23

3.4K 142 1
                                    

RASA kantuk yang menguasai diri aku tepis. Sesekali kaca mata terlurut di batang hidung aku tolak semula ke atas. Jam di dinding aku kerling. Sudah menunjukkan pukul 9 malam. Kaca mata aku buka lalu diletakkan ke tepi fail-fail yang berterabur. Segera aku menyusun semula agar kelihatan teratur. Tidak menunggu lama, aku mengemas barang dan dicampak masuk ke dalam beg tangan apabila mesej dari Aryan menyalakan skrin telefon.

Pertama, aku lupa bahawa aku ini isteri orang. Sebab itu aku leka membuat kerja sehingga lewat malam.

Kedua, Aryan tidak pernah tahu aku kerap balik lewat semata mahu menyiapkan kerja di pejabat.

"Puan Arya baru nak balik?" Tegur Pak Man. Salah seorang pengawal keselamatan bangunan ini apabila aku mengukirkan senyum buatnya. Memang rutin harian pengawal keselamatan setiap hari untuk meronda kawasan bangunan ini.

Aku angguk. Mengiyakan.

"Pak Man syif malam hari ini?" Tanyaku sekadar berbasa-basi.

"Sepatutnya Fuad, tapi kami bertukar syif sebab siang tadi Pak Man ada urusan di sekolah Razin." Razin, anak lelaki Pak Man. Aku sudah sedia maklum bahawa anak lelaki bongsunya itu masih bersekolah di peringkat sekolah menengah.

"Pak Man nak pergi ronda tingkat lain pula, hati-hati ya Puan Arya, lot parkir bawah tu gelap sikit hari ini sebab ada lampu rosak." Pesan Pak Man seiring dengan senyuman tipis. Aku mengangguk sekali lagi. Tahu lelaki berusia separuh abad itu risaukan keadaanku.

Aku mengatur langkah. Sementara berjalan, telefon berdering minta diangkat itu aku ambil seraya menjawab panggilan tersebut. Siapa lagi kalau bukan Aryan?

"Assamualaikum."

Aku menjawab salam. Kunci kereta dicari di dalam beg tangan sambil telefon dikepitkan antara bahu dan sisi kepala. Dahi aku berkerut. Apa susah sangat nak capai kunci ini?

"Arya dekat mana ni? Kenapa balik lewat?"

Soal lelaki itu. Terselit juga nada risaunya.

"Dekat pejabat lagi. Baru nak balik, ni tengah cari kunci dalam beg tangan, sudahlah lampu basement ni malap..." aduku tanpa sedar. Aku mendengus apabila kunci kereta masih tidak dijumpai. Sudahlah kawasan ini agak malap.

"Tunggu saya datang."

"Awak dekat mana?"

"Dah dekat dengan pejabat awak."

Derap langkah kedengaran tidak jauh dariku membuatkan aku menelan liur. Sungguh perlahan. Seakan langkah itu diatur dengan sangat berhati-hati. Seperti tidak mahu seorang pun manusia dengar. Aku cuba bertenang. Tidak mahu gerangan itu tahu aku sedar akan kehadirannya.

"Aryan... cepat sikit. A-Arya tunggu ni," dahi mula berpeluh. Aku berlagak baik-baik sahaja. Lalu aku berdehem.

"Awak okay tak ni, Arya?"

Tanya lelaki di hujung talian sana.

"Okay aje ni. Geram tiba-tiba kunci hilang!" Aku tahu. Aryan sedar suaraku agak lain. Pasti dia dapat kesan aku sedang gugup sekarang. Aku beristighfar dalam hati apabila anak mata menangkap kelibat susuk tubuh itu melalui pantulan cermin kereta. Seperti tiada apa-apa berlaku, aku mengatur langkah ke arah lif semula.

Tepat sangkaanku apabila dia mula menyerang ketika aku berjalan menuju ke arah lif.

Aku pusingkan tubuh, lalu mencerlung tajam ke arah susuk tubuh serba hitam itu.

"Kau nak apa dari aku?!" Jerkah aku. Pada masa yang sama, aku cuba memberanikan diri. Tidak mahu tampak lemah di hadapan susuk tubuh lelaki ini.

"Arya!"

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now