43

2.6K 108 1
                                    

SETELAH menghantar aku pulang ke rumah. Aryan keluar. Meninggalkan aku sendiri. Boleh dikatakan bila dia tiba-tiba ada hal dan perlu tinggalkan aku sendirian dirumah. Lebih menyenangkan lagi kerja aku untuk siasat semua perkara yang semakin merumitkan ini.

"Kau memang nak berahsia dengan dia? Walaupun pasal kes kematian ayah dia?"

Usah ditanya perasaan aku sekarang. Penuh dengan persoalan 'kenapa' dan seribu satu tanda tanya.

Aku menapak ke tingkat bawah dimana terletaknya bilik kerja Aryan. Betul-betul terletak di tepi tangga. Setahu aku, kebiasaannya bilik itu tidak berkunci memandangkan rumah ini belum pernah dikunjungi tetamu. Dan pastilah pintu bilik itu mempunyai kawalan security sama seperti perpustakaan peribadi aku.

Saat ini baru sedar sesuatu. Aryan tak pernah melarang aku masuk ke bilik ini. Mungkin sebab dia tahu aku tak suka masuk biliknya sesuka hati seperti mana aku tak tahu ada bilik gimnasium dalam rumah ini.

Terima kasih kepada diri sendiri, sebab dah mudahkan lagi kerja ini.

Suis lampu ditekan. Serentak, ruang bilik kerja tadinya gelap-gelita kini sudah terang-benderang. Aku memerhati segenap ruang. Persis pejabat.

Dinding berlatarkan warna hitam. Dipadankan dengan wainscoting berwarna kelabu. Gabungan warna yang begitu sempurna. Di bahagian kiri bilik, terdapat meja kerja dengan reka bentuk moden. Dan dibahagian kiri dan kanan meja terdapat rak buku tinggi disusun secara berdepan. Belakang meja itu pula turut mempunyai rak. Tapi bukan rak buku. Sebaliknya rak yang menempatkan model-model power plant, juga objek-objek thermal lain.

Di bahagian kanan bilik pula, terdapat set sofa bersama meja kopi. Aku anggarkan itu merupakan ruang perbincangan ataupun tempat rehatnya.

Rak buku aku dekati. Berkerut dahiku tatkala aku membaca setiap aksara tertulis pada buku-buku rujukan tersebut. Hampir semua buku dirak ini adalah buku rujukan.

'Recent Trends in Thermal Engineering'

'Fundamentals of Engineering Thermodynamic'

'Thermal-Fluid Sciences'

Okay. Aku agak ini semua berkaitan kejuruteraan haba. Baca dari tajuk sahaja sudah memeningkan kepala.

Perbualan kami berdua ketika baru masuk ke rumah ini menerjah ke dalam kotak fikiran.

"Awak kerja apa?"

"Kerja bengkel."

Dan bila aku tanya bengkel apa. Dia angkat bahu. Lain macam istilah bengkel dia. Patutlah tak ada kesan minyak hitam ke apa dekat lantai luar rumah ni.

Sepasang mataku tertancap pada fail-fail berteraburan atas meja. Sebelah kening terangkat apabila aku memandang namanya tertulis pada bahagian bawah kertas.

Ir. Aryan Hameen

Ir. Singkatan bagi gelaran ingeniur. Kebiasaannya gelaran ini diberi jurutera profesional. Ia berdaftar di bawah seksyen 10 dalam kurungan 2, Registration of Engineers Act 1967. Kiranya, martabat bidang kejuruteraan ini dinaikkan lagi oleh Lembaga Jurutera Malaysia memandangkan Lembaga Jurutera Malaysia merupakan badan berkanun.

Sama seperti aku yang mendapat gelaran Sr. Merujuk kepada surveyor.

Ah, bayangkan saja mahu dapatkan gelaran Sr. dah susah. Inikan pula gelaran Ir. Senang kata bukan calang-calang orang mampu dapat gelaran Ir. ini. Dan Aryan, dia memang gila.

Aku duduk di atas kerusi kerjanya. Empuk. Tidak disangkal lagi pasti harganya juga mahal. Seiring dengan kualiti. Ralit aku menikmati kerusi empuk ini sehingga aku tersedar semula tujuan asal aku masuk ke sini.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now