggap dia tidak wujud. Tingkap kapal terbang aku buka separuh. Sambil menikmati permandangan. Hari semakin gelap. Sudah tentu langit bakal dihiasi rona jingga keungguan. Entah bagaimana aku mahu terangkan, susah mahu ungkap. Langit ketika sunset mustahil tidak cantik.

"Dulu saya tak matang," balasku singkat. Mahu sedarkan dia agar bangkit ke realiti.

Tiba-tiba satu tangan lain memanjang. Menolak tingkap keatas membuatkan aku berdengus. Mentang-mentang bussiness class. Sudah tentu hanya kami berdua di sini.

"Aryan pun nak tengok ciptaan tuhan." Aryan tayang sengih. Gigi taringnya turut kelihatan. Lansung tidak buat aku tergugat. Malah semakin meluat. Aku tidak nafikan dia semakin tampan. Jika perempuan lain pasti lemah lutut melihat senyuman charming itu. Cuma aku tidak berminat.

"Sembanglah dengan Aryan, orang bosan ni," rungutnya perlahan. Aku memutarkan bebola mata. Kenapa mamat ini annoying sangat?

"Shut up, Aryan Hameen." Aku mencerlung Aryan tajam. Memberi amaran. Aryan ketap bibir. Tangannya menunjuk isyarat sudah zip mulut.

Satu minit. Dua minit. Tiga minit. Empat minit.

Dan lima minit,

"Arya tak nak bercakap dengan Aryan ke?" Dia memang tak reti senyap ke?

Aku berpaling memandang Aryan. Aryan sudah sedia menatap aku. Tangan menongkat dagunya. Kelopak mata yang menghiasi mata amber itu berkelip perlahan sambil merenung aku.

Tak comel lansung.

Sumpah.

"Saya tak berminat nak bercakap dengan penipu." Aku merendahkan suara. Demi menjaga air mukanya.

"Aryan terlalu menjijikkan ke dimata Arya?" Soalnya dalam nada perlahan.

"You cheated on me, Aryan. Awak lupa ke, atau buat-buat lupa? Awak masih mahu tatap muka ni? Muka perempuan yang awak pernah tinggal suatu ketika dulu." Iris mataku bertembung dengan mata amber Aryan. Jika dulu mata ini pernah berair ketika menatapnya, kini tidak lagi. Malah aku merenungnya dengan penuh kebencian.

"Aryan tahu dulu Aryan bodoh. But please, give me a chance." Rayunya.

"Someone who betrayed you once, will betray you a thousand times. That's why giving someone another chance is like giving a shooter another bullet," aku mengukir senyuman sinis setelah menghabiskan ayat tersebut. Tanda benar-benar memaksudkannya. Lansung tidak meletakkan kepercayaan kepada Aryan.

"Awak pernah dengar ayat itu? Mesti tak, kan? Awak mana pernah dicurangi Aryan. Tak apa. Biar saya beritahu awak ya, Aryan. Hati saya dah lama mati untuk awak. Peluang demi peluang saya bagi. Semuanya awak sia-siakan. Saya dah tak bodoh untuk terima awak semula, Aryan."

"Trust me, Aryan akan curi hati Arya semula." Aku tergelak kecil. Lebih kepada mengejek Aryan. Macam mana dia mahu curi hati aku sedangkan aku merupakan tunangan orang?

"Jangan buat kerja gila, Aryan Hameen," aku memberi amaran halus.

"I'm not, Darya."





Julai, 2015.
KACA mata diletakkan di tepi buku teks Biologi. Tangan naik mengurut batang hidung. Mahu hilangkan kesan kaca mata tadi. Kemudian aku baringkan kepala di atas meja batu. Sengaja duduk di luar asrama. Tidak mahu rakan-rakan lain melihat aku sekarang.

Sebab aku bakal menangis.

Aryan tidak tahu bahawa aku sudah tahu. Aku sendiri memilih untuk diamkan diri. Earphone dipasang di telinga. Tidak lama kemudian, meja batu itu ditepuk. Lansung mengejutkan aku. Aku angkat kepala. Mahu marah gerangan yang ganggu masa aku bersendiri. Namun lidah menjadi kelu.

Aryan duduk menghadap aku. Dia mengukir senyuman polos. Pada masa yang sama, aku cuba positif. Menidakkan semua khabar angin yang aku dengar. Mata aku mula berair. Kecewa apabila Aryan sanggup mengkhianati kepercayaan aku.

"Arya study apa tu?" Aryan duduk sambil memeluk bola ragbi. Rutin hariannya. Setiap petang turun ke padang bermain ragbi.

Aku menunjuk ke arah buku teks Biologi. Tekak mula terasa perit. Seolah tidak mampu untuk mengeluarkan sepatah perkataan. Setelah itu, aku menarik nafas panjang. Tenangkan diri.

Setelah berfikir masak-masak, aku memutuskan untuk tanya dia. Daripada dada terus sesak menyimpan pelbagai persoalan. Ada baiknya aku tanya terus. Sekurang-kurangnya, aku kecewa sekejap sahaja. Kemudian aku boleh move on.

Sakit sangat hati aku. Sehinggakan aku terbawa-bawa ke ujian siang tadi. Entah apa perasaan teacher kalau dia semak karangan bahasa inggeris aku nanti. Hauk betul. Entah-entah dah boleh proceed buat novel.

"Betul ke Aryan jadikan Arya girlfriend Aryan hanya sebab Aryan kasihankan Arya?" Aryan terhenti menyelak buku latihan aku. Aku ketap bibir. Sedang menghadam bahasa tubuhnya. Sepasang mata amber itu mengelak dari bertemu iris mataku.

"Mana ada," nafinya.

"Sepatutnya kalau Aryan sempat Aryan nak jumpa Melisa kan?" Tubuh Aryan mengeras. Mungkin lansung tidak menjangka soalan aku lontarkan.

"Kenapa tak kejar dia?" Tanya aku lagi. Kali ini  nada suaraku lebih tenang. Lansung tiada nada desakan. Aku cuba bersikap rasional. Memandangkan hubungan ini masih baru, jadi mungkin tiada masalah jika kami berpisah. Sekurang-kurangnya tidaklah sakit mana jika dibandingkan hubungan yang sudah lama.

"Sebab, sebab Aryan dah hilang dia. Dan Aryan tak nak hilang Arya." Aku mengeluh. Tidak faham maksud sebenar ayat dia.

"Aryan!" Laungan rakan Aryan mematikan sesi perbualan kami. Aryan bangun. Memandang aku dengan pandangan sedang meminta diri untuk pergi. Aku turut bangun mengemas barang. Meninggalkan Aryan terlebih dahulu.

Jawapan dia buat aku keliru.

Bila aku fikir semula tindak-tanduknya beberapa hari lepas, jelas dia cuba jauhkan diri daripada aku. Tipikal Aryan. Apabila mempunyai masalah ataupun mencetuskan masalah, pastu dia akan memencilkan diri. Jarang sekali dia mahu luahkan kepada aku. Buatkan aku tertanya-tanya, betul atau tidak dia anggap aku sebagai teman wanitanya?

Dia tak anggap aku sebagai 'rumah'.

Hanya aku sahaja selalu beria meluahkan kepada dia. Lebih teruk lagi apabila otak mula membuat kesimpulan ringkas yang Aryan masih berharap Melisa selaku bekas kekasihnya kembali.

Mesej berdenting masuk serta merta mematikan lamunan aku. Tanpa lengah, aku terus buka mesej tersebut.

Tidak pasti mahu buat apa sekarang. Marah Aryan? Maki Aryan? Ataupun pukul Aryan?

Aku campak telefon di atas katil. Tidak mahu memandang mesej tersebut. Jelas menunjukkan salinan mesej Aryan kepada Melisa. Dalam diam dia merayu agar Melisa kembali. Kepercayaan aku terhadap Aryan mula terhakis.

Malang sekali, aku terlalu lemah. Aku membuat keputusan dengan memberi peluang kepada Aryan untuk tebus kesalahannya.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now